Cucuk Imunisasi Lima Serangkai Bayi 18 Bulan

Rodiah Amir
1

Aku nak kongsikan pengalaman bawa anak 18 bulan cucuk imunisasi lima serangkai di klinik kerajaan. Sebelum ni aku cucuk imunisasi di klinik swasta untuk anak ke pertama dan kedua sebab payah nak ambil cuti.

Lepas resign kami decide nak ambil imunisasi di klinik kerajaan. Percuma je.

Lepas selesai cucuk imunisasi 18 bulan untuk Airis Safiya baru la lega perasaan. Cucuk kali ni ialah vaksin untuk penyakit lima serangkai. Aku lupa tanya apa lima serangkai tu. 


Cucuk Imunisasi Lima Serangkai Bayi 18 Bulan 

Rasa hilang satu beban. At least sebagai ibubapa kami dah lakukan yang terbaik untuk mencegah penyakit berbahaya tak di ingini.

Klinik Kesihatan Gombak Setia dan tukar bangunan weh. Lebih besar dan selesa.




Semasa temujanji sebelumnya, nurse dah ingatkan untuk buat ujian saringan perkembangan tingkah laku kanak-kanak. 

Nurse bagi satu helai set soalan dan kena jawab dekat rumah. Sebaiknya jawab sehari sebelum tarikh temujanji. 

Nanti aku cerita lanjut tentang ujian saringan perkembangan tingkah laku kanak-kanak ni, overall ujian ni untuk mengetahui potensi Autisme dalam diri kanak-kanak. 

Alhamdulillah semua berjalan lancar. 




Senarai Semak Temujanji Kanak-Kanak 18 Bulan 


#1 Rekod Kesihatan 

Macam biasa bila ke klinik akan di timbang berat, ambil ukuran lilit kepala, ketinggian seterusnya kira BMI. 

Nurse akan tanya perkembangan anak dan ada la tanda aras kanak-kanak kena capai ikut umur. Lepas tu akan dapat tarikh temujanji seterusnya jika perlu. 


#2 Jumpa Doktor

Lepas buat semakan dengan nurse seterusnya kena berjumpa dengan doktor. Doktor akan sekali lagi lakukan pemeriksaan fizikal dan berikan nasihat mengikut masalah kanak-kanak. Jadi, dengar dan angguk jelah.



#3 Berjumpa Pegawai Sains Pemakanan

Oleh sebab berat Airis tak cantik, dia dah termasuk kategori pertumbuhan terbantut. Dia kurang berat badan. 

Jadi kena la jumpa Pegawai Sains Pemakanan. Sepanjang proses konsultansi, pegawai akan buat kiraan dan beri cadangan berdasarkan corak pemberian makanan kita di rumah. 

Memang banyak la sesi soal jawab. Seterusnya bila semua dah faham, pegawai akan beri tarikh temujanji yang baru untuk lihat perkembangan. Lagi dua bulan. 




Sepatutnya temujanji untuk setahun setengah untuk kanak-kanak sebenarnya sekejap je. Tapi akan delay dan ambil tempoh lama bila anak tak sihat, berat dan tinggi anak tak cukup dan masalah lain. 

Sebenarnya aku datang semula ke klinik dua minggu dari tarikh Airis genap setahun setengah sebab masa tu suhu badan dia panas. Nurse kata suhu badan mesti tak lebih 37.2c. Suhu badan semasa Airis ialah 37.3c. 

Sehari lepas dapat suntikan Airis demam dedar badan. Muntah-muntah 3 kali dan cirit dari petang ke malam. Tapi dia kekal aktif je. Makan macam biasa kena pujuk dan paksa. 

Alhamdulillah kali kedua datang cucuk semuanya berjalan lancar. Kena datang semula dua bulan kemudian untuk pemeriksaan seterusnya. Aku ingat bila dah habis jadual cucuk dah habis temujanji. 

Rasanya sampai anak umur dua tahun baru tiada pemeriksaan. Itu kalau tak silap aku lah. Tapi baguslah ada pemeriksaan macam ni. 

kalau dibandingkan anak pertama dan kedua, jumpa doktor masa ambil vaksin dan bila tak sihat sajalah. 

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. elok kan bila ada cek up gini. mudah kita pantau kesihatan anak2 kita.
    then, cucuk ni kan penting. dah confirm halal oleh KKM.
    usaha kita ke arah kesihatan anak dan masyarakat sekeliling.
    izzat baru kena cucuk 7 thn last week. di skola pun masih aida benarkan cucuk imunisasi utk anak2.

    BalasPadam
Catat Ulasan