Tips Tudung Bawal On point Terbentuk Sepanjang Hari

Rodiah Amir
Masih belum terlambat nak ucapkan Selamat pengantin baru buat pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir yang baru je melangsungkan perkahwinan pada tarikh 1.1.2021 yang sudah. 

Paling berkenan dengan busana yang dipakai oleh Ayda Jebat masa majlis akad nikah. Kelihatan ayu dan baju dia tak sarat dengan hiasan. Sedang elok je. Make up pun kena sangat. 

Tapi yang paling mencuri perhatian aku adalah tudung bawal satin yang dipakai oleh Ayda. Tudung dia on point menaikkan lagi seri pengantin. Gambar dari Instagram Ayda Jebat. 

Tips Tudung Bawal On point Terbentuk Sepanjang Hari



Kalau nak tahu Dato Alha Alfa menjadi pilihan untuk menjadi jurusolek hari nikah Ayda Jebat. Dato juga sempat buat IG Story berkongsi tips untuk dapatkan muncung tudung supaya on point sepanjang majlis.

Masalah yang kerap dihadapi peminat tudung bawal terutama tudung bawal material Satin Silk ialah kesukaran untuk kekal terbentuk. Ini kerana materialnya yang lebih nipis berbanding material tudung lain.

Dato Alha ada kongsikan yang dia semburkan tudung dengan hair spray terlebih dahulu untuk mendapatkan tudung yang kekal terbentuk sepanjang majlis. Terbukti lah tips tu berkesan.

Sebenarnya tips menggunakan hair spray untuk bentukkan tudung juga turut dikongsi oleh Ija Bahar di Facebook. Dia kongsikan juga tip memilih hair spray yang betul sebab banyak jenis dan bukan semua orang suka terutama baunya.


Tips Pilih Hair Spray

#1 Harga Hair Spray ada yang mahal dan ada yang mampu milik, tapi tak bermaksud hair spray yang mahal itu berkesan. Jadi Ija nasihatkan untuk beli dan cuba.

#2 Ada pelbagai jenis bau hair spray. Dulu hairspray kebanyakkan berbau kuat, menyengat dan busuk. Tak semua orang suka dan tahan dengan bau yang kuat. Tapi sekarang dah banyak hair spray yang berbau wangi ada di pasaran tetapi harganya semestinya boleh tahan mahal.

#3 Tips paling utama ialah memilih hair spray jenis EXTRA/STRONG HOLD tak kisah apa jenama sekali pun. Kalau guna selain itu awning tudung yang keras tak akan terbentuk dan awning takkan bertahan lama.

Jangan main-main ya dengan tudung yang tak terbentuk elok. Bagi wanita berhijab kalau tudung tak terbentuk elok boleh rosakkan mood sepanjang hari.

Jenama Kekaboo pun ada spray tudung tau. 


Pengeras Tudung Jenama COMOT

Selain dari guna hair spray aku nak kongsikan satu lagi tips berkesan untuk dapatkan tudung yang terbentuk elok. Lagi seronok kalau guna pengeras tudung atau hijab starch ni ialah bau dia wangi, dan semestinya senang sangat nak guna.


Hanya spray beberapa semburan dah boleh nampak kesan dia. Cara yang betul untuk menggunakan hijab spray ialah:

  • Laraskan suhu seterika ikut material tudung anda.
  • Goncang botol Hijab Spray.
  • Sembur Hijab Spray pada jarak 6 hingga 7 inci di bahagian dalam awning tudung.
  • Gosok rata guna seterika.

*Aku tak suka sembur hijab spray berlebihan, dan lagi satu untuk mudah untuk tahu tempat yang perlu diseterika ialah bentukkan tudung bawal menjadi segi tiga. spray tengah-tengah awning dibahagian dalam. 




Setakat ini testimoni dari pengguna suka Hijab Spray COMOT sebab ianya berbeza dengan pengeras tudung yang ada di pasaran. Tudung tak tinggalkan kesan ‘line’ bila terpenyek dan tak kembung bila pakai spek mata.