Permaju & Vsolar Bekerjasama Bina Loji Tenaga Solar

Rodiah Amir
1

Permaju & Vsolar Bekerjasama Bina Loji Tenaga Solar 

Demi memenuhi keperluan penggunaan tenaga hijau di masa hadapan secara berterusan dan boleh dipercayai, Pengusaha Kenderaan Bermotor dan Pemaju Hartanah, Permaju Industries Bhd dijangka akan melabur RM380 juta bagi membangunkan kemudahan penjanaan tenaga solar di Negeri Sembilan.

Usaha ini dilihat selari dengan asprisasi kerajaan untuk meningkatkan sasaran tenaga boleh diperbaharui dan pembangunan lestari di Malaysia.

Permaju Industries Bhd dijangka akan membina kemudahan solar dalam perkongsian kerjasama dengan Vsolar Group Bhd, firma penjanaan tenaga boleh diperbaharui dan fotovoltaik (PV) yang disenaraikan dalam pasaran ACE.

Pada 4 September 2019, Permaju, melalui syarikat subsidiari milik penuhnya, Genbayu Gemilang Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Solar Interactive Sdn Bhd entiti yang beroperasi di bawah Vsolar Group Bhd.  


sumber majalahsains.com


Perjanjian itu adalah untuk membangunkan kemudahan solar, termasuk loji PV dalam skala besar sekitar 300 ekar di tanah milik Genbayu Gemilang Sdn Bhd yang terletak di Seremban.

Loji PV yang menggunakan kawasan sel solar yang luas, yang dikenali sebagai sel solar, digunakan untuk menukar cahaya matahari secara langsung kepada tenaga boleh diperbaharui.  Transformer step-up akan digunakan sekiranya loji PV dapat menjana melebihi 500 kW.

Syarikat Genbayu dan Solar Interactive juga bakal menubuhkan sebuah Syarikat Usahasama untuk membangunkan kemudahan solar dengan kapasiti sehingga 90 megawatt (MW).

Permaju dan Vsolar masing-masing mensasarkan memperoleh pendapatan tiga kali ganda melalui usahasama ini. Tambahan dari sumber rapat Permaju, potensi pendapatan juga dijangka akan meningkat pada masa hadapan selari dengan perkembangan syarikat.

Sumber berkata bahawa kemudahan solar pada awalnya mempunyai 117MW PV panel, dengan kapasiti yang menghasilkan kira-kira 400Wp produk solar panel (kira-kira 293,000 keping). Tenaga yang dihasilkan daripada loji PV itu akan dijual kepada Tenaga Nasional Bhd di bawah perjanjian pembelian kuasa yang akan ditandatangani pada peringkat seterusnya.

Sumber juga berkata bahawa kemudahan solar tertakluk kepada  kajian, pembiayaan tersedia dan juga kuota yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

Selain peroleh pembiayaan, Solar Interactive Sdn Bhd juga bakal menerima perkhidmatan kejuruteraan dan pembinaan tambahan.

Permaju percaya bahawa Solar Interactive mampu menyediakan dan menawarkan kepakaran yang diperlukan untuk membangunkan projek solar berdasarkan pengalaman mereka yang mempunyai Fasiliti Penjanaan Tenaga Solar sendiri di Kinta, Perak.

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. bagusnya! Rasanya lebih elok kalau bangunan syarikat atau bangunan kerajaan guna tenaga solar. Lebih jimat dan eco friendly user

    BalasPadam
Catat Ulasan