Info Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40

Rodiah Amir
2
Selepas YAB Perdana Menteri kita umumkan Bantuan Prihatin Nasional bakal diberikan kepada rakyat beberapa hari lepas, akhirnya Kementerian Kewangan tampil menerangkan mengenai perkara ini. 

Pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak. 

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.


Bantuan PRIHATIN Nasional 2020 Bagi Golongan B40 & M40 

Jadi orang ramai diminta berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa penipuan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini. 

Kerajaan tidak pernah melantik orang tengah dan jangan mudah untuk memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.

Kerajaan memang dah ada data peribadi golongan B40 & M40 berdasarkan data Bantuan Sara Hidup dan juga berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). 

Pemberian BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020.



Info Penerima Bantuan Prihatin Nasional 2020 Bagi Golongan B40 & M40

Penerima BPN akan menerima jumlah bantuan berbeza-beza mengikut jumlah pendapatan bulanan isi rumah. Jumlah BPN paling tinggi ialah RM1,600 bagi pendapatan isi rumah RM4,000 ke bawah. 

RM1,000 bagi pendapatan isi rumah RM4,001 hingga RM8,000. Bagi golongan bujang yang mempunyai pendapatan RM2,000 ke bawah akan menerima bantuan RM800 manakala pendapat RM2,001 hingga RM4,000 akan menerima bantuan RM500.

Jom kenali lebih dekat kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:


Kaedah Bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah bayaran secara kredit ke akaun (jika ada maklumat akaun) atau bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (Jika tiada akaun atau status bayaran adalah gagal kredit).

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah bayaran melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam BNCP terkini yang telah dikemukakan. 

Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah dan jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Boleh mengemaskini maklumat akaun bank melalui aplikasi e-Kemaskini (https://ez.hasil.gov.my/ci/ > e-Kemaskini > Profil Diri) untuk memastikan maklumat akaun bank adalah terkini dan aktif.  

Pastikan akaun bank adalah atas nama penerima.


Semak Status Kelayakan

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020 di Portal Rasmi rasmi kerajaan berikut:

B40 – Semak di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 
M40 – Semak di Bantuan Sara Hidup (BSH) 
atau Kementerian Kewangan Malaysia 

Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di portal rasmi dibawah dan pemohon boleh mengemukakan bukti pendapatan. 

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, 
Bantuan Sara Hidup (BSH), 
Kementerian Kewangan Malaysia, 

Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan. Sekiranya permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus.

Diharap penjelasan di atas dapat membantu korang lebih memahami inisiatif kerajaan untuk membantu rakyat semasa saat genting macam ni. Sekali lagi di ingatkan agar tidak berkongsi maklumat peribadi dan tidak menjadi mangsa scammer seterusnya. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi no telefon di bawah:

Kementerian Kewangan (Jam 9 pagi – 5 petang, Ahad- Jumaat)
03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 03-8882 9191 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566
bsh@treasury.gov.my pre2020@treasury.gov.my

Telegram: PRE PRIHATIN
Facebook: Kementerian Kewangan Malaysia 


Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia 


Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Terima kasih kerajaan sayang dia kat rakyat

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. bolehlah rakyat menyumbang semula dengan membelanjakan bantuan yang diberi dengan membeli keperluan rumah..

    BalasPadam
Catat Ulasan