Confession Cinta Monyet Bahagian Satu

Rodiah Amir
1

Confession Cinta Monyet Bahagian Satu 

Cinta Monyet selalu dikaitkan dengan dengan budak-budak sekolah. Yelah bercinta waktu umur setahun jagung, itulah gelaran yang diberi. Cinta monyet a.k.a puppy love. 

Masa alam persekolahan, zaman aku belajar mana-mana murid yang ada ‘pakwe atau makwe’ akan dianggap budak paling top dalam kelas. Masa tu semua akan sibuk nak bercinta.

Weh siapa tak nak jadi budak top weh. Pergi mana-mana nama akan menjadi sebutan. Akan menjadi rebutan dan perhatian. cis, sejak kecil aku dah disogok dengan dunia popular rupanya. Nasib aku berjaya survived. Zaman sekolah aku pun tak lah teruk mana. Tak percaya tanya mak aku. ahaks.

By the way, confession cinta monyet aku ni tidak bermaksud aku nak berbangga, menjadi ikutan, atau sememangnya tidak harus dijadikan panduan. Sekadar mencatatkan memori untuk bacaan aku pada masa hadapan.



Cinta Monyet Sekolah Rendah


Seingat aku, zaman Sekolah Rendah aku tak pernah terlibat dengan cinta monyet. Perasaan suka dekat lelaki ada tapi aku pendam je. Apa orang panggil? Crush eh? Waktu zaman sekolah rendah aku naif sangat. Perkataan cinta tu apa pun tak tahu. 

Tapi, paling aku ingat aku pernah suka dekat sepupu aku. Dalam banyak-banyak lelaki yang aku jumpa sehingga umur aku mencecah 12 tahun aku hanya suka dekat dia je.

Aku tak bertepuk sebelah tangan, masing-masing tahu perasaan tu ada Cuma kami tak pernah luahkan. Sepupu dekat pula tu. Kalau aku fikir semula, bercinta dan berkahwin dengan sepupu sendiri? Ewwww ahaks. Bukan geli, tapi sepupu macam adik beradik sendiri. 

Nasiblah aku tak pupuk perasaan suka itu. Cinta monyet dengan sepupu tu tamat bila aku melangkah ke tingkatan satu.

Cinta Monyet Sekolah Menengah

Weh alam Sekolah Menengah sangat mencabar dan aku jumpa lebih ramai kawan. Sekolah aku majoriti bangsa Melayu, ada la tersesat bangsa Cina dan India seoarang dua. 

Dari tingkatan satu sehingga tingkatan tiga aku sangat behave. Aku fokus kepada pelajaran. Cinta? Lelaki? Nope.

Masuk je Tingkatan empat yang dikenali sebagai “Honeymoon Time” tu aku mula berubah. Chewah dah macam drama kan? Masa Tingkatan empat la aku mula berfoya-foya. 

Masa ni la perasaan aku tengah berkembang. Perasaan nak mencuba, lagha, banyak main.

Best Friend aku masa ni Olahragawati Sekolah. Oleh sebab dia terkenal kerana kehebatan dia di padang, aku selaku Best Friend terkena tempias glamour tu. 

Selain tu aku aktif berpesatuan. Masuk badan beruniform Pengakap. Tak ramai perempuan nak masuk Pengakap masa tu. Masa tu la aku dan Best Friend aku ni jadi tumpuan. 

Dua tahun terakhir persekolahan aku terlibat dengan dua kisah cinta monyet. Cinta monyet aku masa Tingkatan Lima tu paling aku ingat sebab ex aku antara mangsa kejadian nahas MH370. 

Al Fatihah untuk arwah. Masa tingkatan lima juga aku jatuh hati dekat Best Friend Lelaki aku tapi aku bertepuk sebelah tangan. Sakitnya tu disini.

Cinta Monyet Zaman Universiti - UiTM


Aku tak pasti kalau cinta dekat Universiti dipanggil cinta Monyet atau tak. Tapi yang pastinya, sehingga aku masuk UiTM pun aku rasa masih naif dan kurang pandai terutama bab hati perasaan. 

Kalau suka pun lebih kepada nak berkawan sebab naturally aku ni boyish. Aku lebih suka berkawan dengan lelaki berbanding perempuan. Aku suka aktiviti lasak berbanding make up. 

Oleh sebab aku ni suka aktiviti lasak dan suka bergaul dengan student lelaki, banyak kali juga peristiwa hitam aku dibenci kaum sejenis. Aku pernah dimalukan masa aktiviti post mortem aktiviti kelas. As usual perempuan cantik selalu menang. 

Aku dipersalahkan sebab selalu mendapat perhatian dan lead aktiviti walhal majoriti classmate pilih aku untuk uruskan. Nanti ada masa aku nak tulis dekat sini la.

Zaman Universiti la aku merasa cinta jarak jauh, first time jumpa kawan pena yang akhirnya suka tanpa sengaja, jatuh cinta teman training silat, jatuh cinta dengan kawan baik sendiri dan paling last sekali aku jatuh cinta dengan suami. Cinta Senior Junior. Ahaks.

Oleh sebab aku dah cop suami untuk dijadikan teman serius jadi masa aku kerja aku memang tak cari orang lain dah. Aku fokus dengan hubungan sedia ada dan pilih untuk setia. Wow sangat. Hahahaha. Insert effect muntah di sini. Jadi itu sajalah tentang confession cinta monyet bahagian satu.

Bahagian seterusnya akan diteruskan bila idea tu tiba tapi masih relate dengan cinta monyet. Contoh; Cinta Monyet aku ditolak kawan baik lelaki bila dia suka perempuan lebih tembam dari aku. ahaks. Atau pengalaman cinta monyet berebut seorang lelaki. Kahkahkah.

Overall, Cinta monyet tu tak bawa ke mana pun. Kalau ada peluang nak ubah apa yang jadi semestinya aku pilih tak ubah apa-apa. Cuma alangkah bagus kesedaran untuk aku belajar tinggi masa zaman sekolah Menengah. Dapatkan good result dan kerja bagus. Ha bukan tak bersyukur tau. ada beza dia. apa pun seronok menjadi diri aku sekarang. Alhamdulillah. 

 Korang ada cinta monyet? 
Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. boleh buat drama ni... mau laku.. hihihi masing-masing ada pengalaman cinta monyet tapi nasib la Liez takde pengalaman tu sbb muka ni dari dulu org kata garang dan sombong. lagi pulak bapa polis muka garang kuasa 2.. mmg xde yang berani hahahah

    BalasPadam
Catat Ulasan