Blogger Terengganu Datang Beraya - Husniey Hussain

By Rodiah Amir - July 15, 2019

Blogger Terengganu Datang Beraya - Husniey Hussain | Assalamualaikum, beberapa minggu lepas sempat meraikan tetamu yang datang jauh datang dari Negeri Pantai Timur beraya di rumah kotak kami. Husniey ni travel blogger yang berasal dari Terengganu. Kebetulan Husniey bercuti ke KL, jadi dapatlah berjumpa dan beraya sekali. 

Ini kali kedua jumpa adik manis ni. Sedikit throwback kami pertama kali bertentang mata ialah sewaktu di Melaka. Masa tu buat review The Shore Melaka. Kami tengok ikan sama-sama. Romantik kan? Hahahaha.  


Terkejut juga masa Husniey nak datang beraya. Lebih kepada segan. Yelah rumah kecik nak sambut tetamu terus rasa segan sangat. Terima kasih sudi mencemar duli ke rumah akak. Next time datang lagi sebab dah tahu jalan. 

Bila tahu Husniey nak datang pada sebelah malam, siang tu aku dah mula memasak. Risau juga Airis buat perangai, aku dah plan kalau tak sempat masak memang aku order Domino je. Hahaha. 


Alhamdulillah rezeki tetamu jauh, sempatlah masak. Aku masak dan jamu tetamu ikut selera aku sendiri. Over kan tuan rumah. Aku masak Bihun sup tulang dengan sambal kicap, nasi impit dan kuah kacang, goreng bebola sotong, kuih raya then hidangkan kek coklat dan ais krim. Seronok dapat jamu orang makan. 

Nak kenal Husniey boleh rujuk link dekat bawah ni. Baik orangnya. 



Ikut Perangai Abah

Masa aku kecik-kecik dulu, aku selalu perasan kalau ada tetamu nak datang ke rumah arwah abah akan beli banyak makanan. Waktu ada tetamu lah waktu kami makan sedap-sedap. 

Abang memang memuliakan tetamu sungguh. Arwah akan jaga sehabis baik dan buat tetamu selesa macam dekat rumah sendiri, sampai ada ketika aku fikir abah lebih sayang tetamu dari ahli keluarga. Tu masa kecik la.

Semoga ukhwah yang terjalin akan kekal mekar dan menjadi asbab kita dipanggil bersama di syurga. Terima kasih sekali lagi buat Husniey dan suami yang sudi luangkan masa datang. Macam-macam kita borak. Nanti datang lagi ya. 


  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Wah.. seronoknya.. Semoga ukhwah berkekalan ye..

    ReplyDelete
  2. Tadi duk scroll blog list terkejut tengok ada nama husniey, apakah entri nya ni.. tengok blogger Rodiah Amir update. Alahh sweetnya 😍

    Thank you kak diah nanti datang Terengganu kita mesti sambut ❤️

    Paling penting suami kita selesa dapat tambah kawan juga kan..

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya beraya sama2! Bila tetamu nak datang rumah kita excited dia lain mcam kan, happy sangat masak untuk diorang

    ReplyDelete
  4. Tahun ni raya simple je kami anak beranak sbb wife tak dapat cuti.
    Lepas tu .. raya ke 9 ... ayah mertua saya meninggal dunia .. memang sayulah raya tahun ni ...

    ReplyDelete
  5. Ala kalau tau aku join sekali beb walau tak diundang. Hehehe. Padahal dekat je kot kita ni kan.

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.