Ad Code

Cara Dapatkan Duit Hilang Dalam Akaun Bank

Sana sini kecoh kata simpan duit dalam bank dah tak selamat. Selama ni aku hanya dengar cerita orang, duit hilang dalam akaun bank. Akhirnya aku turut menjadi mangsa. Cis betul.

Waktu kawan aku ceritakan suami dia juga menjadi mangsa scammer yang mencuri duit dalam akaun bank aku hanya mampu suruh dia bersabar je.

Bila giliran aku sendiri yang merasai memang payah nak bersabar. Cakap memang mudah, bila kena batang hidung sendiri, perghhh.


Cara Dapatkan Duit Hilang Dalam Akaun Bank

Walaupun angka dia tidak mencapai angka ribuan ringgit tapi tetap juga terasa. Kalau aku belanja duit tu beli kopi dekat Zus Coffee boleh dapat 10 cawan CEO Latte ya.

Amaran penipuan bank

Kisahnya pagi 1 haribulan Ogos aku terima notifikasi di SMS dari no 63833 mengatakan aku ada buat transaksi guna Debit Card berjumlah RM98 pada pukul 1.27 petang.

Awalnya aku nak abaikan je SMS tu sebab macam tak percaya. Tapi, nombor yang hantar notifikasi SMS tu nombor rasmi kalau aku request TAC untuk urusan online banking. Terus rasa cuak.

Waktu tu rasa tak sedap hati terus login iMuamalat dan ternyata duit telah ditolak dan terdapat perbezaan diantara jumlah Account Balance dengan Available Balance.

Bila fikirkan macam tak logik sebenarnya scammer tu boleh buat transaksi guna kad debit aku. Aku tak pernah klik link mencurigakan baik di SMS, e-mail, mahupun Whatsapp. Tak pernah juga nak layan bila diminta isi maklumat peribadi.

Perkara pertama aku buat ialah update di Facebook dengan harapan ada yang kongsi pengalaman pernah lalui perkara yang sama. Lepas tu terus aku hubungi customer service Bank Muamalat.

Bank hold transaksi tu jadi duit tu terapung-apung status dia. Selamat? Entah tak tahu.

Duit-hilang-dalam-bank

 

Kronologi Cara Dapatkan Semula Duit Yang Hilang

Baca kronologi di bawah supaya lebih faham:

1# Terima SMS notifikasi pada pukul 1.29 petang Ahad, 31/7/2022. Berlaku transaksi pembayaran kepada Brainratingstore.com sebanyak RM98.

Pagi Isnin baru perasan SMS dan terus call Bank Muamalat.

#2 Customer Service akan block kad debit dan Internet Banking. Kena buat laporan Polis dan pergi ke bank untuk buat kad debit baru. Laporan Polis wajib buat supaya bank boleh lakukan siasatan. 4/8/2022, Khamis baru aku selesaikan semua.

#3 Kena hantar e-mail dan salinan laporan Polis kepada feedback@muamalat.com.my beserta no rujukan panggilan (CS akan beri).

#4 Bank caj RM12 untuk buat Kad Debit baru. Dah la duit kena curi, bank suruh bayar lagi duit yang sah-sah bukan salah pelanggan.

#5 Kes dijangka ambil masa 14 hari bekerja. Tapi berdasarkan pengalaman orang lain perlukan tempoh yang lebih lama dan terbukti ianya betul.

#6 Internet Banking kena daftar semula. Kena buat macam pertama kali daftar ‘First time registration’ kemudian kena hubungi Customer Service untuk aktifkan. Leceh tapi sebab perlukan kena buat juga.



Kisah Orang Hilang Duit Dalam Bank

Setiap bank prosedur dia berlainan. Ada yang tak perlu buat laporan Polis dan sebaliknya. Berdasarkan pengalaman yang diceritakan mangsa yang hilang duit dalam bank, aku simpulkan yang bank akan beri response berdasarkan tahap penglibatan pelanggan.

Kan ada kisah Doktor yang hilang duit dalam bank sotong tu dia tak puas hati sebab bank seolah meletak kesalahan ke atas pelanggan. Klik link dan ada yang serah maklumat peribadi.

Sebagai contoh untuk kes aku: aku tak klik apa-apa pautan, tak dedahkan maklumat kepada pihak ketiga melalui e-mail mahupun panggilan telefon.

Tahu-tahu je transaksi berlaku tetapi bank bekukan transkasi sebab mencurigakan. Memang lah sebab aku tak request atau masukkan TAC / OTP number.  

Kebetulan waktu balik, pakcik driver GRAB pun kongsi kisah hilang duit dalam bank sebab scammer. Bezanya dia yang serah tengkuk untuk disembelih. Lagi sedih.

Dia cerita scammer ni guna email untuk pancing pakcik tu. Scammer hantar email sebiji macam email dari pihak Unifi dan minta pelanggan untuk update maklumat akaun.

|   Taktik Scammer Kurier Servis    |

Kalau tak update servis akan ditamatkan. Lebih kurang macam tu lah penerangan pakcik tu. Maklumat yang pakcik tu isi termasuk lah bahagian bayaran auto debit.

Dia klik link dan isi maklumat pada waktu pagi dan selepas tu dia terima notifikasi penolakan bayaran berderet-deret melalui telefon tapi dia abaikan sebab sibuk bawa GRAB.

Malam tu dia baru semak notifikasi dan buat laporan kepada bank. Esok dia pergi ke bank. Apa yang dia cerita ialah duit tu dah berjaya dipindahkan ke akaun scammer tapi scammer belum withdraw duit.

Pakcik tu bernasib baik sebab bank kata boleh ambil duit tu semula. Adalah perkara teknikal yang dia cerita tapi aku tak berapa nak faham.

