Ad Code

Dinosour Encounter, Flying Monkey Tarikan Terbaru Zoo Melaka

Berkesempatan melawat Zoo Melaka setelah beberapa kali kami tangguhkan rancangan disebabkan PKP. 

Alang-alang balik kampung, ajak pada suami untuk check in hotel di Bandar Melaka kemudian bawa anak-anak melawat Zoo Melaka. 

Ini merupakan pengalaman pertama aku dan anak ke Zoo Melaka. Jadi semestinya jangkaan kami agak tinggi. 


Dinosour Encounter, Flying Monkey Tarikan Terbaru Zoo Melaka

Memandangkan kami dah banyak kali ke Zoo Negara, memang tak boleh elak untuk bandingkan tarikan yang ada disini. 

Kalau bawa anak-anak ke Zoo memang kami tak pernah naik tram. Sengaja nak biarkan anak-anak explore sendiri dan rasai kegembiraan berinteraksi dengan alam. 

Walaupun penat tapi berbaloi sangat. Banyak benda yang anak-anak belajar terutama tentang haiwan dan alam bila datang ke sini. Selain itu boleh asah kemahiran ikhtiar hidup dan kreativiti anak. 

Seronok tu memang pastilah, tapi panas ya ampun. Kami sampai dalam pukul 10.00 pagi dan kawasan letak kereta agak terhad dan cepat penuh. 

Kena lah menapak nak ke pintu utama. Sepanjang jalan ada gerai menjual topi dan barang kraf. Tolong bawa topi dan botol air sebab amat-amat membantu bila berada di dalam zoo. 

Kalau nak beli  dalam zoo pun boleh, ada gerai yang menjual air dan makanan. 


Flying Monkey & Dinosour Encounter

Antara faktor yang aku teruja nak ke Zoo Melaka adalah kerana tarikan terbaru mereka iaitu Flying Monkey & Dinosour Encounter. 

Zoo Melaka ada Night Safari, tapi untuk lawatan pertama kali kami decide untuk pergi waktu siang. 

Kami sempat tengok persembahan “Bird Show” pada pukul 11 pagi sebelum masuk ke kawasan Dinosour Encounter. 

Anak-anak enjoy tengok show dan banyak binatang yang dilatih. Kalau terlepas boleh tengok sekali lagi pada pukul 3.30 petang.  


Dinasour Encounter Zoo Melaka

Seperti dijangka Dinosour Encounter memang menyeronokkan terutama jika anak-anak sukakan Dinosour. 

Kawasan yang diperuntukkan agak luas dan laluan bertangga agak mengelirukan. Tidak membosankan sebab Dinosour mengeluarkan bunyi dan bergerak walaupun setempat. 

Banyak spesis Dinosour yang ada dan bersaiz besar. Satu perkara yang tak best ialah tak banyak kawasan redup dan memang mencabar kalau nak tolak stroller dan tak sesuai untuk warga emas kerana jalan yang berbukit. 

Cuaca panas sangat dan cahaya matahari memancar tepat di atas kepala. Rasa mendidih je otak. 

Berbotol-botol air mineral berjaya dihabiskan masa nak tawaf Dinosour Encounter. Kalau anak kecil anda takutkan badut, patung besar memang tak sesuai masuk ke sini. 


Dinasour Encounter  park Zoo Melaka


Flying Monkey, Zipline Pertama Di Dalam Zoo

Antara tarikan terbaru di Zoo Melaka juga ialah Flying Monkey yang merupakan Zipline pertama yang dibina di dalam zoo. 

Untuk yang kurang familiar, Zipline lebih kurang macam flying fox. Ada wayar dan cable dipasang pada badan dan kemudian berjalan merentasi antara pokok ke pokok. 

Untuk pengunjung yang suka aktiviti lasak dan teringin merasa memanjat dan tengok monyet boleh lah cuba. Kami decide untuk cuba bila datang lain kali. 

Boleh plan makan malam makan seafood di Restoran Ikan Bakar Klasik Umbai


Flying Monkey Zoo Melaka


Seronok Atau Tidak Ke Zoo Melaka?

Seronok atau tidak Zoo Melaka bagi aku adalah sesuatu yang subjektif. 

Kalau tanya pendapat aku sebagai orang dewasa, aku lebih sukakan Zoo Negara sebab laluan dan kandang haiwan lebih teratur. Tetapi anak aku lebih sukakan Zoo Melaka berbanding Zoo Negara. 

