Info Tentang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

Rodiah Amir
4

Semakin seram tempoh PKP sekarang bila kerajaan umumkan pula Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau nama lain dia Enhancement Movement Control Order. 

Bermula dengan peningkatan kes di Kampung Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam Johor yang mana arahan perintah semua laluan keluar masuk ke kawasan ditutup.

Beberapa daerah sebelum ni sudah pun dilaksanakan PKPD dan paling terbaru semasa artikel ini ditulis adalah di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. 

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

Menurut Kementerian Kesihatan, PKPD akan dikenakan di satu-satu kawasan sekiranya berlaku peningkatan kes secara mendadak bagi mencegah jangkitan daripada merebak.

Tak pernah lagi sepanjang aku hidup 34 tahun berdepan dengan situasi PKPD ni weh. Kalau ada rezeki umur panjang boleh la bercerita kepada anak cucu. 

Cerita macamana aku separa gila berjuang untuk kekal positif duduk di rumah, tak lupa juga cerita tentang Makcik Kiah penjual Pisang Goreng.



Tujuan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan

Kalau sepanjang tempoh PKP, orang ramai masih lagi boleh keluar atas urusan penting, tapi kalau PKPD memang orang ramai tak boleh keluar sesuka hati. 

Bukan setakat PDRM je yang berkawal malah ATM, APM dan RELA akan turun padang untuk kawal seluruh kawasan memastikan tiada orang keluar rumah. Punya la serius kerajaan ambil tindakan.

Antara sebab PKPD dijalankan tak lain tak bukan adalah disebabkan sikap orang ramai yang degil tak mahu patuh arahan jangan keluar rumah. Tak boleh solat berjemaah, tak boleh buat kenduri, tak boleh melancong. 

Bila ingkar dan terkena jangkitan COVID-19 satu kampung terima akibat. Silap haribulan merebak ke kampung lain.

Kena faham, yang PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar. Langkah ini diambil dan akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari unit ke unit dilaksanakan sepanjang tempoh ini berkuatkuasa.

Arahan Sepanjang Tempoh PKPD

1 Semua penghuni tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPD sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

2 Bukan penghuni dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

3 Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan di bangunan tersebut.

4 Penghuni boleh membuat pesanan makanan yang boleh dihantar dan diambil di tempat yang ditetapkan.

5 Pangkalan Perubatan (Medical Base) dibuka di kawasan PKPD.

6 Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

Keadaan Aku Sepanjang Tempoh PKP Dilaksanakan

Jujurnya mental aku agak terganggu selepas masuk fasa kedua tempoh PKP dilaksanakan. Memang sepatutnya duduk di rumah ni tak jadi masalah buat aku sebab memang aku bekerja dari rumah sejak dua tahun lepas. 

Tapi, sejak dua tahun lepas aku akan pastikan aku ada ‘me-time’ dan akan keluar untuk release stress setelah penat menghadap rutin sama setiap hari.

Agak mencabar menghabiskan masa dengan anak-anak. Bergelut juga la nak menguruskan masa dan paksa diri berdisiplin untuk siapkan kerja. 

Pendek kata, PKP adalah tempoh aku berjuang menentang COVID-19 dan juga diri sendiri.

Penat memang tak terkira, tapi bila fikirkan bukan aku seorang je yang penat dan bosan duduk di rumah jadi aku positif semula. 

Lagipun banyak hikmah aku belajar, paling penting dulu aku selalu doa supaya suami lebih banyak masa dengan kami satu keluarga. Sekarang lah Tuhan bagi kesempatan berkasih sayang 24 jam. Ambik la guna.

Maka nikmat mana lagi yang mahu kau dustakan wahai manusia.


Kesimpulan

Berdoa sangat supaya PKPD ni tak melarat dan semoga COVID-19 cepat hilang dari dunia. Tak sampai setengah bulan nak masuk bulan Ramadan.

Pesanan untuk orang ramai, tolonglah jangan pentingkan diri sendiri. Aku nak balik kampung nak beraya dengan mak okeh.



Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan