Pakai Susuk Untuk Cantik Menurut Islam

Rodiah Amir
1

Sebelum aku menaip lebih panjang tentang pengakuan seorang hamba Allah yang mengaku pakai susuk untuk kelihatan cantik. 

Aku mohon jangan ada sekelumit rasa menyampah atau pun nak hina kerana apa yang telah dia lakukan. 

Kita hanyalah hamba Tuhan yang lemah dan jangan sesekali cuba lakukan tugas Tuhan serta menjatuhkan hukuman.

Pakai Susuk Untuk Cantik Menurut Islam

Aku ceritakan kembali pengakuan tuan badan yang telah mengaku pakai susuk dalam satu rancangan temual “Sebelum Terlambat” yang telah ditayangkan di Astro Prima saluran 105. 

Ini merupakan siaran ulangan, rancangan ni dah ditayangkan masa tahun 2014 – 2015. Untuk aku pula ia merupakan pertama kali aku tonton rancangan tu dan hos dia adalah Dynas Mokhtar. 

Selain Pian, panel jemputan lain seperti Dr Amirul Nazri dan juga Pakar Motivasi terkenal Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadilah Kamsah.

Tetamu jemputan untuk minggu itu ialah Pian Cecupak. Mungkin yang sebaya dengan aku lahir tahun 80 an kebelakang kenal kot Pain Cecupak. Dulu dia merupakan pelawak dan pengacara yang memeriahkan industri hiburan tanah air. 

Long short story aku nak kongsikan pesanan yang Pian Cecupak ni bagi yang aku rasa penting sangat aku kongsikan dengan korang juga. Teruskan membaca ya.



Mengaku Pakai Susuk Untuk Kelihatan Cantik

Memang aku salute sangat dengan keberanian dia untuk mengaku dan sudi ditemuramah dalam tv. Dia kongsikan yang dia pernah buat salah dan dia sekarang dia dah bertaubat dan dalam proses pemulihan. 

Masalah utama dia adalah dia obsess dengan susuk. Hidup dia jadi tunggang langgang dan akhirnya keluarga dia hancur serta berakhir dengan penceraian. Sedih juga bila dia ceritakan anak-anak dan isteri menjadi mangsa apabila sering dicemuh masyarakat.

Untuk pengetahuan susuk ni ada banyak jenis; ada susuk berlian, susuk emas, susuk jarum, susuk tembaga dan banyak lagi lah. Susuk haram dipakai bagi orang Islam. 

Perbuatan memakai susuk adalah termasuk dalam kategori merubah ciptaan Allah. Banyak tujuan susuk dipakai, ada yang nak cantik, nak kebal, kuat dan macam-macam lagi.

Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadilah Kamsah ada ulas tentang susuk dari segi Islam adalah Haram kerana perbuatan memasukan jin kafir di bahagian tubuh badan untuk kelihatan cantik. 

Ada orang masukan susuk di bahagian muka, dada, punggung, tulang belakang dan mana-mana anggota mengikut tujuan si pemakai.

Pian mengaku pakai susuk masa dia aktif mencari job. Kenapa susuk? Semestinya nak nampak cantik dan dia akui memang banyak job yang masuk. 

Tahap obsess dia tu memang tahap kronik yang mana dia mengaku pernah buat suntikan dekat bahagian punggung sebanyak 886 kali dan suntik di muka lebih banyak dari itu. Akibat ketagihan, dia pernah diserang penyakit strok sebanyak dua kali sehingga hari ini.

Mengikut pendapat Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadilah Kamsah orang yang pakai susuk adalah orang yang mempunyai masalah jiwa iaitu kurang keyakinan dengan diri sendiri. 

Tak rasa diri cantik dan tak yakin kalau tak pakai alat untuk nampak cantik. Ianya satu penyakit dan perlu dirawat.

Khusus untuk mereka yang memang ada masalah ketagihan, penyakit ini akan dapat dirawat jika diri sendiri sedar dan mahu berubah. 

Apa perlu mereka buat adalah perlu kenal pasti tahap obsess dan berjumpa doktor untuk mendapatkan bantuan.

Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadilah Kamsah pesan juga andai kita ada kawan-kawan yang terlibat dengan masalah obses dengan susuk dan ingin berubah tolong jangan pinggirkan dan tinggalkan dia. 

Orang begini tak boleh dibiarkan berseorangan dan dia amat perlukan sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan.

Kesan Pakai Susuk Terhadap Diri

Melalui penerangan panel jemputan, kesan pakai susuk bukan terhadap kesihatan fizikal (jasmani) sahaja tetapi melibatkan kesan terhadap mental (rohani) seseorang.

Kesan Terhadap Kesihatan

Dari segi kesihatan, doktor melarang pakai susuk kerana boleh akibatkan kesan secara langsung dan tidak langsung. Kesan langsung adalah seperti mendapat penyakit akibat memasukan benda asing ke dalam tubuh badan contohnya jarum. 

Jika jarum yang ada didalam tubuh dan kemudian jarum tersebut karat ianya boleh akibatkan pembentukan darah beku. Jika dimasukan berdekatan dengan organ penting seperti jantung boleh akibatkan sakit jantung dan strok. Ia juga boleh menjadi punca penyakit barah.

Kesan tidak langsung pula adalah dari sudut fisiologi. Orang yang pakai susuk adalah orang yang mempunyai tahap keyakinan diri yang sangta rendah. 

Ini akan memburukan lagi apabila seseorang terlalu bergantung kepada susuk untuk sentiasa cantik.

Aku tertarik dengan perkongsian Doktor tentang pesakit yang datang ke hospital untuk mendapatkan rawatan tapi bukan disebabkan oleh susuk tetapi tak sengaja doktor dapat kenal pasti pesakit memakai susuk.



Apa yang berlaku, ada kes pesakit kemalangan dan buat MRI. Kantoi bila doktor jumpa banyak benda asing dalam result MRI. Ada juga yang datang kerana simtom seperti sering sakit kepala tetapi tidak tahu punca walaupun dah banyak kali dapat rawatan.

Kesimpulan

Walau apa jua alasan yang kita beri, amalan memakai susuk adalah berdosa besar dan salah di sisi agama. Ibaratnya kita pakai dan sihirkan diri sendiri. Bukankah itu menzalimi diri? 

Masih belum terlambat untuk mereka yang pernah terlibat. Allah sentiasa mengampuni dosa umatNya kerana Tuhan itu Maha Pemurah. Carilah ustaz yang berilmu dan berpengalaman untuk bantu anda pulih. Biar kita nampak hodoh dimata manusia tapi cantik bila bertemu Tuhan yang satu.


Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. gile ahhhhhhhhhh.. buat MRI jumpa macam2.. erk.. tak sangka bila zaman dah moden pun ramai yang masih menggunakan ilmu2 susuk ni.. em..

    BalasPadam
Catat Ulasan