Info Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Penularan Covid-19

Rodiah Amir
1
Ramai tarik nafas lega bila PM umumkan penangguhan pinjaman bank (Moratorium) selama enam bulan termasuk lah pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan dan pinjaman perniagaan.

Prihatin dengan keadaan rakyat Malaysia sekarang yang tertekan dengan Covid-19, PTPTN juga turut serta meringankan beban peminjam dengan menawarkan penangguhan bayaran balik PTPTN kepada para peminjam.

Tangguh Bayar PTPTN Akibat Penularan Covid-19

Mengambil kira kesan wabak penyakit COVID-19 kepada ekonomi negara yang mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan kepada peminjam PTPTN. 

Kerajaan telah bersetuju memberi penangguhan bayaran balik pinjaman pendidikan kepada semua peminjam PTPTN berkuat kuasa serta-merta selama enam (6) bulan mulai 19 Mac sehingga 30 September 2020.




Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Secara Automatik

Sehubungan dengan itu, peminjam yang sedang membuat bayaran balik akan ditangguhkan bayaran balik secara automatik tertakluk kepada keadaan berikut:

a)           Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji

Semua arahan dan penghantaran data potongan gaji akan ditangguhkan. Walau bagaimanapun, terdapat peminjam yang akan diteruskan potongan gaji bagi bulan Mac 2020 .

Memandangkan aktiviti prosesan data potongan telah dibuat lebih awal sebelum pengumuman penangguhan bayaran balik.

Sila semak penyata pinjaman masing-masing untuk pengesahan bayaran berhubung perkara ini. Tiada pemulangan semula (refund) yang akan dibuat ke atas bayaran balik yang telah diterima. 

Potongan gaji akan dihentikan bagi bulan April hingga September 2020.


 b)          Bayaran Balik Melalui Direct Debit

Semua penghantaran data potongan melalui Direct Debit akan ditangguhkan hingga bulan September 2020

Sehubungan dengan itu, tiada potongan Direct Debit akan dilakukan bermula 19 Mac sehingga 30 September 2020.


c)           Peminjam yang membuat bayaran balik melalui saluran lain seperti kaunter bank, Pos Malaysia, Perbankan Atas Talian (Internet Banking), Arahan Tetap (Standing Instruction) atau lain-lain saluran adalah bertanggungjawab ke atas bayaran yang dibuat sepanjang tempoh penangguhan.

Peminjam dikehendaki membuat pembatalan dengan pihak yang berkaitan sekiranya ingin menangguhkan bayaran di dalam tempoh ini. 

Tiada pemulangan semula (refund) bagi bayaran balik yang telah diterima.



Peminjam Yang Ingin Meneruskan Bayaran Balik Sepanjang Tempoh Penangguhan

Bagi peminjam yang ingin meneruskan bayaran balik pinjaman, boleh membuat bayaran mengikut saluran yang telah disediakan. 

Manakala peminjam yang ingin meneruskan potongan gaji/ Direct Debit pula dikehendaki membuat persetujuan di Portal Rasmi PTPTN  mulai 23 Mac hingga 15 Ogos 2020.

Selaras dengan penangguhan bayaran balik pinjaman ini juga, PTPTN dengan ini memaklumkan penutupan sementara semua permohonan (Pertukaran Ujrah, Penstrukturan Semula Pinjaman, 

Penjadualan Semula Pinjaman dan Penggabungan Pinjaman) bermula 19 Mac 2020 hingga 30 September 2020.

Diharap para peminjam faham dengan penerangan yang diberikan oleh pihak PTPTN. Kalau ada soalan dan masih memerlukan penerangan lanjut hendaklah di salurkan ke e-Aduan PTPTN. 



Pendapat aku Tentang Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Bila kerajaan umumkan penangguhan bayaran balik PTPTN sedikit sebanyak aku rasa lega. Memang selama ni setiap bulan aku buat bayaran. 

Awalnya aku memang nak teruskan je buat bayaran memandangkan duit hutang memang aku asingkan setiap bulan. Duit belanja harian pun masih ada in sha Allah.

Cuma bila terfikirkan kemungkinan-kemungkinan akan memerlukan aku menggunakan duit masa waktu gawat ni yang buat aku fikir banyak kali. 

Alang-alang kerajaan dah offer kemudahan penangguhan apa salahnya kan?

Kena fikir juga tentang kos pentadbiran / ujrah yang masih dikenakan walaupun buat penangguhan bayaran dan semestinya tempoh bayaran balik akan dilanjutkan.

Sakit pula hati bila fikir. Bukan tak bersyukur. Ok lah untuk korang yang masih ada soalan boleh hubungi pegawai PTPTN. 


Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan