RAIKAN HARI COKLAT SEDUNIA DENGAN PELANCARAN KITKAT POPCORN

By Rodiah Amir - July 29, 2019


Raikan Hari Coklat Sedunia Dengan Pelancaran Kitkat Popcorn | Sempena meraikan Hari Coklat Sedunia bersama KITKAT, penggemar coklat di seluruh Malaysia berpeluang meraikan Hari Coklat dengan keluaran coklat edisi terhad KITKAT iaitu KITKAT Popcorn.

Tahun ni KITKAT tampil lebih berani menampilkan gabungan luar biasa, perisa manis dan masin sesuai dengan selera rakyat Malaysia yang memang gemar makan manis macam aku.

Kalau sebelum ni KITKAT telah pun menghasilkan pelbagai kombinasi perisa yang unik seperti KITKAT Green Tea, KITKAT Duo Teh Tarik, KITKAT Rose Bandung dan banyak lagi.


Pelancaran Kitkat Popcorn Sempena Hari Coklat Sedunia

Memang tak pernah ketandusan idea betul la KITKAT ni, maka terhasil lah KITKAT Popcorn, varian KITKAT yang julung kalinya menampilkan gabungan perisa manis dan masin.

KITKAT Popcorn menyerlahkan gabungan perisa manis dan masin dalam coklat susu yang halus, disaluti dengan empingan karamel masin, dilapisi kepingan wafer segar yang ranggup dengan praline popcorn caramel. Tidak syak lagi ia pasti memukau pengemar KITKAT!


Menurut Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan di bawah Unit Perniagaan Konfeksi (Pasaran ASEAN), Nestlè Malaysia berkata,” Kami berasa cukup bangga dapat mencipta cara menikmati masa rehat yang lebih istimewa, di mana penggemar KITKAT dapat menikmati produk yang lazat dengan penuh kegembiraan dan keseronokan.

Bertih jagung merupakan trend popular di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Bukan itu sahaja, bertih jagung bukan lagi snek yang dinikmati dalam pawagam sahaja, malah ramai juga menikmati bertih jagung ketika menonton rancangan kegemaran mereka di televisyen bersama keluarga dan rakan-rakan.

Kami mencipta KITKAT Popcorn supaya penggemar sendiri dapat merasai sendiri betapa sempurnanya gabungan rasa manis dan masin, kami percaya ia pasti mengujakan sesiapa sahaja yang menikmati produk ini.”

Mengikut Pelan Koko Nestle, KITKAT Popcorn diperbuat daripada 100% koko lestari. Pelan Koko Nestlè telah dilancarkan pada tahun 2009 dengan matlamat untuk menaiktaraf kehidupan komuniti petani koko di Côte d'Ivoire di samping meningkatkan kualiti kehidupan dan menyumbang kearah masa depan yang lebih baik. Di Malaysia, KITKAT Malaysia mengeluarkan rangkaian produk KITKAT di kilangnya di Chembong, Negeri Sembilan.

Varian Terbaru KITKAT Perisa Popcorn

Edisi terbaharu KITKAT Popcorn yang enak ini boleh didapati sama ada dalam bentuk 2 jejari (2-Finger) atau pek pelbagai yang mengandungi 5 unit 2 jejari (2-Finger) yang boleh didapati di pasaraya terkemuka di seluruh Malaysia pada harga RM 1.50 dan RM 6.50 (harga saranan pengguna).
Dalam beberapa tahun ini, KITKAT turut mengembangkan perniagaannya dalam pasaran konfeksi gubahan mengikut cita rasa pengguna sendiri (customised) dengan pengenalan KITKAT Chocolatory pada tahun 2016.

Ia merupakan sebuah kedai konsep coklat di Mid Valley Megamall dan menawarkan lebih daripada 10,000 kombinasi coklat, sekaligus memenuhi selera pencinta coklat yang berpelbagai, mengikut cita rasa mereka.

