Set Pengurusan Jenazah Kit Kifayah Pos Malaysia Berhad

By Rodiah Amir - July 09, 2019

Set Pengurusan Jenazah Kit Kifayah Pos Malaysia Berhad | Assalamualaikum. Terjumpa Kit pengurusan jenazah yang aku rasa benda perlu ada di setiap rumah. Kebetulan ada urusan di pejabat pos WangsaMaju, ternampak Kit Kifayah yang dijual oleh Pos Malaysia Berhad. Elok sangat kit jenazah ni letak dekat rumah supaya setiap masa kita akan ingat tentang mati.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud, “Agama itu mudah, oleh itu permudahkanlah, jangan memayahkan, gembirakanlah, dan jangan meliarkan (menakutkan?”


Kit Pengurusan Jenazah Kit Kifayah Kit Kifayah Mudah Dan Sempurna

Dengan adanya kit Kifayah Pengurusan Jenazah ni akan menyenangkan pengurusan bila berlakunya kematian. Memang mudah dan sempurna. Mati tu kan tak terjangka, elok sangat kalau bersedia.

HARGA: RM200 SEMENANJUNG | RM220 SABAH/SARAWAK


Ada 20 peralatan utama disediakan di dalam Kit Kifayah Kit Pengurusan jenazah dan boleh digunakan oleh lelaki, perempuan mahupun kanak-kanak. 
  1. Tiga Helai Kain Kafan (2.5m X 60 Inci)
  2. Sehelai Kain Kemban
  3. Sehelai Serban / Tudung
  4. Sehelai Baju / Gamis
  5. Dua Helai Sarung Bantal
  6. Lima Helai Tali (2m X 2inci)
  7. Dua Gulung Kapas
  8. Satu Botol Air Mawar
  9. Akar Sintok
  10. Sepuluh Batang Putik Kapas
  11. Sebatang Celak
  12. Sebotol Kapur Barus
  13. Sebotol Serbuk Cendana / Pacai
  14. Sebotol Minyak Attar
  15. Sebuku Sabun
  16. Apron Plastik
  17. Plastik Sampah
  18. Dua Set Sarung Tangan Getah
  19. Satu Set Topeng Muka
  20. Panduan Pengurusan Jenazah




Selain daripada letak dekat rumah untuk kegunaan sendiri boleh juga hadiahkan untuk keluarga, rakan-rakan dan boleh beli dan wakafkan. Korang boleh dapatkan Kit Pengurusan Jenazah ni di pejabat pos yang terpilih atau boleh beli secara atas talian.








  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Mudahnya sekarang ni, ada kit ni senang nak bersedia bila sampai masanya tak kalut kan..


    ReplyDelete
  2. yelah.. kita nie bab2 mati kdg2 kita lupa.. terima kasih atas perkongsian. Takut pula nk simpan kat rumah tp ini yg sepatutnya ada dlm rumah..

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.