Pengalaman pertama menulis buku anekdot Mama, Kopi & Wi-FI

Rodiah Amir
5

Pengalaman pertama menulis buku anekdot Mama, Kopi & Wi-FI

Alhamdulillah impian aku untuk menulis buku dimakbulkan Allah. Walaupun penglibatan aku tidaklah secara menyeluruh tapi pengalaman menulis bersama rakan-rakan yang punyai minat yang sama amatlah bermakna. Sama-sama berganding bahu, berkongsi kisah dan ilmu.

Bukan mudah nak percaya dan bekerjasama dengan orang yang tidak pernah sekali pun kita jumpa di alam nyata tapi itu lah rahsia jodoh Allah aturkan. 

Dengan gembiranya aku umumkan buku Mama, Kopi & Wi-Fi dah pun ada dipasaran. Boleh dapatkan buku Mama, Kopi & Wi-Fi melalui penulis-penulis terlibat.  




Perjalanan Dan Pengalaman Menulis Buku Anekdot


Aku masih lagi insan kerdil yang cetek ilmu kalau dibandingkan dengan penulis-penulis yang ada di luar sana. Nak gelar diri penulis pon rasa segan sangat. Malu jika aku sendiri tak mampu nak bawa tanggungjawab tu. Aku jarang ‘setia’ dengan sesuatu tapi bila menulis aku rasa gembira.

Mengikut Kamus Dewan, Anekdot ialah kisah ringkas dan biasanya agak lucu tentang sesuatu kejadian.


Di Indonesia, Anekdot dikatakan cerita singkat yang menarik karena lucu dan mengesankan, biasanya mengenai orang pentingatau terkenal dan berdasarkan kejadian sebenarnya.

Sepanjang proses menyiapkan Anekdot, aku juga belajar tentang konsep cereka (cerpen, novela, dan novel) yang mana aku rasa cereka lebih rumit dan kena menulis dengan lebih teliti.

Boleh beli buku Panduan Penulisan Anekdot & Cereka untuk Penulis Baharu hasil karangan En Mohamad Bin Hj. Musip. Memang sangat membantu.


Sinopsis Buku Anekdot Mama, Kopi & Wi-Fi


Aku bersama 18 lagi penulis yang sama-sama berkongsi cerita sebagai Ibu Peniaga Online. Kisah berkisar pengalaman para ibu yang menggalas pelbagai tanggungjawab dan punya cita-cita yang setinggi KLCC.  


Anekdot ini dilatari kisah-kisah disebalik tabir, ibu-ibu yang punya pelbagai bidang dan latar belakang berkongsi minat yang sama demi keberlangsungan hidup.

Sesuai untuk bacaan santai dan sebagai pembakar semangat terutama suri rumah dan peniaga online.


Buku Mama Kopi Wifi Dah Sold Out!

Alhamdulillah secara rasminya Buku Mama Kopi Wifi dah pun sold out. Ini stok dekat tangan aku la. Penulis lain mungkin masih ada stok. In sya Allah akan ada cetakan kedua tapi masih lagi dalam perbincangan.

Oleh sebab sokongan padu dan sambutan daripada kenalan buku habis terjual sebelum aku sempat kongsikan dekat blog. Ni aku sayang korang banyak-banyak ni. Aku harap perkongsian kami mendapat rahmat dan berkat Yang Maha Esa.


Moga usaha tak seberapa dalam menaikkan semangat wanita terutama yang bergelar suri rumah untuk berniaga secara ‘online’ dan membantu keluarga dipermudahkan Allah. Sebaik mungkin kami kongsikan asam garam ‘business online’ dari sudut seorang suri rumah.

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Wow! tahniah semoga terus maju jaya

    BalasPadam
  2. uwahhhh it has been one of my dreams untuk tulis buku jugakkkkk

    BalasPadam
  3. wahh tahniah dapat memberi bakti dalam penulisan buku. keep it up

    BalasPadam
  4. Tahniah
    Semoga mejadi penulis yang berjaya

    BalasPadam
  5. Wah.. Tahniah Diah.. semoga akan ada lagi buah tangan baru dari diah.. Mungkin sepenuhnya tulisan Diah pula..

    BalasPadam
Catat Ulasan