Ad Code

Vitamin Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun Anak

Menjaga dan membesarkan anak-anak dalam fasa wabak Covid-19 mengganas bukanlah satu tugas yang mudah. Selepas banyak kali melalui tempoh ‘berkurung’ di rumah, anak-anak dah imun dan faham tentang penjarakkan sosial dan kehidupan norma baru. 

Sepanjang tempoh berkurung, aku antara ibu bapa yang memang tak bawa anak keluar ke tempat awam mahupun berjumpa dengan keluarga dan sanak saudara walaupun diberi kelonggaran oleh kerajaan. 


Vitamin Diffenz Junior Tingkatkan Sistem Imun Anak

Risau benda buruk berlaku pada anak, takut sistem imun anak tak kuat nak lawan penyakit dan macam-macam perkara buruk bermain di fikiran. Nak keluar beriadah pun aku sangat memilih tempat dan waktu. 

Biasalah kan, seorang emak memang berhati tisu bila melibatkan anak-anak terutamanya bab kesihatan dan keselamatan. 

Vitamin kanak-kanak untuk sistem imun



Tapi memandangkan Covid-19 tidak akan berakhir dalam jangka pendek jadi kena la bersiap sedia dan tingkatkan penjagaan kesihatan. 

Sampai bila nak halang anak keluar dan duduk di rumah je kan? 

Risau memang lah risau tapi dalam masa yang sama aku dan suami ajar anak-anak tentang penjagaan diri, kebersihan dengan betul serta pastikan anak-anak mendapat nutrisi yang seimbang dan lengkap untuk tumbesaran.  

Bab pemakanan pula memang aku agak tegas, selain sediakan sayur dan buah-buahan kami beri anak-anak vitamin untuk tingkatkan imun untuk melawan penyakit. Tak sanggup nak ke hospital waktu pandemik, risau penyakit lain yang dapat. 

Aku adalah antara ramai ibu bapa yang percaya bahawa makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan nutrisi sepanjang tempoh anak-anak membesar. 

Zaman sekarang bukan seperti zaman dulu yang bebas pencemaran, malah sekarang kita banyak terdedah dengan makanan terproses (junkfood), stres kehidupan, dan pola hidup yang kurang aktif. Lagi mudah penyakit nak hinggap. 

Cara makan vitamin Diffenz Junior


Vitamin Eskayvie Diffenz Junior Bagus Untuk Imun & Tumbesaran Anak


Menurut Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri (doktor perubatan dan pakar formulasi), beliau yakin peranan makanan tambahan atau suplemen amat penting untuk membekalkan sumber-sumber nutrisi yang tidak cukup dengan lebih mudah dan cepat. 

Beliau juga percaya pengambilan suplemen tidak boleh dipandang remeh terutamanya di kalangan kanak-kanak. 

Anak-anak tergolong dalam kategori berisiko tinggi dan sangat terdedah dengan kekurangan nutrisi serta jangkitan kuman kerana:

Mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti.
Picky eater atau memilih dalam bab makan.
Suka makan makanan segera, junk food dan tak makan sayur & buah.
Suka main game dan tak aktif.
Susah nak jaga SOP tanpa pengawasan orang dewasa.
Masih ada yang belum layak divaksin tapi sudah kembali bersekolah & ke taska.



Pengenalan tentang Diffenz Junior oleh Dr Syid


Prihatin dengan keperluan ibu bapa yang ingin memberikan anak-anak makanan tambahan atau suplemen, Eskayvie Malaysia telah memperkenalkan Diffenz Junior iaitu vitamin untuk kanak-kanak yang berusia seawal dua tahun sehingga 12 tahun bertujuan meningkatkan sistem imun badan untuk melawan kuman dan virus. 

Melalui revolusi dunia sains, Eskayvie Diffenz Junior telah mengenengahkan 6 bahan utama iaitu Multivitamin & Mineral, Kolostrum, Cendawan Susu Harimau, Vitamin C, Vitamin D dan buah Camu-Camu dalam satu tablet lengkap. 

Gabungan bahan ini bukan sahaja mempunyai khasiat yang tinggi bagus untuk kesihatan anak-anak malah ditawarkan pada harga mampu milik. 

Tentunya ianya memudahkan pengguna untuk mendapat kebaikan enam bahan dengan bukan hanya mudah tetapi murah. 


bahan utama diffenze junior



6 Bahan Utama Eskayvie Diffenz Junior


#1 Cendawan Susu Harimau

Tahu tak yang Cendawan Susu Harimau diiktiraf sebagai Harta Karun Negara dan amat sukar didapati pada masa kini. Nilai cendawan jenis eksotik ini sangat mahal kerana khasiatnya yang tinggi menguatkan sistem imun melawan jangkitan kuman dan virus. 

