ISKANDAR EDUCITY GUNA SISTEM SOLAR JIMAT BIL ELEKTRIK

by - August 03, 2019

Iskandar EduCity Guna Sistem Solar Berjaya Jimatkan RM2.22 Juta Bil Elektrik | Tanggal 29 Julai lepas telah termeterai satu perjanjian Tenaga Lestari Boleh Diperbaharui (SARE) yang dijangka mampu menjimatkan pembayaran bil elektrik Iskandar EduCity sebanyak RM2.22 juta dalam tempoh 25 tahun melalui pemasangan solar fotovolta (PV).

SARE – Supply Agreement Renewable Energy

Bangga sungguh sebab berpeluang menyaksikan perjanjian tiga pihak ditandatangani antara Hab pendidikan bersepadu, EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd (EduCity), Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan subsidiarinya, GSPARX Sdn Bhd.

Iskandar EduCity Guna Sistem Solar Berjaya Jimatkan RM2.22 Juta Bil Elektrik

SARE telah berlangsung dengan penuh jaya bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.  Inisiatif itu telah diterajui oleh Digital Pulse, sebuah anak syarikat di bawah Iskandar Innovations Sdn Bhd (IISB), bagi pihak Iskandar Education Enterprise Sdn Bhd (IEESB), entiti yang beroperasi di bawah EduCity.


Iskandar EduCity telah diwakili oleh Wan Ahmad Saifuddin Wan Ahmad Radzi (Pengarah Iskandar Education Enterprise Sdn Bhd, (IEESB), Datuk Nor Azman Mufti Ketua Pegawai Teroka TNB) dan Mohd Yusrizal Mohd Yusof (Pengarah Urusan TNB Renewables Sdn Bhd untuk GSPARX).

Iskandar EduCity yang merupakan sebuah hab pendidikan bersepadu seluas 121.41 hektar di Iskandar Malaysia merupakan tapak bagi institusi pengajian tinggi dan universiti dari seluruh dunia dengan menyediakan fasiliti terbaik untuk pelajar.

Ringkasan Menarik Tentang SARE



Projek pemasangan Sistem Solar dijangka siap sepenuhnya menjelang Februari 2020 yang juga merupakan sumbangan kumpulan kepada masyarakat dan pemimpin masa depan.

Anggaran penjimatan bil elektrik EduCity untuk tahun pertama boleh mencecah sehingga RM31,354 dan RM2.22 Juta dalam masa 25 tahun.

Dua lokasi tapak pemasangan solar fotovolta, iaitu di Kompleks Multi Varsity serta bahagian laluan pejalan kaki dalam kompleks berkenaan.


Kedua-duanya boleh menjana 152kWp dan 130kWp dengan jumlah keseluruhan sebanyak 282kWp dalam penjanaan elektrik. Secara tahunan, kedua-dua lokasi ini boleh menjana sehingga 344, 816kWh/setahun.

Selain manfaat penjimatan bil elektrik, melalui skim SARE, EduCity juga boleh menjual lebihan tenaga suria daripada pemasangan PV itu kepada TNB dan mendapatkan kredit tenaga berasaskan imbangan satu dengan satu bagi mengurangkan caj elektriknya melalui skim pemeteran tenaga bersih.

Dalam sesi soal jawab bersama media, Wan Ahmad Saifuddin menggalakan mana-mana pihak korporat mahupun individu yang berminat dengan PV dan penjimatan tenaga boleh lah menghubungi pihak TNB atau GSPARX.


Pujian buat pihak terlibat kerana menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan sasaran tenaga boleh diperbaharui dan pembangunan lestari Malaysia dan TNB dalam membangunkan perniagaan tenaga hijau sambil memenuhi keperluan masa hadapan secara berterusan dan boleh dipercayai. 

Korang boleh tengok pakej solar untuk perumahan yang ditawarkan oleh GSPARX ni. Boleh layari laman web yang disediakan dan hubungi je talian bebas tol mereka di talian 1 300 80 7828.



EduCity Iskandar Malaysia Sdn Bhd: http://www.iskandarinvestment.com/
Tenaga Nasional Berhad: https://www.tnb.com.my/


You May Also Like

4 Comments

  1. sumber tenaga alternatif yang patot diguna pakai

    ReplyDelete
  2. Wah bagusnya guna tenaga solar!! good news untuk pencinta alam :D
    .
    Thanks for sharing kak!! ^^

    ReplyDelete
  3. kat rumah bil elektrik semakin meningkat

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.