Cara Minum Dua Liter Air Kosong Sehari Tanpa Gagal?

Rodiah Amir
3

Cara Minum Dua Liter Air Kosong Sehari Tanpa Gagal?

Selalu dengar kan nasihat untuk menjaga kesihatan dan tips penting untuk cantik dan kurus, kita perlu minum air kosong dua liter sehari tanpa gagal. 

Air kosong tau bukan air manis sebab air kosong berfungsi untuk meningkatkan kadar metabolik badan serta mengenyangkan. 

Tidak la mulut asyik nak mengunyah makanan. Antara kepentingan air untuk tubuh badan kita adalah seperti membantu ubah makanan kepada tenaga, mengawal suhu badan, menyingkirkan bahan buangan, bantu penyerapan nutrient dan banyak lagi. 

Jumlah yang disarankan adalah sebanyak lapan gelas atau dua liter sehari. Jadi over minum air pula sebab berlebihan minum air kosong atau air masak juga boleh memudaratkan kesihatan kita. 




Bahaya Terlebih Minum Air Kosong

Dr Rafidah pernah kongsi info tentang terlebih minum air ni di Twitter. Bahaya weh sebab pernah ada perempuan yang minum air 10 liter sehari kerana nak dapatkan kulit yang cantik kononnya tetapi sebenarnya boleh rosakkan buah pinggang dan lagi teruk boleh akibatkan sawan. 

Jadi jangan terlebih fanatik nak cantik, nak kurus sampai berlebihan. Agama Islam sendiri pun ajar untuk besederhana. Ingat tujuan asal minum air, jangan sampai tak cukup air di waktu panas sekarang ni. 


Tabiat Malas Minum Air

Bagi situasi aku pula berlainan dengan apa yang aku terangkan dekat atas. Aku tersangat malas nak minum air. Tak ada disiplin langsung. 

Jadi apa yang berlaku dekat diri sendiri sistem pembuangan aku sebenarnya agak terganggu. Aku beruntung sebab aku suka makan buah-buahan jadi membantu serba sedikit. 

Tapi bila dah menginjak usia ni, risau pula fikir kesihatan di masa akan datang. Tak tahu berapa panjang usia Allah nak kasi pinjam jadi kena la jaga kan. 

Tabiat aku minum ni bergantung kepada level kesibukkan harian aku. Semakin sibuk aku pada hari tersebut semakin sikit la air yang aku minum. Leka dengan kerja. 


Kesan Kurang Minum Air Ikut Pengalaman Peribadi

Meh aku kongsi apa kesan yang aku boleh nampak dan rasai disebabkan tabiat buruk aku kurang minum air kosong. 

Macam aku cakap tadi ganggu sistem pembuangan aku, tidak sampai tahap sembelit tapi aku kurang membuang. 

Kedua ialah kurang air sebabkan aku jadi cepat penat, malas dan tak ceria. Kulit aku pun jadi kering dan teruknya aku ada eczema. 

Memang buruk la kulit kalau terlalu kering. Paling utama aku jadi kurang aktif dan kerja sebagai penulis blog ni kena ada idea dan mood menulis. 

Aku pernah juga cuba turunkan berat badan, aku jaga kuantiti makanan, exercise dan kurangkan pengambilan gula tapi berat masih statik sebab aku kurang minum air.  

Oleh sebab kesedaran baru timbul, aku nak disiplinkan diri untuk minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari tanpa gagal. Cabaran besar sebab aku tak suka minum air. 


Tips Minum Dua Liter Air Kosong Sehari Tanpa Gagal

Kalau dah pasang niat untuk jaga kesihatan, dah sedar kepentingan minum air maka jom disiplinkan diri untuk minum air yang cukup. 

#1 Tahu berapa jumlah liter air yang perlu diminum sehari

Rujuk jadual yang dikongsi oleh KKM untuk tahu berapa liter air yang perlu di minum mengikut berat badan masing-masing. 


#2 Bina jadual

Ha jadual apa? Jadual persekolahan ke? Jadual minum air lah. Paling mudah bahagikan liter air kepada jam. Contoh kena habiskan 3liter air sehari jadi kena minum 1000ml ikut jadual di bawah. 

#3 Disiplin

Dah letak usaha, tenaga, emosi dan masa kena paksa diri untuk disiplin patuhi jadual. Minum ikut jadual yang ditetapkan supaya target tercapai. 


#4 Set alarm

Kalau anda sejenis pelupa, apa kata set alarm dekat handphone masing-masing supaya dapat ingatkan anda waktu untuk minum air. 


#5 Jangan kerna terpaksa

Ha kau dah macam lirik lagu. Sebaiknya nak buat sesuatu perkara yang baik jangan rasa terpaksa. Kalau terpaksa benda tu jadi separuh jalan. Aku dah pernah buat dulu lepas tu aku tak ikut jadual aku buat. sia-sia sahaja. 


Kesimpulan 

Setakat ini sahaja perkongsian bagaimana cara minum dua liter air kosong sehari tanpa gagal dan tips-tips penting yang kau orang boleh ikut. Mana yang baik dan mudah nak buat silalah amalkan. Kita sama-sama ubah dan sayangi badan kita. 

Jangan lupa jaga diri, jaga kesihatan. Jumpa di lain entri. 

Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan