Pandangan Mufti Tentang Vaksin, Haram ke? | Isu vaksin di kalangan ibubapa di
Malaysia memang tak pernah surut. Ditambah pula dengan kecanggihan teknologi
dan banyaknya platform untuk rakyat bersuara, semakin lantang lah ibubapa
memeberikan pendapat tentang vaksin.
Kadang-kadang pelik juga,
berkaitan isu vaksin bagi aku bukan semua layak untuk beri nasihat. Kalau beri
pendapat yes boleh tapi in term of capability aku rasa kurang sesuai sebab apa
pihak yang anti vaksin majoriti bukanlah datang dari background medical.
Sampai lah ke hari ni, perbalahan
tentang vaksin masih berlangsung. Aku semestinya termasuk dalam golongan
ibubapa yang percaya vaksin sebagai satu langkah pencegahan demi kebaikan
kesihatan anak-anak aku dan juga anak orang lain.
Antara kumpulan yang sering turun
padang membetulkan persepsi salah tentang vaksin adalah kumpulan perubatan Medical
Mythbusters Malaysia di Facebook. Terdiri daripada doktor-doktor bertauliah
yang bercakap berdasarkan ilmu dan juga kepakaran masing-masing.
Nasihat Mufti Pasal Vaksin
Aku tertarik selepas membaca
perkongsian dari Dr Amirul Amzar, salah seorang ahli Medical Mythbusters
Malaysia. Dalam Forum Kesedaran Imunisasi Peringkat Wilayah Persekutuan KL dan
Putrajaya, salah seorang panel jemputan adalah idola aku iaitu Dato' Seri Dr
Zulkifli Al-Bakri.
Jadi rasa seronok apabila ilmuan
berkumpul dan menerangkan tentang isu panas seperti vaksin ni. "Wajib
ambil vaksin ikut Jadual Imunisasi Kebangsaan" - Bayan Linnas 167
Antara isi penting dalam Forum
Kesedaran Imunisasi Peringkat Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya adalah
seperti berikut:
1. Dalam Islam, pencegahan adalah
lebih baik dari merawat. Beliau memberi contoh vape. Beliau mengulas vape
kononnya memberi keuntungan pada negara, tetapi in the long run, vape akan
menjurus kepada perbelanjaan lebih besar akibat rawatan penyakit yang
disebabkan olehnya. Maka, dia menekankan haram hukumnya menghisap vape dan
rokok.
2. Dato Mufti juga menceritakan
ada kumpulan antivaksin yang datang ke pejabatnya dan menghantar kompilasi
testimoni-testimoni berkaitan kesan sampingan vaksin. Beliau menekankan bahawa
testimoni sebegini tidak boleh digunapakai kerana telah wujud kajian berkaitan
keselamatan dan keberkesanan vaksin sejak berpuluh-puluh tahun sebelum satu
vaksin digunakan.
3. Beliau juga menekankan
pendapat beliau berkenaan vaksin, dulunya harus, tetapi kini telah WAJIB, sama
seperti huraian beliau dalam Bayan Linnas edisi 167. Di dalam ini juga beliau
ada menyentuh isu halal haram vaksin.
4. Beliau juga menasihati KKM
agar sentiasa bekerjasama dengan pihak lain terutama dalam mengunakan media
sama ada media massa atau sosial dalam memberi maklumat dan menerangkan
kepentingan vaksin ini.
Pendek kata, Dato' Mufti Wilayah
kita ini memang menyokong tinggi pengambilan vaksin.
Mufti sendiri kata wajib, siapa
kita untuk kata haram ambil vaksin?
Pendapat Aku Tentang Vaksin
Dari pengalaman aku sendiri,
ibubapa yang anti vaksin memilih makanan alternatif untuk mencegah dan merawat
penyakit untuk anak-anak mereka. Aku langsung tak perlekehkan atau memandang
kecil kebaikan makanan-makanan alternative untuk jaga kesihatan.
Mereka percaya dengan hanya makan
makanan kesihatan alternatif (maafkan aku kalau salah) dapat elak anak-anak
terkena penyakit berbahaya dan berfungsi menggantikan fungsi vaksin.
Tapi amatlah tidak adil kepada
anak-anak lain jika apa yang mereka percaya itu sebenarnya salah? Aku pun
amalkan makanan alternatif / sunah sebab aku percaya khasiat untuk kesihatan. Tapi
aku tak bergantung sepenuhnya.
Kalau sentuh isu vaksin tu haram,
guna Khinzir dan bahan tidak halal lain yang sebetulnya isu berkenaan sudah
lama selesai kerana menggunakan teknik kejuruteraan sel yang menghasilkan
vaksin tanpa pembabitan haiwan yang haram di sisi syarak. Boleh baca ulasan Dr Malina
“Kesemua vaksin yang dihasilkan perlu melalui
sistem penghasilan yang ketat serta didokumenkan setiap proses, dos dan kesan
sampingannya. Ujian klinikal membabitkan ribuan responden daripada pelbagai
kawasan geografi dan ia terbukti menghasilkan antibodi melawan penyakit
berbahaya dengan izin Tuhan,”.
Pendek kata, kenapa ibubapa kena
yakin dengan memilih untuk berikan vaksin kepada anak-anak? sudah terang lagi
bersuluh, para doktor yang berkelayakan dan ada ilmu dalam bidang yang tepat,
ilmuan agama juga sudah memberikan pendapat, kecanggihan teknologi juga mengesahkan
vaksin bebas haiwan juga digunakan.
Rasanya sudah cukup untuk
meyakinkan ibubapa dekat luar sana kepentingan vaksin. Kasihanilah anak-anak
yang tak bersalah. Seringkali aku bayangkan, saat aku tiada lagi dekat dunia,
siapa yang akan dapat menjaga dan melindungi anak-anak aku akibat kecuaian aku
sendiri.
Ada sorg yg sha jumpa kata vaksin ni haram..Anak dia pun dia xvaksin..huhu
BalasPadamCatat Komen
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.