Resepi Udang Goreng Kunyit

Rodiah Amir
5
Dekat rumah kalau masak lauk udang memang masing-masing tersenyum kegembiraan. Udang dah jadi antara lauk kegemaran selain Ikan Sebelah. 

Anak-anak mengikut selera aku yang suka makan udang. Kalau suami pulak dia lebih prefer sotong. Aku tak gemar sotong sebab terlajak masak sotong jadi liat. 

Tak sedap sudahnya. Walhal kau tak pandai masak nak salahkan sotong. Lol. 

Masak Udang Goreng Kunyit

Baiklah sempena tempoh kawalan pergerakan, aku nak kongsikan resepi udang goreng kunyit, khas untuk korang yang dah kering idea nak memasak. Jadual memasak aku masih sama seperti sebelum keluar Perintah kawalan Pergerakan lagi.  

Sebelum aku melalut lebih panjang jom tengok resepi simple tak sampai 15 minit dah siap dengan syarat udang dah cuci, bawang dah potong dan sayur dah hiris. 

Oh selain masak goreng kunyit, udang dekat rumah ni akan dijadikan gulai lemak tanpa cili. Maklumlah, udang ni lauk favourite anak bongsu.



Udang Goreng Kunyit Tak Pedas

Bahan-bahan diperlukan untuk masak udang Udang Goreng Kunyit pun tak banyak sangat. Basically aku ikut resepi ayam goreng kunyit tu tapi versi udang aku buat ada kuah. Tak banyak pun cukup bagi dia lembap.

Semua bahan aku main agak-agak, dan korang juga boleh ubah dan tambah atau ganti sayur apa korang suka.

15 ekor udang saiz sederhana
1 batang lobak merah yang dipotong nipis
Setengah biji bawang holand yang dihiris
Sos lada hitam
Sos cili
Serbuk kunyit
Serbuk perasa
Bawang putih(3 Ulas) dan bawang merah (2 biji) yang diblend
Sedikit air
Sedikit minyak masak

Cara membuatnya ialah; Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau. 

Masukan satu sudu kecil serbuk kunyit, sedikit sos lada hitam, sos cili dan sedikit air. Biarkan seketika.
Kemudian, masukan udang dan kacau biar sos meliputi udang. 

Masukan lobak merah dan hirisan bawang Holand. Jika perlu tambahkan sedikit lagi air supaya tidak kering. Tambah serbuk perasa. Kacau sehingga udang masak.



Siap.

Udang Goreng Kunyit sesuai dihidangkan bersama nasi panas, sayur goreng dan juga telur dadar. Memang tak sedar makan nasi bertambah. Boleh cuba menu Udang Goreng Kunyit untuk raikan tetamu datang ke rumah.

Selamat mencuba.

Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. ankdara akak suka sgt la udang...kalo masak udang mmg die sorg je paling byk mkn..slalunya menu fav die udang buttermilk

    BalasPadam
  2. Datang sini cari ilham nak masak apa hari ini haha.

    BalasPadam
  3. uiiiiiiiiiiiii.. senang nye !! nanti boleh try !!

    BalasPadam
Catat Ulasan