Smoked BBQ Beef Rib IKEA Malaysia

Rodiah Amir
3

Smoked BBQ Beef Rib IKEA Malaysia 

Menu Smoked BBQ Beef Rib dah lama pun dijual dekat IKEA. Oleh sebab setiap kali ke IKEA mesti akan singgah foodcourt dia. Kali ni kami teruja nak cuba Smoked BBQ Beef Rib (Tulang Rusuk BBQ Salai).  

Berbanding IKEA Damansara aku lebih selesa ke IKEA Cheras ni. Jarak dia dekat sedikit dengan rumah aku dan bagi aku lebih selesa walhal lebih kurang je layout dia.

As aspected, IKEA tak pernah sunyi dengan manusia. IKEA dan Malaysian sering dikaitkan dengan tempat untuk makan. Datang sini cari idea cantikan rumah je dan ter shopping tanpa sengaja tu takdir ya. Ahaks.

Ok selalu kalau pergi IKEA akan makan meatball je. Tapi hari tu entah apa yang merasuk masa pilih menu aku tertarik nak cuba Smoked BBQ Beef Rib ni ya. Dalam bahasa Melayunya Tulang Rusuk BBQ. 



Oh menu Salted Egg Wings yang aku cuba dulu dah tiada. Menangis tepi bucu katil.


Menu Makanan IKEA

Selain Smoked BBQ Beef Rib, aku tertarik nak cuba Udang Krai bersama Sos Tomato Pedas Filet Salmon dengan Sayuran Berbentuk Medalion dan Brokoli dan juga kupang bersama sos tomato.

Ramai orang cuba kupang tu. Aku ni seram sikit nak cuba makanan laut bercengkerang sebab pernah ada bad history lepas melantak seafood bercengkerang aku sakit tulang belakang. Mungkin sedap nanti la kita cuba.

Berbalik kepada menu Tulang Rusuk BBQ Salai, harga satu dish adalah RM36.90. Satu pinggan cukup untuk berdua dewasa makan. Tapi tak kenyang sangat kalau korang memang peminat ribs. Suami dan anak-anak memang hantu daging jadi kami beli dua pinggan.

Kelakar tau masa ni, aku dah beratur panjang dan masa beli tu ada meatball kid’s menu, mushroom soup, popia seketul dan juga Smoked BBQ Beef Rib ni. Aku ingat macam nak alas perut je lah kan.
Sekali bila makan, anak-anak makan dengan laju dan memang sah tak cukup. Terpaksa beratur kali kedua top up beli meatball dan Smoked BBQ Beef Rib lagi satu.



Aku suka Smoked BBQ Beef Rib ni sebab daging dia memang lembut. Kalau gigit memang tercabut la daging dari tulang tu. Less effort dan paling penting kalau makan masa dating pon tak akan nampak comot. Comel aje. Ahaks.



Dari segi rasa, tekak orang berbeza kan? Rasa sos dia masam-masam manis, tak pedas dan tak over rempah. Sedang elok. Untuk aku yang ada anak kecil, menu ni sesuai sebab semua boleh makan tanpa merengek nak air.

Aku tak pasti la Smoked BBQ Beef Rib akan jadi menu sementara atau menu kekal sepanjang zaman dekat IKEA. Kalau ke sana boleh lah cuba rasa.



Ok siapa nak ajak aku makan-makan dekat IKEA? Jom.

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan