Potty Training Raudah Sakinah Akhirnya Berjaya

By Rodiah Amir - July 16, 2019

Potty Training Raudah Sakinah Akhirnya Berjaya  | Assalamualaikum. Alhamdulillah. Akhirnya berjaya potty training Raudah Sakinah setelah banyak kali gugur air mata dia.

Takut betul dia dengan tandas. Ini kali kedua aku mulakan potty training sejak misi latih potty training pertama gagal. 

Di usia dia menginjak tiga tahun satu bulan, aku berjaya kenalkan dia dengan fungsi tandas. Lol. Tahniah anakku. Kita belajar dan cipta kenangan sama-sama ok. 

Kalau ikutkan aku memang dah hampir sangat putus asa. Kalau cubaan kali ni gagal memang aku akan latih potty training masa dia empat tahun je. Mungkin masa tu sabar aku makin menebal. Kahkahkah.


Aku plan nak belikan dia hadiah sebagai tanda aku hargai usaha dia walaupun hanya nak suruh dia faham guna tandas. Orang kata celebrate even small success kan? Dia dah lama dia minta jam Mickey Mouse warna Pink. 

Walaupun dia masih belum bebas lampin sepenuhnya tapi bila dia dah pandai minta nak ke tandas nak kencing dan buang air besar aku rasa bangga sangat. Bayangkan, dia nak buang air besar tapi dia takut. Dia suruh aku pegang tangan. 

Dah jadi hal aku pegang tangan sambil pintu tandas terbuka. Adik dia pula memang suka ambil bahagian. Kalau kakak sebut nak kencing, laju je adik berlari ke tandas. Sibuk nak main air. 

Rutin dia setiap hari, Raudah akan bercerita dengan bangganya dekat abah dan abang dia tentang kejayaan dia gunakan tandas. Alahai anak. 

Sejujurnya, latih anak di usia yang masih kecil memang perlukan komitmen dan juga usaha yang besar. Perlu siapkan mental dan fizikal, kalau tidak anak akan jadi mangsa hilang sabar. 


Tapi tak mustahil pun nak latih anak potty training di usia tiga tahun ok. Syabas untuk diri sendiri. Aku bangga dengan kau. Chewah. 

Aku recap semula apa aku buat untuk latih Potty Training anak di usia tiga tahun:

Kenalkan dia dengan tandas, ajar cara guna dan tekankan tentang kebersihan. 
  1. Ajar dia untuk beritahu jika ingin ke tandas. 
  2. Bantu untuk atasi ketakutan dia. Anak-anak kecil tinggi daya imiginasi. Ketakutan akan jadi batu penghalang untuk dia mencuba perkara baru. 
  3. Ibu bapa kena bersedia mental dan fizikal serta kena sabar paling tinggi. Elak marah anak, kalau ter marah macam aku buat; peluk dan terangkan kenapa marah. 
  4. Umpan anak dengan rewards kalau berjaya. Aku akan guna taktik rewards bila waktu kritikal sahaja. Kalau selalu guna nanti tak berkesan. 
  5. Selalu puji anak bagus dan hebat. Setiap kali pujian tu diterima semakin bersemangat anak nak buat yang terbaik. 


Macamana mak aku jaga sepuluh orang steady je apesal aku jaga tiga orang tercungap cungap? 😱🤦🏻‍♀️⁣⁣ ⁣⁣ Ramadan kali ni terasa bermakna ditemani anak-anak kecil yang sama-sama sibuk bangun sahur dan berbuka bersama. ⁣⁣ ⁣⁣ Dah macam tarzan Malaya bila waktu berbuka. Kalau korang pun nak jadikan Ramadan korang bermakna apa kata korang sertai #GoyangShopeeContest sebab boleh menang hadiah lumayan sehinga RM10,000 (PlayStation 4 pun ado) ⁣⁣ ⁣⁣ Slide left untuk tengok cara nak sertai. Boleh ajak anak,adik,ibu bapa dan kawan-kawan goyang bersama😂⁣⁣ ⁣⁣ HOW TO WIN! ⁣⁣ ⁣⁣ 🎶Dapatkan lagu Goyang Shopee TVC di channel YouTube Shopee: http://bit.ly/GoyangShopeeTVC⁣⁣ ⁣⁣ 🎶Buat apa sahaja gaya yang anda suka berdasarkan video tersebut. Nak menang kena la jadi kreatif dan menarik! ⁣⁣ ⁣⁣ 🎶 Upload video Goyang Shopee video anda di Instagram dan guna hashtag #GoyangShopeeContest (jangan privatekan account instagram anda!) ⁣⁣ ⁣ Maklumat lanjut penyertaan boleh rujuk di sini 👉👉http://bit.ly/#GoyangShopeeContest⁣⁣ ⁣⁣ Jom shopping di Shopee dan jualan pre Ramadan masih lagi berlangsung, klil link di bio dan guna voucher code RODIAHXSHOPEE⁣⁣ ⁣⁣ - RM1 Shocking Sale⁣⁣ - Daily 200% Cashback⁣⁣ - Goyang Shopee RM 5 Million to be won ⁣⁣ ⁣⁣ @shopee_my #shopeeambassador #RayaDenganShopee #ShopeeMY #goyangshopeecontest
A post shared by R O D I A H A M I R (@rodiahamir) on


Itu sahaja perkongsian aku tentang perjalanan melatih potty traing Raudah Sakinah. Walaupun hampir menyerah kalah tapi kita tetap berjaya lakukannya. Good job my daughter. 

Next, adik dia nanti macamana la pula. Mampukah? 

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. betul tu sis nak latih anak ni bukan susah walaupun sy belum berkahwin tapi selalu perhati pengalaman adik beradik sy didik n latih anak buat sesuatu.. bukan mudah menjadi ibubapa ni

    ReplyDelete
  2. Wah! syabas dan tahniah!
    Memerlukan kesabaran tahap dewa tu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... tahniah... saya masih berusaha untuk anak ketiga, yang baru nak masuk 3 tahun

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.