Cara Berdoa Yang Betul Untuk Dapatkan Hasil Yang Cepat Dan Tepat

Rodiah Amir
0

Aku nak kongsikan isi pengajaran yang aku dapat dari Facebook Live Tuan John Blend yang sekarang merupakan salah seorang mentor dalam hidup aku. 

Tuan John kongsi tentang cara betulkan mindset sebelum berdoa untuk dapatkan hasil yang cepat dan tepat.

Umur lagi 4 tahun nak menjengah 40 an baru tahu mindset yang betul nak berdoa. Selama ni asyik lah berdoa dengan mindset yang sesat. 

Sadis tapi tak apalah sebab better late than never bak kata orang putih.


Cara Berdoa Yang Betul Untuk Dapatkan Hasil Yang Cepat Dan Tepat

Sebelum aku teruskan sharing, aku nak ingatkan yang mana kurang dan kelemahan aku tu semestinya dari aku dan yang baik-baik semua dari Allah.






Mentor Team Dragons Mastermind

Sedikit sejarah aku mengenali Tuan John, dulu aku memang dah follow Tuan John di Facebook masa tu aku kenal beliau dengan #BankIdea 

Sumpah dia manusia pertama yang aku rasa tak pernah putus bagi idea. Menarik pula tu. Aku malas nak puji beria kang kata aku taksub.

Baru-baru ni Tuan John dan rakan mentor yang lain, Tuan Farid dan Ticer Azizah ada buka pengambilan Team Dragons. 

Aku ambil kesempatan join untuk belajar kenal diri. Serius seronok dan hari-hari aku berlalu dengan penuh magik.


Betulkan Mindset Sebelum Berdoa

Aku tak kata cara kau orang berdoa tu salah ya, cuma ilmu yang Tuan John sampaikan ni dia highlight yang cara berdoa aku sekarang ni adalah kurang tepat. Berdoa ni ibarat kita mencari frekuensi / channel radio.

Kiasan dia ialah, kita kalau nak dengar lagu Melayu terkini kita cari frekuensi radio Era, kalau nak pengisian Islamik kita tukar ke IKIM.FM dan kalau nak layan ayat cinta kita cari DJ Lin di Suria FM. 

Begitulah ibarat kita nak berdoa, kena cari frekuensi yang betul. Nak berdoa kena tahu apa kita nak? Gembira? Sedih? Kaya? Serabut?

Sebab tu kita kena berdoa bukan hanya ketika sedih dan teraniaya je, kena berdoa dalam keadaan gembira, hati lapang dan tenang supaya bila Allah kurniakan Rahmat kita dapat dalam keadaan gembira, tenang, kaya, lapang dada.




Kenal Pasti Cara Berdoa Yang Betul

Selama aku hidup aku, sering dimomokkan dengan pemikiran yang doa orang yang buat dosa ni tak sampai pun dekat Allah. 

Kita ni manusia memang setiap masa tak pernah habis buat dosa. Silapnya kita dah buat dosa lepas tu tak berdoa sebab rasa tak layak. Itu yang jadikan kita lagi jauh dari Allah.

Sebetulnya kena betulkan mindset “walaupun siapa kita sekarang, setiap masa buat dosa (kecil atau besar) kita kena sentiasa berdoa” sebab apa saja doa kita ucapkan doa tu sampai dekat Allah dan Allah sebenarnya dah balas kembali rahmat Dia. Kita je tak perasan.

Berdoa tu tidak terbatas apabila kita angkat tadah tangan sahaja. Berdoa datang daripada apa yang kita buat, apa yang kita fikir, apa yang kita cakap dan apa yang kita rasa. Doa dalam keadaan tenang, lapang dan bahagia perkara yang sama berbalik kepada kita.

Sebab itu hidup kena selalu happy.




Perasaan Penat Berdoa

Aku jujurnya pernah merasa penat berdoa. Aku rasa fake gila bila aku buat dosa lepas tu aku menangis mohon ampun lepas tu aku ulang semula dosa yang sama. 

Masa tu aku fikir, aku ni berpura-pura. Lepas tu aku penat dan aku malas doa. Dalam diam aku jadi sombong yang malas berdoa. Dah la miskin malas pula tu.

Lepas Tuan John tegur baru aku perasan, yang sebenarnya aku salah dalam konsep berdoa. Aku tanam perasan kebergantungan kepada Allah berdasarkan rasa takut kepada Allah. 

Salah weh salah tu. Okey pemikiran tu betul dalam masa yang singkat tapi dalam masa jangka panjang benda tu makan diri aku.

Memang lah kena takut dengan Allah tapi perasaan paling utama kena bentuk ialah perasaan sayang, cinta, hormat kan Allah. 

Manusia ni lumrah dia adalah suka melawan. Degil. Apa yang dilarang itu yang manusia nak buat.

Bila aku buat sesuatu sebab takut Allah murka, Allah hukum tapi lambat laun aku jadi memberontak. Hilang takut bila syaitan hasut, yang Allah akan maafkan. Sempat bertaubat dan selalu fikir orang jahat lambat mati. Pui.

Lain sangat kalau kita besarkan perasaan sayang dan hormat Allah dalam hati. Bila kita sayang dan hormat seseorang kita akan susah nak buat perkara yang tak disukai sebab kita takut akan melukakan hati, dibenci dan ditinggalkan.

Kau orang faham tak?

Teknik yang betul ialah kita kena sayang dulu baru timbul takut. Bukan suruh takut dulu baru timbul sayang. Benda ni aku boleh relate dalam kehidupan bila didik anak. 

Jangan biar anak ikut arahan kita disebabkan takut dengan kita, sepatutnya dia buat sebab dia sayang dan hormat kita.

“Respect is earned, not given”

Serius berguna weh. Tolonglah kutip ilmu ni dan kongsi dengan berapa banyak lagi manusia dekat bumi ni. Pergilah follow Tuan John di Facebook. Doa sekali dia panjang umur, murah rezeki ada kesempatan kongsi ilmu.




Kesimpulan

Tolonglah betulkan mindset sebelum berdoa untuk dapatkan hasil yang cepat dan tepat supaya kita tak buang masa dan tak lari jauh dari Tuhan. 

Kena ingat sebanyak mana dosa kita pernah buat, walau dosa dan masalah sebesar gunung, mahupun sebesar kapal tapi yakinlah yang rahmat Tuhan itu seluas lautan.

Tiada yang mustahil bagi Allah. Allah Maha Kaya, Allah Maha Berkuasa dna Allah juga Maha Penyayang. Setiap kali lepas buat dosa, minta ampun dan minta diberi kekuatan untuk perbaiki diri.  Wallahualam.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)