Zoo Melaka sangatlah luas dan merupakan zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Zoo Melaka juga dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. 

Kebetulan pada hari kami ke pusing-pusing Zoo Melaka, Ikhwan terlibat dengan aktiviti sekolah MyWalk My Ride peringkat kebangsaan. 

Tak sangka selepas penyertaan peringkat Negeri, dia terpilih untuk peringkat Kebangsaan pula. 

Sewaktu MyWalk My Ride peringkat Negeri, kami bawa Ikhwan pusing Zoo Negara dan selamat tamatkan aktiviti berjalan kaki sejauh 4KM bersamaan pusingan lengkap Zoo Negara (kecuali kawasan Panda) manakala untuk peringkat kebangsaan kami berjaya tamatkan laluan sejauh 5KM di dalam Zoo Melaka. 

Jadi dapat bayangkan tak keluasan Zoo Melaka tu? Mencabar bagi orang dewasa yang kurang bersenam macam aku, tapi satu keseronokkan untuk anak-anak. 

Bezanya Zoo Melaka, keluasan kandang haiwan lebih besar dan lebih banyak binatang. Alhamdulillah binatang semuanya sihat sejahtera. 

Ada Gajah, Harimau, Singa, Pelbagai spesis Rusa, Badak Sumbu, Zirafah, petting Zoo, Horse ride dan banyak lagi binatang. 


Jalan-jalan Zoo Melaka


Harga Tiket Zoo Melaka Terkini

Zoo Melaka beroperasi bermula 10.00 pagi sehingga 4.00 petang pada hari bekerja dan 9.00 pagi sehingga 5.00 petang pada hujung minggu dan cuti awam. 

Harga tiket Zoo Melaka terkini, dewasa ialah RM38 manakala kanak-kanak berumur 4 tahun sehingga 12 tahun, tiket berharga RM31. 

Dekat kaunter kita boleh hulurkan derma “food bank” untuk haiwan serendah RM10. 

Tiket berasingan dikenakan kalau nak masuk ke Petting Zone iaitu sebanyak RM5 untuk kanak-kanak. Masuk dalam petting zoo diberikan satu cawan makanan untuk arnab, hamster, burung kakak tua dan boleh beri rumput kepada rusa. 

Ada juga aktiviti ‘horse riding’ untuk anak-anak cuba. 


Live Feeding & Keeper Talk

Feeding Pulau Ungka: 10:00 Pagi & 4:00 Petang

Feeding Harimau & Singa: 12:00 Tengahari & 3:00 Petang

Keeper Talk Zirafah: 2:00 Petang

Feeding Banteng & Nilgai: 10:00 Pagi - 5:30 Petang

Feeding Gajah: 10:00 Pagi - 5:30 Petang

Petting Zone: 10:00 Pagi - 5:30 Petang

Maklumat lanjut boleh rujuk : Laman web Zoo Melaka


Petting Zone Zoo Melaka



Perjalanan untuk sampai ke kandang Orang Hutan agak sunyi dan agak seram kalau tak ramai orang. Terbayang kalau ada binatang terlepas atau bertindak luar kawalan memang minta dijauhkan. 

Konsep Zoo Melaka mengutamakan kebebasan bergerak bagi haiwan di sana. 

Saiz kandang yang luas dan terbuka beri kepuasan kepada pengunjung untuk merasai pengalaman berada di zoo sebenar. 

Sebelum sampai ke pit stop terakhir kami sempat melihat kakitangan zoo menaiki motor menghalau monyet liar. 

Bagi aku agak berbahaya sebab monyet-monyet bergerak secara berkumpulan. Potensi monyet tu nak serang pengunjung tu ada. 

Tapi mungkin itu perkara biasa dan berada dalam kawalan pihak zoo. 

Kesimpulannya, kalau datang ke Zoo Melaka pastikan anda berada lebih dari 3 jam untuk melihat binatang yang ada supaya ianya menjadi kenangan bermakna dan berbaloi dengan harga yang dibayar. 

Kalau di Zoo Negara ada Panda, di Zoo Melaka ada Dinosour. 

Percutian seterusnya kita pergi Zoo Taiping la pula. 

Post Navi

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. sonoknya jalan2 lepas lama berkurung sbb PKP..baru tahu kat melaka ada zoo..haha..#ketinggalan sis part ni..

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.