Perkembangan Kebenaran Perintah Kawalan Pergerakan Mac 2021

Berdasarkan sidang media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) yang diadakan semalam, 2 Mac 2021 sudah banyak kebenaran dan juga kelonggaran diberikan oleh kerajaan kepada orang ramai.

Bersyukur juga status PKP telah berubah kepada PKPB dan PKPP. Marilah kita jadi makhluk yang bersyukur kerana ramai sangat rakyat terkesan semasa PKP ni. Sekarang terpulang kepada kita untuk jaga diri dan bendung wabak Covid ni.

Vaksin pun dah selamat sampai di Malaysia, barisan frontliner pun dah ada yang terima. Harapnya rakyat Malaysia tidak leka lah.



Perintah Kawalan Pergerakan Bermula 5 Mac hingga 18 Mac 2021

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, WP Kuala Lumpur, N. Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, dan Kelantan.

Manakala,

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah, WP Putrajaya dan WP Labuan.

Berita baiknya, bermula 5 Mac juga pergerakan rentas daerah dalam negeri DIBENARKAN (KECUALI negeri Sabah) manakala pergerakan rentas negeri masih TIDAK DIBENARKAN.




Status Pergerakan Rentas Daerah Dalam Negeri Ke Putrajaya

Kalau sebelum (PKPB 1.0) ni kita sedia maklum yang Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur dikategorikan sebagai Zon Lembah Klang. Jadi, pergerakan di tiga negeri ini dikira sebagai rentas daerah dan bukannya rentas negeri jadi dibenarkan.

Walaubagaimanapun menurut Majlis Keselamatan Negara, pergerakan dari WP Kuala Lumpur atau Selangor ke WP Putrajaya masih lagi TIDAK DIBENARKAN. Ini kerana Putrajaya masih berstatus PKPP dan bertujuan untuk melindungi WP Putrajaya daripada penularan Covid.

Jadi, untuk yang ada urusan di Putrajaya seperti biasa kena minta surat kebenaran Polis dan jika bekerja kena tunjukkan surat majikan.

Kebenaran Mengadakan Majlis Perkahwinan

Para pengantin yang sebelum ni terpaksa menangguhkan urusan perkahwinan sekarang dah boleh tarik nafas lega sebab kerajaan dah beri kebenaran untuk mengadakan majlis perkahwinan dengan syarat kehadiran iaitu had kehadiran bagi kawasan PKPB adalah 50 peratus keluasan premis manakala bagi PKPP adalah mengikut keluasan premis.

Bukan setakat itu sahaja, semua majlis rasmi / tidak rasmi kerajaan/ swasta, majlis sosial seperti kenduri, majlis perkahwinan/ pertunangan, majlis aqiqah, doa selamat, tahlil, sambutan ulang tahun, sambutan hari kelahiran, reunion, retreat dan lain-lain majlis sosial juga telah DIBENARKAN.

Kalau sebelum ni, ramai usahawan dalam bidang Perunding Perkahwinan hilang punca mata pencarian sepanjang PKP dan banyak syarikat gulung tikar dan tak dapat bertahan.  Diharap dengan kebenaran ini, usahawan yang terlibat boleh bangkit semula.




Kesimpulan

Diharap dengan perkembangan mengenai kebenaran Perintah Kawalan Pergerakan Mac 2021 ni memberi sinar kepada kita semua supaya dapat pulang ke kampung melawat ibu bapa. Logiknya kalau kes Covid dah stabil, kes jangkitan baru menurun pasti kebenaran rentas negeri bakal di izinkan.

Jom submit doa.


Sumber: Mindef, KKM

2 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Nak balik kampung huhuhu. Dah lama tak jenguk ibubapa di kampung :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom kita doa, rindu betul nak balik kampung ni

      Padam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama