Cara Reset Password Maybank2u Bila Lupa Kata Laluan

Rodiah Amir
1
Boleh pula aku terlupa kata laluan Maybank2u hari ini. Macam biasa awal bulan mesti akan guna Maybank2u untuk selesaikan hutang bulanan. 

Memang dah bertahun aku bayar bil secara online, kalau tidak silap kali terakhir aku menapak ke Pejabat Pos masa anak dara dulu teman mak bayar bil Air dan bil Api.

Dijadikan cerita, aku terlupa kata laluan internet banking Maybank. Bulan lepas aku macam ada kesedaran la konon nak tukar kata laluan Maybank2u sebab lepas dengar cerita akaun kena hacked, duit dalam akaun hilang tiba-tiba. 

Terus seram.


Lupa Kata laluan Maybank2u  

Masa awal dulu, Maybank tak banyak songeh nak cipta kata laluan untuk Maybank2u, setakat guna yang ringkas dah mencukupi. 

Tapi semenjak banyak kes kehilangan duit jadi semua bank menaik taraf sistem perbankan dan tingkatkan keselamatan, jadi kriteria kata laluan lebih panjang dan rumit. Jadi bagus lah kan.

Jadi tak bagus bila aku cipta kata laluan yang baru lepas tu aku lupa nak salin dalam buku. Huwaaa. Lepas tu bila log in terus panik tak tahu apa nak buat. 

Aku tak pernah tukar walau sekali pun rasanya. Jadi kata laluan lama tu memang dah sebati dalam otak aku, yang baru aku lupa teruk.






Cara Reset Kata Laluan Maybank2u  

Kalau korang terlupa kata laluan Maybank2u jangan risau dan panik. Perkara pertama korang kena buat ialah korang kena cuba ingat dan masukan kata laluan macam biasa. 

Korang ada tiga kali peluang untuk masukan kata laluan yang betul.

Selagi tak cukup cubaan sebanyak tiga kali korang tak boleh nak reset kata laluan okeh. Ingat tu! 

Aku la yang mereng, belum cuba tiga kali aku dah tekan forgot kata laluan. Memang Maybank tak boleh trace username kau nanti dan akan cipta lebih banyak masalah.

Seterusnya, setelah dah cukup tiga kali percubaan masukan kata laluan yang betul, korang kena tekan tab “FORGOT PASSWORD”. Sistem akan minta korang masukan No di belakang kad Maybank dan juga pin number ATM.

Ha ni kalau tak ingat nombor pin ATM aku tak mampu nak tolong la ya.




Bank akan keluarkan kotak mesej dia jumpa akaun korang dan korang ada dua pilihan samaada nak RESET PASSWORD atau Log In kalau korang kot tiba-tiba teringat kata laluan. 

Semestinya aku malas pisang berbuah dua kali jadi aku reset kata laluan terus.

Sila lah cipta kata laluan baru yang semestinya mencabar akal tu. Aku paling lemah cipta kata laluan minta ada huruf besar, nombor, special character semua tu. 

Jadi lepas cipta sila lah tulis, ni marah diri sendiri ni sebab hari tu aku lupa nak tulis. Tangguh konon ingat nak tulis lepas tu hurmm malas nak maki diri sendiri.




Langkah terakhir adalah korang kena tekan butang “Request OTP”. Isikan TAC number yang dihantar ke telefon bimbit yang berdaftar dengan Maybank. Selesai. 

Boleh la cuba log in dengan kata laluan baru. Jimat masa tak bercakap dengan customer service Maybank. Mereka pun tengah sibuk tu.

Tapi kalau ada masalah juga boleh cuba contact customer servive Maybank 1 300 88 6688 Ada rezeki dapat la bercakap dengan Customer Service Maybank. 

Aku sempat la call lima kali dan tidak dijawab, panik punya pasal. Akhirnya setel sendiri.

Kriteria Cipta Kata laluan Online Banking

Untuk memastikan tiada kejadian kecurian, kehilangan wang oleh penjenayah cyber, pihak bank menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berhati-hati dengan tidak mendedahkan maklumat penting seperti kata laluan, TAC dan lain-lain. 

Kebanyakkan bank mencadangkan pelanggan untuk cipta password internet banking mengikut kriteria yang bank sarankan seperti dibawah. Kata laluan mestilah:
  • Mesti sekurang-kurangnya 8 aksara panjang (maksimum 12)
  • Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 huruf huruf besar
  • Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 huruf kecil
  • Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 nombor
  • Mesti mengandungi sekurang-kurangnya 1 watak istimewa
  • Mesti TIDAK mengandungi 3 aksara berturut-turut misalnya 123, abc
  • Mesti TIDAK mengandungi ruang
  • Mesti TIDAK sama seperti ID pengguna dan frasa keselamatan Maybank2u anda
  • Mesti TIDAK sama dengan 7 kata laluan anda yang terdahulu




Kesimpulan

Mak aku selalu pesan, semakin cerdik manusia semakin banyak jenayah akan tercipta. Jadi sentiasalah berhati-hati supaya tidak terjatuh ke dalam perangkap penjenayah. 

In Sha Allah dengan mengikut langkah-langkah keselamatan yang pihak bank cadangkan, kita akan terselamat dari menjadi mangsa jenayah seterusnya. 

Artikel ini termasuk apa perlu buat jika terlupa password Maybank2U, cara reset password Maybank2U dan ciri-ciri kata laluan perbankan online yang dicadangkan oleh bank.



Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. TQ kak share. Boleh cuba nanti.. harap tak terlupa kata laluan la

    BalasPadam
Catat Ulasan