KITKAT Popcorn merupakan keluaran terbaharu dalam portfolio produk KITKAT popular yang merangkumi KITKAT coklat susu 2 jejari dan 4 jejari, KITKAT Bar, KITKAT Bites, KITKAT Chunky, KITKAT Green Tea yang diinsipirasikan daripada Jepun, KITKAT Mini yang bersaiz mampat, serta KITKAT DUO Teh Tarik yang merupakan kegemaran rakyat tempatan.

Pendapat Aku Tentang KITKAT Popcorn

Sebagai peminat tegar KITKAT, semestinya aku amat gembira apabila KITKAT terus menerus menawarkan kepelbagaian perisa. Lebih banyak pilihan lebih bagus untuk pelanggan. KITKAT Popcorn memang terasa la manis dan crunchy bila kunyah.
Sesuai di makan masa tengok wayang dan aku selalu beli KITKAT sebagai pembekal tenaga terutama kalau ada kerja dekat luar. Bosan-bosan kunyah la KITKAT, atleast jadi alas perut bila sibuk dengan urusan kerja.
Korang beli dan rasai sendiri. Nanti kongsi la pendapat korang tentang KITKAT Popcorn ni ya.


_________________________________________________________________________________

Mengenai KITKAT Nestlé

Dicipta pada tahun 1935, KITKAT menjadi sebahagian daripada rangkaian produk konfeksi pada tahun 1988, dan telah melangkah maju untuk menjadi satu daripada jenama terbesar Nestlé. Snek ringan ini yang digemari oleh semua ini ialah jenama coklat No. 1 di Malaysia, dan dieksport ke 14 negara di seluruh dunia. KITKAT Nestlé merupakan jenama konfeksi global pertama menggunakan 100% koko lestari yang diperolehi menerusi Pelan Koko Nestlé.

Ungkapan “Have a break, have a KITKAT” (Berehat sebentar, Bersama-sama KITKAT) menggambarkan dengan tepat misi KITKAT – untuk membantu anda berehat sebentar apabila anda paling memerlukannya.  KITKAT Nestlé menawarkan segala bentuk ‘berehat’ yang diingini oleh peminat KITKAT – keseronokan, kespontanan, kelazatan, nikmat, dan ganjaran.  Sama ada anda terbenam dalam timbunan kertas dan fail kerja atau anda bekerja seperti jentera, anda boleh menikmati kudapan manis ini, yang sekarang dibuat daripada 100% koko lestari, pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan dengan apa jua cara. KITKAT ialah produk buatan tempatan 100% Halal yang dikeluarkan di kilang Nestlé yang disahkan Halal di Chembong, Negeri Sembilan.

Cara menikmati KITKAT Popcorn:

1.           Buka pembungkus  merah. 
2.           Ceraikan  jejari wafer dan nikmati aroma yang menyelerakan.
3.           Nikmati waktu rehat anda dengan setiap gigitan penuh kenikmatan  bersama KITKAT Popcorn.

Untuk maklumat lanjut mengenai KITKAT, Sila layari:

Laman web rasmi - http://www.KITKAT.com.my

Berehat sebentar, Bersama-sama KITKAT! #PopABreak #KitKatMY


Mengenai NESTLÉ Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Ibu pejabat yang terletak di Switzerland, Nestlé telah beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta berperanan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.  Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna menerusi penjenama dan produk yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat dengan beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk yang Halal.  Ini sejajar dengan perjanji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua.  Untuk pengetahui lebih lanjut tentang usaha kami dalam menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia 


  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. Belum cuba lagi kitkat terbaru ni kak.

    Woww.Dah lama rupanya kitkat ni dari tahun 1935 lagi

    ReplyDelete
  2. rabia pun suka makan kit kat.tapi kit kat popcorn ni x mkn lg

    ReplyDelete
  3. zass esok nak gi carik!haha!

    ReplyDelete
  4. Nampak sedapp tuu setakat ni kitkat je okay ditekak husniey.. dah mula duk terbayangkan rasa manis masin masin sikit, nanti boleh la cari dekat pasaraya

    ReplyDelete
  5. memang sedap kitkat popcorn nie..

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.