Tak Tahan Komen Daripada Netizen Akhirnya Artis Buka Tudung

by - February 07, 2019

Tak Tahan Komen Daripada Netizen Akhirnya Artis Buka Tudung | Assalamualaikum. Baca berita tentang artis wanita yang akhirnya tak pakai tudung sebab tak tahan kecaman daripada netizen yang selalu cari pasal tentang imej dia sebagai wanita yang bertudung. Itu komen dari artis tersebut dalam satu temubual dengan wartawan hiburan yang Diah tonton dekat Youtube. Dia terangkan yang sejak dari awal dia bertudung netizen dah melemparkan pelbagai komen yang sah-sah meninggalkan kesan di hati dia. 

Sebab tu, bila dia ambil keputusan untuk terus buka tudung dan dia salahkan netizen. Rasa sedih dan terkilan pula bila dia terang-terangan dia salahkan orang lain bila diri sendiri memilih jalan yang salah. Dia tak tahu ke mulut tempayan tak boleh ditutup. Komen yang tak bawa kebaikkan tak perlu la ambil pusing. Eh awak senang la awak bukan artis. Eh!

Emma Maembong buka tudung
boleh ke salahkan orang lain atas kelemahan kita?

Diah tak kecam pilihan dia cuma risau dengan trend yang cuba dia ‘bawa’. Ini bukan kes pertama yang mana artis tunjuk contoh tak baik pada untuk pengikut mereka. Siapa pengikut-pengikut artis ni? Semestinya anak-anak muda yang baru nak belajar erti hidup. Bila ada contoh depan mata ni seolah membenarkan apa sahaja perbuatan salah itu adalah betul dan konsep ‘salahkan orang’ untuk tutup salah diri sendiri boleh diguna pakai. 

Come on! Dah besar kot. Kalau ikut logik akal, patut ke kita mengamuk dan salahkan iklan makanan yang sedap-sedap dekat tv? Kita tergoda nak makan, kemudian kita makan dengan gembiranya lepas tu kita jadi gemuk. Adakah kita akan kecam restoran-restoran yang jual makanan sedap sehingga menjilat jari dan viral bila kita terjebak nak makan kat situ? Patut ke? itu semua pilihan diri sendiri. 

Tak Guna Ikut Apa Orang Kata

Pernah juga berada dalam situasi buat pilihan yang salah dan akhirnya faham bila terlalu ikut apa orang kata akhirnya makan diri. Apa kita buat, apa kita pilih semuanya akan beri kesan. Hatta kita pilih berdiam diri pun ada akibatnya. 

Sedihnya, artis ni atau sesiapa sahajalah yang sekapal dan berada dalam situasi yang sama satu je Diah nak kongsikan. Jangan pernah berubah, eh macam lirik lagu. Jangan pernah buat sesuatu dan salahkan orang lain. Sebelum otak tu fikir nak tunding jari dekat orang lain, apa kata tunding kat diri sendiri dulu. Audit diri. 

Sekali lagi, entri ni bukan nak hentam artis atau sesiapa sahaja dekat luar sana tu tapi sebagai muhasabah diri dan fikirkan sama-sama. Andai ujian tu Allah berikan pada diri kita atau orang terdekat dengan kita. Apa kita buat? Apa reaksi kita? Apa cara terbaik untuk terangkan apa yang mereka pilih ni salah. 

Nanti akan tiba satu saat waktu hari kita bertemu Pencipta kita, Allah yang satu. Boleh ke kita beri jawapan apa yang berlaku adalah salah orang lain. Orang lain yang hasut? Boleh ke? Betul, setiap orang mencuba untuk jadi lebih baik dari hari sebelumnya. Tak siapa pun akan memilih untuk hancurkan diri. Setiap manusia tak sempurna tapi kita boleh berusaha. 

Mari lah kita sama-sama doa agar setiap yang terlibat termasuk netizen yang bijak berkata-kata ni masing-masing dapat belajar atas ujian ni. Kita sedap mengeluarkan kata-kata sebab kita belum di uji macam orang yang kita kata. Jom doa andai Allah uji kita, kita mampu sabar. Kita tak melatah dan kita cepat sedar. Terlajak perahu boleh di undur terlajak kata ada hati yang merana. Wassalam. 

You May Also Like

4 Comments

  1. Pada SA artis tu tak matang, cepat melatah dan tindakkan dia tu hanya akan memberi kesan pada diri sendiri dan keluarga je..

    ReplyDelete
  2. kan... silap sendiri tp nak sedapkan hati, senang jer artis tu salahkan org lain.

    ReplyDelete
  3. entahm, bodoh pegi salahkan orang lain. kau tak nak pakai cakap je la kau tak nak pakai. jangan cakap netizen yang paksa kau jadi macam tu. netizen tak suruh kau pegi peluk laki lain.

    ReplyDelete
  4. mungkin itu dugaan dia.. semoga kita terus istoqomah dan tidak melakukan kesilapan yang sama.

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.