9 PERKARA PENTING TENTANG PKP 2.0 2021

Tahun 2021 dimulai dengan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh Malaysia kerana kes penularan wabak Covid 19 yang meningkat hari demi hari. Risau dengan jumlah yang semakin mendadak, akhirnya kerajaan laksanakan PKP.

Menurut Majlis Keselamatan Negara, arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan di negeri seperti di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah bermula 13 hingga 26 Januari 2021.

Manakala, PKP Bersyarat (PKPB) pula dilaksanakan di enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan juga bermula 13 hingga 26 Januari 2021. Bagi negeri Perlis dan Sarawak pula dikenakan PKP Pemulihan (PKPP).


Fahami Larangan Semasa PKP, PKPB dan PKPP

Walaupun ini bukan kali pertama kita dikenakan perintah PKP, tapi masih ramai lagi yang tertanya-tanya tentang larangan dan perkara boleh buat sepanjang PKP dikuatkuasakan. Jadi jom kita ingatkan semula perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Berikut adalah perkara yang perlu di ambil perhatian sepanjang pelaksanaan PKP bagi negeri terlibat:

#1 Bagi kawasan PKP, Kedai Makan dan Gerai Penjaja dibenarkan beroperasi HANYA untuk perkhidmatan take away dan tiada dine in.

Manakala bagi kawasan PKPB dan PKPP kedua-duanya dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan. Perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi.

Resepi Viral Sepanjang PKP

#2 Aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali bagi kawasan PKP.

Di kawasan PKPB dan PKPP, aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP yang ketat.

#3 Pergerakan rentas negeri dan rentas daerah adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali sepanjang pelaksanaan PKP dan operasi sekatan jalan raya (SJR) akan dijalankan. Pergerakan anda adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja.

Kalau perlu rentas negeri atau daerah, kena ada Surat Pelepasan untuk perjalanan. Contoh Surat Pelepasan PKP dan PKPB

#4 Bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, HANYA DUA (2) anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama.

Mana-mana individu yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum RM1,000.

#5 Pasar raya, Klinik, hospital dan farmasi serta bank dibenarkan beroperasi di kawasan PKP pada tahap berjaga-jaga.

#6 Jumlah maksimum 5 orang dibenarkan hadir untuk aktiviti keagamaan bagi kawasan PKP manakala kawasan PKPP dan PKPB, aktiviti keagamaan masih dibenarkan dengan bilangan kehadiran minimum yang ditetapkan di dalam SOP.

#7 Lima sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai sektor ekonomi perlu (Essential economic sector) iaitu pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi.

#8 Hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat manakala bagi pekerja di dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan oleh majikan masing-masing.

#9 Nak keluar beriadah tiada masalah tetapi dibenarkan meninggalkan rumah untuk beriadah dengan anggota isi rumah sahaja tak lebih daripada 2 orang dan kena pastikan jarak 2 meter setiap masa. Untuk berbasikal pula hanya seorang sahaja dibenarkan. Berkumpulan adalah dilarang sama sekali.


Denda RM1,000 Jika Tidak Pakai Mask

Mulai 1 Ogos 2020, Peraturan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bakal dikuatkuasakan di Malaysia. Pemakaian pelitup muka yang betul ketika berada di dalam pengangkutan awam dan di tempat awam yang sesak adalah diwajibkan.

Sesiapa yang gagal untuk mematuhi arahan boleh dihukum denda tidak melebihi RM1,000 (AS$234) atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama oleh mahkamah. Mereka yang didapati melakukan kesalahan berulang berdepan hukuman lebih berat.

Sudah banyak kes mereka yang cuai disaman seribu ringgit sebab ingkar arahan tak pakai mask, ada juga kenalan aku yang disaman sebab tak scan aplikasi My Sejahtera. Jadi jangan la ambil mudah semua perkara di atas.

Pesanan akhir, sila pakai pelitup muka dengan betul, jaga penjarakan fizikal dan kerap gunakan hand sanitizer. Sekiranya tidak ada keperluan segera atau mendesak, tidak perlulah keluar rumah. Kita jaga diri sendiri lah sekarang ni.

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama