Tomyam Kaw di Restoran HM Oren Tomyam

Rodiah Amir
11

Assalamualaikum, untuk edisi food hunting kali ni tekak teringin nak makan tomyam dan Seafood celup tepung. 

Oleh sebab selalu plan last minute biasanya permintaan tu payah nak tercapai sepenuhnya. 

Jadi untuk tak hampakan tekak sendiri makan kita repeat makan Tomyam Kaw di Restoran HM Oren Tomyam yang terletak di Wangsamaju.

Lokasi tepat restoran ni ialah di belakang Restoran NZ. Seksyen berapa aku lupa tapi dekat dengan Aeon Big Wangsamaju. Seksyen 4/5 la kot kan. 

Tapi serius tomyam kedai dia power. Memang kaw. Bukan setakat tu je segala mak nenek masakan panas dia sedap. Ada rasa la.


Tomyam Kaw di Restoran HM Oren Tomyam 

Cuma kelemahan kedai dia tak jual Seafood celup tepung je. huwaa.

Masa aku makan dekat situ aku konon nak update Instagram dan share location as usual la kan. Sayangnya location dia tak boleh detect plus Instagram restoran tu pun tiada. Bagi aku lack of marketing la.



Kalau korang ada berdekatan dan nak cuba makan di Restoran HM Oren Tomyam aku cadangkan makan tomyam dulu lepas tu order Teh Ais ye. 

Hari tu aku tak sempat order, aku jenguk meja sebelah punya air pekat gila teh dia.

Ikut tekak aku yang makan hampir semua benda ni aku bagi 4 bintang untuk kesedapan makanan dia. kang bagi 5 korang kata tiada yang sempurna right? Harga berpatutan, kedai bersih dan selesa. 





Agak-agak korang tak jumpa mana satu restoran dia, korang bawak la aku pergi makan sekali kat sana. Baru meriah kan?

Nota sampingan: ada kenangan masa aku tengah habiskan makanan, suami aku bawa anak bongsu lepak dekat luar kedai sebab dia bosan tunggu aku makan. 

Lepas tu, ada sorang minah ni naik kereta dan lalu angkat tangan dan lambai anak dan suami aku. Dengan senyum manis ok. 

Ye dia lambai anak aku la kan? Sedapkan hati. Soalan aku; kalau aku menjadi minah tu, adakah aku akan lambai kepada lelaki anak satu yang lepak tepi jalan?


Catat Ulasan

11Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Nampak pekat tomyam dia.. menyelerakan :)

    BalasPadam
  2. Tomyam macam ni selalu jadi idaman kalbu.. 😍

    Sedapnya kak diah

    Btw dah kenapa perempuan tu lambai tangan dekat laki akak uih seramm nii 😆

    BalasPadam
  3. perghhh tomyam tuu...buat meleleh air liur dah nii..hehee

    BalasPadam
  4. aduhhhh...tempting sangat ni..berliur kita tengok

    BalasPadam
  5. woww sedap ni..lama tak makan dekat kedai tomyam

    BalasPadam
  6. Nota sampingan : dia lambai kat anak yang comel tu..

    BalasPadam
  7. nampak betul kaw tomyam ni. Guna santan ek,nampak berketul

    BalasPadam
  8. Kalau tom yam ja memang sedap. sy peminat tom yam hehe. BTW salam kenal blogger dr sabah, i follow u :)

    BalasPadam
  9. Pekat sungguh kuah tomyam dia tu. Selalu kat area KL ni celup tepung dia byk minyak. Tak sama mcm dekat ganu. Aish rindu pulak nak balik ganu lagi.

    BalasPadam
  10. Tom yum dia pun nampak sedap. kedai makan baru kot.. tu yg susah nk dpt location..

    BalasPadam
Catat Ulasan