Jadi untuk kes kehilangan duit setiap bank berbeza cara dia selesaikan. Jadi isu dia sekarang selamat tak nak simpan duit dekat bank?

Bayangkan eh kalau pelanggan yang memang simpan dan harapkan bank jaga duit kita, lepas tu kehidupan dahlah miskin bandar. Jadi perkara begini yang ambil masa nak dapat semula duit tu.

Tidak ke membebankan rakyat. Hei saya marah. 

|   Guru Ditipu 12 Ribu Ringgit Oleh Sindiket Parcel Scam  |

 

Pesanan Bank Tentang Panggilan, SMS, Whatsapp Palsu

Awas! Panggilan atau sms/whatsapp palsu

Anda Cemas?

  • Tidak bayar cukai
  • Pengubahan wang haram
  • Kad kredit digunakan
  • Tunggakan kad kredit
  • Mykad digunakan oleh orang lain
  • Dadah

Anda diugut?

  • Waran tangkap
  • Penjara
  • Wang simpanan hilang
  • Akaun simpanan dibekukan

Anda menerima arahan?

  • Muat turun aplikasi
  • Mengisi data peribadi dan perbankan ke dalam aplikasi/ laman
  • sesawang daripada pautan yang diberikan
  • Membuat pinjaman peribadi
  • Menjual rumah
  • Memindahkan wang simpanan
  • Tidak boleh memberitahu sesiapa termasuk ahli keluarga 

Sekiranya anda menjawab YA untuk semua solan di atas, anda mungkin sedang ditipu! hentikan perbualan serta merta dan telefon pihak berkuasa dengan segera.

 

Update!

Selepas hampir satu bulan aku follow up dengan Customer service BMMB semula. Waktu tu aku dah hantar email juga tapi as expected memang sampai ke sudah tiada balasan ya. 

Aku tergerak hati nak semak guna iMuamalat dan jumlah Account Balance dengan Available Balance dah sama. 

Sama ada duit dah ditolak atau duit dimasukkan semula ke dalam akaun. Terus aku hubungi customer service.  

Menurut perbualan aku dengan CS, staff lelaki tu terangkan yang duit aku telah ditolak dan dibayar kepada scammer. 

Sikit lagi aku nak menjerit. Memang aku hilang sabar. Waktu ni darah aku betul-betul mendidih. Semua jawapan yang CS tu bagi sangat menyakitkan hati. 

Lama juga aku pertikaikan sebab aku dah buat apa pihak bank suruh, laporan polis dan aku dah beritahu bank supaya jangan release duit kepada scammer. 

Aku suruh dia jawab dengan jujur aku akan dapat duit itu atau tak. Peluang tu tipis dia kata. Dia kata dia boleh tolong buka laporan untuk tanyakan kepada Jabatan yang terlibat siasat kes aku ni. 

Dengan harapan jabatan tu boleh bagi jawapan yang logik diterima akal kenapa duit aku ditolak. Banyak kali juga perkataan maaf keluar tapi maaf tu bukan boleh kembalikan duit dan kepercayaan aku kepada bank. 

Aku geram sampai aku cakap aku nak withdraw dan tuutp akaun Muamalat. CS tu redha je. Nasib lah kan. Tapi tidak la aku sampai mencarut. 

Sebelum letak telefon aku sempat tanya tarikh perlu aku hubungi semula untuk tahu status duit aku. Sepanjang tempoh menunggu tarikh aku perlu follow up, aku ada call customer service untuk kes lain. 

Waktu inilah aku baru tahu yang CS lelaki tu bagi salah maklumat. Aku minta CS perempuan ni semak status kes aku dan dia terangkan satu persatu. 

Rupa-rupanya selepas kes aku di siasat, duit aku dipulangkan semula ke dalam akaun. Jadi status duit floating tadi tiada sebab bank dah batalkan transaksi mencurigakan itu. 

Pentingnya aku buat laporan Polis sebagai langkah keselamatan tambahan supaya kes kecurian duit tidak berlaku lagi di masa hadapan. 

Mengikut SOP mereka patutnya ada staff hubungi aku untuk update laporan yang aku buat, malangnya aku tak terima satu panggilan pun. 

Kalau aku tak hubungi semula BMMB dan aku biar je sampai bila-bila pasti aku akan kenang BMMB sebagai bank yang teruk. 

Salah pelanggan? Salah Staff? Salah bank? 



Post Navi

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Risau dan takut juga, tapi tu lah selain usaha, doa dan tawakal dengan Allah jangan dilupakan... segalanya berlaku atas kehendak dan dengan izin Allah jua...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Semua perkara dengan niat, doa mohon perlindungan Allah

      Padam
  2. Memang menyakitkan hati kan...geram je...mcm sistem security bank ni senang betul scammer hack ye tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelanggan akan lebih lembut hati kalau bank ada simpati dan empati

      Padam
  3. ramai org terdesak discamnya org lain.. minta dijauhkan kes duit hilang ni. susah juga nak dpt balik

    BalasPadam
  4. Risau jugak kalau tetiba duit hilang camni. Sekarang saya simpan duit cukup-cukup je dalam bank, duit lebih transfer terus masuk ASNB. Risau kot jadi hal camni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Good move la macam tu.. jangan satu tempat je

      Padam
  5. banyak berlaku sekarang ni, ada juga kerisauan tapi tu lah kena alert dan hati2 selalu semoga kita semua di lindungiNya dari segala keburukan.. aamiin.

    BalasPadam
  6. Simpan duit dalam bank pun tak selamat dah. Sabar je lah.

    BalasPadam
  7. Lately ni byk dengar berita kehilangan duit wlwpun dh simpan dlm bank m haihh takut pulak .. Dh mcm xsafety

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.