MPH BOOKSTORES DAH ADA DI SHOPEE


MPH Bookstores Dah Ada Di Shopee Platform E-Dagang Nombor Satu Malaysia | Seronoknya bila MPH Bookstores dah ada dekat Shopee guys. Dah boleh shopping buku secara online dan tunggu je abang Posmen hantar ke rumah. 

Semakin meriah la shopping dekat Shopee lepas ni.

MPH yang dikenali sebagai Kedai buku nombor satu di negara ini telah bekerjasama dengan Shopee, platform e-dagang nombor satu Malaysia, dalam menyediakan saluran alternatif untuk pelanggan membeli buku mereka.


MPH Bookstores Dah Ada Di Shopee, Platform E-Dagang Nombor Satu Malaysia

Semasa pelancaran kedai rasmi MPH di Shopee di MPH NU Sentral, Kuala Lumpur, Ivy Tan, Pengurus Besar, Pembangunan Perniagaan, Kedai Buku MPH terangkan selain laman web MPH Online sendiri, para pencinta buku kini boleh menuju ke Shopee untuk melayari dan memesan buku dari kedai rasmi MPH di atas platform.

Kenapa Shopee Jadi Pilihan MPH Bookstores?

Tambahan lagi, bekerjasama dengan Shopee, MPH Bookstores akan dapat memanfaatkan pangkalan data besar mereka sekitar 20 juta pengguna di seluruh negara. Ini bukan sahaja membolehkan MPH Bookstores memanfaatkan pasaran Malaysia yang ramai tetapi juga membolehkan MPH Bookstores menawarkan buku kepada pelanggan baru yang mungkin bukan pelanggan MPH Online sebelum ini.


Lepas ni lagi mudah la pencinta buku dapatkan buku dan aku menyokong sepenuhnya usaha yang secara tak langsung dapat semai budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Dah lama kerajaan buat kempen ke arah Negara Bacaan. Ingat tau, target kita nak menjadi Negara Membaca pada tahun 2030.


Pelancaran Program Shopee’s Book Club

Perkongsian ini juga merupakan sebahagian daripada Shopee’s Book Club, program yang baru dilancarkan untuk penjual buku yang ada di platform e-dagang. Program ini menyediakan pendedahan sepanjang tahun kepada rakan kongsi Shopee untuk menyemai sikap budaya membaca di Malaysia.

"Kami bangga bekerjasama dengan penjual buku utama dan penerbit di Malaysia termasuk MPH untuk memacu jualan, tetapi lebih penting lagi untuk memainkan peranan kami dan sumbangan untuk membina budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Shopee juga mengalu-alukan lebih banyak jenama dan penjual untuk menyertai mereka di masa hadapan.


Beza Beli Buku di MPH Online vs Shopee MPH Bookstores


Aku pun tertanya-tanya apa beza kalau beli buku di MPH Online dengan Kedai Rasmi MPH di Shopee? Rupa-rupanya kalau buat pembelian di Shopee MPH Bookstores korang akan dapat:


  1. Menikmati promo eksklusif
  2. Dapat penjimatan dengan diskaun menarik
  3. Menyertai pertandingan khas untuk Pembeli di Shopee
  4. Boleh kutip Shopee Coins semasa shopping di Shopee
Ha seronok kan? Sebenarnya banyak lagi yang best sebab Shopee sangat rajin buat Sale.




Untuk meraikan pelancaran kedai rasmi, MPH akan memberikan baucer sehingga sehingga RM10 dengan perbelanjaan minimum RM50, sah dari sekarang hingga 8 Ogos 2019. Dari 1 Ogos hingga 31 Ogos, pembida tiga teratas di Kedai Rasmi Kedai Buku MPH di Shopee akan memenangi pelbagai Buku bernilai RM100. Pemenang akan dimaklumkan oleh Kedai Buku MPH Bookstores.

Pelancaran kedai rasmi MPH juga adalah sebahagian daripada Shopee Brand Festival yang akan berlangsung dari 1 Ogos hingga 18 Ogos di mana pengguna yang berbelanja di Shopee Mall akan menikmati pelbagai tawaran dan promosi.

Tawaran dari serendah RM1 setiap hari sempena Shopee Brand Festival, dan dapatkan baucar Surprise Hour 50% serta dapatkan hadiah apabila pelanggan membeli produk terpilih.

Untuk maklumat lanjut, lawati mphbookstores on Shopee

Note: Kalau korang ke MPH NU Sentral boleh la duduk lepak sambil minum kopi dekat situ. Nak post buku pun boleh. 

Post a Comment

5 Comments

  1. wahhh besss nyaa senang lah nak shopping buku.. siap dpt point lagi... follow sini #195

    ReplyDelete
  2. biasa beli kat store mph je sebelum ni. lepas ni boleh beli online je. lagi senang kot. mungkin dapat diskaun lagi lepas ni kan

    ReplyDelete
  3. Senang nak shopping buku.. boleh beli online kat shopee

    ReplyDelete
  4. Makin banyak syarikat menggunakan platform Shopee ini.. Makin seronoklah nak berbelanja..

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.