TIPS TUDUNG BAWAL ON POINT TERBENTUK SEPANJANG HARI
Tips Tudung Bawal On point Terbentuk Sepanjang Hari
Masih belum terlambat nak ucapkan
Selamat pengantin baru buat pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang baru je
melangsungkan perkahwinan pada tarikh 1.1.2021 yang sudah. Paling berkenan dengan busana
yang dipakai oleh Ayda Jebat masa majlis akad nikah.
Kelihatan ayu dan baju dia tak
sarat dengan hiasan. Sedang elok je. Make up pun kena sangat. Tapi yang paling
mencuri perhatian aku adalah tudung bawal satin yang dipakai oleh Ayda. Tudung
dia on point menaikkan lagi seri pengantin. Gambar dari Instagram Ayda Jebat.
Tips Tudung Bawal On point
Kalau nak tahu Dato Alha Alfa
menjadi pilihan untuk menjadi jurusolek hari nikah Ayda Jebat. Dato juga sempat
buat IG Story berkongsi tips untuk dapatkan muncung tudung supaya on point
sepanjang majlis.
Masalah yang kerap dihadapi
peminat tudung bawal terutama tudung bawal material Satin Silk ialah kesukaran
untuk kekal terbentuk. Ini kerana materialnya yang lebih nipis berbanding
material tudung lain.
Dato Alha ada kongsikan yang dia
semburkan tudung dengan hair spray terlebih dahulu untuk mendapatkan tudung
yang kekal terbentuk sepanjang majlis. Terbukti lah tips tu berkesan.
Sebenarnya tips menggunakan hair
spray untuk bentukkan tudung juga turut dikongsi oleh Ija Bahar di Facebook. Dia
kongsikan juga tip memilih hair spray yang betul sebab banyak jenis dan bukan
semua orang suka terutama baunya.
Tips Pilih Hair Spray
#1 Harga Hair Spray ada yang
mahal dan ada yang mampu milik, tapi tak bermaksud hair spray yang mahal itu
berkesan. Jadi Ija nasihatkan untuk beli dan cuba.
#2 Ada pelbagai jenis bau hair
spray. Dulu hairspray kebanyakkan berbau kuat, menyengat dan busuk. Tak semua
orang suka dan tahan dengan bau yang kuat. Tapi sekarang dah banyak hair spray
yang berbau wangi ada di pasaran tetapi harganya semestinya boleh tahan mahal.
#3 Tips paling utama ialah
memilih hair spray jenis EXTRA/STRONG HOLD tak kisah apa jenama sekali pun. Kalau
guna selain itu awning tudung yang keras tak akan terbentuk dan awning takkan
bertahan lama.
Jangan main-main ya dengan tudung
yang tak terbentuk elok. Bagi wanita berhijab kalau tudung tak terbentuk elok
boleh rosakkan mood sepanjang hari.
Pengeras Tudung Jenama COMOT
Selain dari guna hair spray aku
nak kongsikan satu lagi tips berkesan untuk dapatkan tudung yang terbentuk
elok. Lagi seronok kalau guna pengeras tudung atau hijab starch ni ialah bau
dia wangi, dan semestinya senang sangat nak guna.
Hanya spray beberapa semburan dah
boleh nampak kesan dia. Cara yang betul untuk menggunakan hijab spray ialah:
- Laraskan suhu seterika ikut material tudung anda.
- Goncang botol Hijab Spray.
- Sembur Hijab Spray pada jarak 6 hingga 7 inci di bahagian dalam awning tudung.
- Gosok rata guna seterika.
*Aku tak suka sembur hijab spray
berlebihan, dan lagi satu untuk mudah untuk tahu tempat yang perlu diseterika
ialah bentukkan tudung bawal menjadi segi tiga. spray tengah-tengah awning dibahagian dalam.
Setakat ini testimoni dari
pengguna suka Hijab Spray COMOT sebab ianya berbeza dengan pengeras tudung yang
ada di pasaran. Tudung tak tinggalkan kesan ‘line’ bila terpenyek dan tak
kembung bila pakai spek mata.
Boleh klik dan share LINK INI untuk bantu wanita yang hadapi masalah tudung tak on point. Semoga perkongsian kali ini membantu kau orang ya. Siapa je yang tak mahu cantik kan?
4 Ulasan
Wow.. menarik ni..
BalasPadamHair spray Kak Diah tak pernah try lagi Husniey
PadamBaru tahu kena pakai hijab spray lah
BalasPadamNak terbentuk elok boleh try hijab spray tu
PadamKata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.