Food Review – Meat Cartel BBQ Wangsamaju, Makan Sambil Mengalir Air Mata

Rodiah Amir
0

Food Review – Meat Cartel BBQ Wangsamaju, Makan Sambil Mengalir Air Mata

Sabtu lepas kami sekeluarga ke restoran Meat Cartel American BBQ cawangan WangsaMaju. Kami pilih (baca: aku yang ajak) sebab tekak teringin nak makan daging. 

Aku dapat tahu tentang restoran Meat Cartel ni daripada Influencer popular iaitu Faiz Dickie atau pun lebih dikenali dengan watak Kak Leha Bunting di media sosial.

Dia upload Insta Story, yang dia dijemput menghadiri majlis pembukaan Restoren Meat Cartel cawangan Wangsamaju pada minggu lepas. Restoran ni baru sahaja dibuka beberapa hari lepas kepada orang ramai.

Seingat aku pernah terbaca laporan berita yang pelakon dan juga suami Fazura, Fattah Amin umumkan yang dia nak francais kan Meat Cartel pada tahun lepas. 

Selain WangsaMaju, cawangan lain Meat Cartel ialah Meat Cartel Jalan Ipoh, Shah Alam, Kota Damansara, TTDI, Bandar Dato Onn, Meru, Ipoh dan Kampung Baru.




Memandangkan baru je dibuka jadi aku tak letak expectation tinggi sangat. Belum lepas tempoh percubaan bagi aku. 

Perjalanan ke restoran tak jauh sangat dari rumah dan mudah je nak cari. Lokasi dia terletak di bangunan kedai yang baru nak naik. Waze sajalah lebih mudah.

Kami parking betul-betul dekat depan restoran. Lepas ni kalau bangunan dah siap dan banyak kedai dah beroperasi rasanya parking akan jadi terhad.



First impression masa melangkah masuk aku senang hati. Simple je konsep dia pilih, warna merah dan susun atur meja kerusi nampak santai. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak. Itu penting. Hiasan dalaman pun tak terlalu over.

Restoran ni ada dua tingkat. Memandangkan bahagian bawah penuh dengan pelanggan jadi kami duduk di tingkat dua, lebih privacy dan tak segan sangat kalau nak ambil gambar. Masa tu masih ada staff yang tengah betulkan saliran pengudaraan dan check air cond.



Menu Meat Cartel

Dah namanya pun American BBQ mestilah kebanyakkan menu ialah daging. Boleh order ala carte atau set untuk dipilih. Kami decide untuk makan ala carte supaya dapat rasa banyak jenis makanan. Lagi pun first time cuba, kalau tak sedap kan sedih.

Apa yang aku describe selepas ini semestinya mengikut selera dan tekak aku ya. Mungkin bagi tekak kau orang kalau cuba mungkin sedap dan sebaliknya. Aku memang suka makan daging dan menu western jadi tekak aku boleh terima makanan dekat sini.

Kalau datang sini kau orang boleh cuba Beef Ribs, Set Heseinberg, beef briske, lamb, sandwhich, beef & lamb rice, Mac & Cheese, BBQ Fried Chiecken Wings dan banyak lagi.






Harga Makanan di Meat Cartel

Dari segi harga aku rasa agak mahal untuk sesetengah makanan dan air, tapi sebab sedap jadi aku sedapkan hati sendiri. Suami makan Lamb Burger (side dish Onion Ring) RM35.90, untuk Ikhwan dia pilih Bloody Mac & Cheese – Beef Rm22.90, aku pilih Rice – lamb (daging carik, nasi butter, sambal kicap) RM18.90, French Fries RM8.90 & soft drink RM4.

Paling aku rasa over price ialah fries sebab dia tak letak herb yang fresh pun, sekadar fries je without Mayo as dipping. 

Kalau betul nak charge RM8.90 better bagi kentang fresh (bukan frozen) dan tabur garam dan herb segar. Gambar tak sempat ambil sibuk gosok mata. 


Pengalaman Dining At Meat Cartel Wangsamaju

Well ini sekadar pendapat aku as customer yang suka makan dan of cos aku menghargai setiap duit yang aku laburkan even aku jarang berkira bab makan. 

Dari segi kebersihan, layanan staff, rasa makanan tu okey tapi masih banyak room for improvement aku rasa dia boleh tengok.

Apa yang berlaku masa aku makan dekat sana ialah aku makan sambil mengalirkan air mata. Sumpah aku tak tipu. First time dalam hidup aku makan sambil menangis in public. Meja sebelah pun sama weh. Keluar air mata sambil tergelak.

Aku syak sistem pengudaraan restoran meat cartel Wangsamaju ada masalah masa tu. Segala asap keluar dari bahagian dapur, tapi asap tu tak nampak. 

Sedar-sedar mata kau pedih je. Aircond berfungsi dengan baik, tapi mata dan hidung aku terlalu sensitif sampai pedih dan keluar air mata. 

Bayangkan anak aku yang umur 3 tahun, 5 tahun dan 9 tahun makan dalam keadaan perit-perit manja begitu. Well budak-budak dia bukan tahu pun kan cuma sibuk la gosok mata. Seolah-olah seksaan dalam diam.

Sebelum tu kami duduk di meja bahagian atas tau. Tapi aku tak tahan aku ajak suami tukar meja ke bawah. Part paling kelakar bila aku ternampak family sebelah yang ada anak sebaya anak-anak aku pergi basuh muka dan mengeluh sebab tak tahan pedih.

Budak lelaki tu sampai nak lap mata dengan tisu alas burger ayah dia. Kami mak ayah ni pandang muka masing-masing sambil senyum tahan gelak. Kasihan tapi nak tergelak pun ada.

Ni aku bukan reka cerita mahupun nak burukkan restoran. Oleh sebab aku nampak staff dia baiki paip / saluran dekat bahagian atas aku assume dia orang pun sedar masalah tu. 

Tapi dia tidak la pula tanya pasal mata pedih, sementara kami tunggu makanan dihidangkan dia hanya tanya tentang aircond berfungsi atau tidak sahaja.


Kesimpulan

Ikutkan mulut aku nak complaint je tapi suami larang dan nasihatkan kami makan cepat-cepat dan terus beredar. Masa dalam kereta nak keluar dari parking, suami kata tak akan repeat ke sini melainkan dia selesaikan masalah pengudaraan tu.

Paling tak best baju kami anak beranak habis bau asap. Bau macam kau pergi makan dekat dalam food court. Dah lah lepas tu masing-masing pergi KL East Mall. Gasak kan. Itulah sajalah pengalaman aku ke Meat Cartel Wangsamaju.


Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)