Mentega Anchor Pilihan Utama Chef Selebriti Florence Tan

Baru-baru ni aku berpeluang menghadiri satu majlis anjuran Anchor Food Professionals, bahagian perkhidmatan makanan Fonterra, yang telah memperkenalkan tiga resepi khas untuk para peminat pembuat kek dan masakan dengan menggunakan mentega Anchor dalam tin yang diperbuat daripada 100% tenusu asli dari New Zealand. 

Pihak Fonterra telah menjemput, chef selebriti Malaysia, Florence Tan untuk mengetuai demonstrasi masakan pada hari tersebut. Memang meriah dengan kepetahan mulut Chef Florence yang tak kering idea untuk memasak sambil berkongsi tip-tip penting. Perangai dia dalam dan luar televisyen memang sama je. 

Apa aku suka tentang Chef Florence ni, dia tak sombong weh. Walaupun dia dah berusia tapi masih kuat dan cergas. Memang awet muda la kata orang. Teringat dulu, setiap kali bulan puasa mesti akan tengok chef buat biskut raya sementara tunggu waktu berbuka. 


3 Resepi Istimewa Menggunakan Mentega Anchor

Chef Florence Tan sendiri mengakui dia memilih mentega Anchor kerana berkualiti tinggi dan kebaikan mentega Anchor demi menghasilkan makanan yang lazat. Dalam sesi demonstrasi tersebut, chef telah menyediakan tiga resipi unik iaitu kek coklat supermoist bersadur coklat, tat labu berkeju dan biskut emping jagung emas bermadu dengan badam yang mempunyai aroma yang hebat dan rasa unggul mentega Anchor dalam tin. Untuk pengetahuan semua, mentega ini dibuat oleh pakar tenusu dari New Zealand sejak beberapa generasi yang menghasilkan antara susu yang paling berkualiti di dunia.




Menurut Jack Tan, Pengarah Perkhidmatan Makanan Fonterra Brands Malaysia “Para pengguna hari ini inginkan makanan yang enak daripada sumber serta hasil yang semula jadi. Saya berasa amat bangga bahawa mentega Anchor dalam tin dapat memenuhi kedua-dua keperluan serta permintaan ini. Rasa mentega yang beraroma lazat ini tentunya datang daripada 100% susu lembu New Zealand yang diberi rumput sebagai makanan harian,”. 

Mentega Anchor dalam tin diperbuat daripada krim segar bermutu tinggi yang diperolehi daripada 100% tenusu asli New Zealand yang kaya dengan aroma yang terpelihara serta kekal di dalam tin bagi memberikan kelazatan dan rasa yang unggul. Pembungkusan berkualiti tinggi memudahkan penyimpanan selain mengekalkan kesegaran rasa mentega bagi meningkatkan keenakan makanan manis dan juga berempah termasuklah kek lapis, biskut, kek paun hinggalah nasi kurma dan ayam kurma.

Resepi yang kami kongsikan pada hari ini menonjolkan rasa dan tekstur mentega bermutu tinggi yang terdapat pada mentega Anchor dalam tin dan saya berharap dapat memberikan inspirasi kepada mereka yang gemar membuat kek dan memasak untuk turut mencuba di rumah,” kata Florence Tan.


Pengalaman Sertai Demonstrasi Masakan 

Pihak Fonterra juga telah memberi peluang kepada wakil media dan influencer media sosial yang hadir untuk turut menyertai sesi demonstrasi masakan bersama Chef Florence menggunakan mentega Anchor dalam tin. Bagai orang mengantuk disarungkan bantal. Memang aku teruja untuk terlibat sama. Memasak adalah salah satu aktiviti yang aku suka buat bila tertekan. Seolah-olah sebagai satu terapi bila aku kena sediakan bahan-bahan dan kemudian terhasilnya makanan yang sedap. Ala-ala “me-time” untuk aku melepaskan stress. 


Chef ajar buat biskut emping jagung emas bermadu dengan badam. Bukan setakat dapat timba ilmu malah kami dapat bawa balik biskut yang kami buat hasil tunjuk ajar Chef Florence. Memang seronok. Memang terbukti biskut yang menggunakan mentega Anchor wangi dan sedap. Suami dan anak-anak pun suka. Maka sebulat suara, biskut emping jagung emas bermadu dengan badam akan menjadi salah satu biskut raya kami tahun ni. 



Tambahan lagi, Anchor Food Professionals sejak sekian lama telah menghasilkan produk tenusu dari New Zealand daripada ternakan lembu yang diberikan rumput semula jadi. Ia kemudian dibekalkan kepada restoran, kafe dan pembuat kek dan roti bagi membolehkan mereka memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan rasa makanan yang lazat.

8 Sebab Mentega Anchor Menjadi Pilihan Ramai

Anchor Food Professionals amat berbangga dapat berkongsi produk tenusu berkualiti tinggi ini dengan seluruh warga Malaysia.  
  1. Produk tenusu terbaik ini adalah hasil daripada faktor cuaca di New Zealand yang sederhana di mana ternakan lembu diberikan rumput sepanjang tahun. 
  2. Cuaca yang sederhana menghasilkan rumput yang baik seterusnya menghasilkan susu yang berkualiti tinggi. 
  3. Susu lembu dari New Zealand adalah merupakan antara susu yang paling berkualiti di dunia.
  4. Rasa mentega yang beraroma lazat ini tentunya datang daripada 100% susu lembu New Zealand yang diberi rumput sebagai makanan harian. 
  5. Para peladang dan pemegang saham Fonterra yang memiliki kepakaran dan pengalaman perladangan sejak beberapa generasi bagi menghasilkan produk yang selamat dan berkhasiat. 
  6. Mentega Anchor mengandungi pelbagai vitamin dan nutrien seperti beta carotene, yang memberikan hasil mentega dari New Zealand warna kekuningan semula jadi. 
  7. Mentega Anchor dalam tin mengekalkan kelazatan dan aroma mentega asli 100% dari New Zealand untuk rasa yang unggul dan lazat. 
  8. Pembungkusan berkualiti tinggi memudahkan penyimpanan selain mengekalkan kesegaran rasa mentega bagi meningkatkan keenakan makanan

Korang boleh dapatkan mentega Anchor mengandungi 454g mentega asli dari New Zealand, di Tesco dan juga kedai-kedai yang menjual barangan membuat kek di seluruh Malaysia. Pesanan untuk korang, pilihlah mentega yang bermutu tinggi untuk masakan dan membuat kek dan roti untuk hasil yang lazat. 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang mentega Anchor dalam tin serta resepi dari Chef Florence, sila layari laman Facebook rasmi Anchor Food Professionals di www.facebook.com/pg/AnchorFoodProfessionalsMY/


Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Previous Post Next Post