Menurut cerita orang-orang tua dahulu cendawan ini hanya akan tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh di lantai hutan serta tumbuh secara sendirian berbanding cendawan lain yang biasanya tumbuh dalam jumlah yang banyak. 

Cendawan Susu Harimau dikatakan hampir pupus dan hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk seperti Banjaran Titiwangsa dan mempunyai keunikan tersendiri sehingga menyebabkan usaha mencarinya menjadi sangat sukar. 

Namun kini, dengan kemajuan sains dan teknologi, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. 

Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

Uniknya cendawan ini memakan masa bertahun lamanya untuk membesar dan harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. 

Cendawan Susu Harimau mula giat dikaji apabila pada tahun 2002, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia, mengatakan bahawa penyakit batuk kronik yang dialaminya selama bertahun dapat diubati dengan cendawan ini. 

Antara kebaikan Cendawan Susu Harimau ialah: 

Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema.
Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma.
Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar. 
Menguatkan sistem imun badan daripada jangkitan kuman dan virus.
Digunakan secara tradisional untuk merawat simptom masalah yang berkaitan sistem pernafasan seperti batuk kronik, alergi sinus dan asma.



#2 Multivitamin Dan Mineral

Multivitamin dan mineral adalah nutrisi yang mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral tertentu. Ia bertindak untuk memenuhi jurang pemakanan (kekurangan vitamin atau mineral yang boleh mempengaruhi kesihatan optimum). 

Masalah kekurangan nutrisi ini biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak yang memilih makan atau picky eater. 

Berdasarkan Kajian Pemakanan Kanak-Kanak Malaysia (SEANUTS Malaysia), purata kanak-kanak Malaysia berusia 1-6 tahun masing-masing hanya makan 0.91 dan 1.07 sajian buah dan sayur setiap hari (kurang daripada separuh jumlah yang disyorkan oleh Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja (2013). 

Multivitamin dan mineral penting untuk;

Melengkapkan keperluan nutrisi
Menyokong penglihatan 
Merangsang sistem imun badan (immunomodulatory) 
Melindungi diri daripada jangkitan 
Membantu menguatkan otot dan sistem saraf kanak-kanak
Membantu dalam penghasilan tenaga, dan memelihara kesihatan sistem saraf



#3 Kolostrum

Kolostrum merupakan susu pertama yang dihasilkan oleh ibu, sama ada manusia mahupun haiwan dalam beberapa hari pertama selepas melahirkan anak. 

Ia amat kaya dengan antibodi dan juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) seperti: 

Meningkatkan sistem imun badan 
Melindungi daripada jangkitan yang melibatkan sistem pencernaan 
Kesan anti-mikrob dan anti-virus
Melindungi daripada jangkitan sistem pernafasan dan cirit birit 
Menyokong perkembangan dan tumbesaran yang sihat


Setiap kali jatuh sakit, badan akan membina antibodi terhadap kuman tersebut. Cara lebih efektif untuk menguatkan sistem imun dan antibodi kanak-kanak adalah dengan pengambilan kolostrum. 

Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Imunoglobulin A (SIgA), digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.



#4 Buah Camu - Camu (Myrciaria Dubia)

Camu-camu, yang juga dikenali sebagai Myrciaria dubia, adalah buah yang tipikal di rantau Amazon yang digunakan bagi tujuan perubatan oleh penduduk asli Amazon sejak lebih 700 tahun dahulu. 

Mengandungi vitamin C yang tinggi (60 kali ganda lebih tinggi daripada buat Oren) dan mudah diserap berbanding buah-buahan lain seperti acerola, oren, lemon dan nanas. Mendapat jolokan SUPERFOOD kerana mempunyai khasiat yang banyak. 

Ianya turut mengandungi antioksidan seperti polyphenols, carotenoids, flavonoids, anthocyanin, asid gallic, asid ellagic serta mineral seperti Zinc, Magnesium dan Manganese yang menguatkan lagi sistem imun badan. 

Menguatkan sistem imun
Antioksidan dan anti-radang
Melangsingkan badan dan mengurangkan sel lemak
Menstabilkan tekanan darah tinggi
Merangsang penghasilan kolagen
Mengawal gula darah



#5 Vitamin C

Vitamin C penting memastikan sistem imun badan bekerja dengan baik. Perlu tahu bahawa badan kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C atau menyimpannya secara efisien kerana ia adalah vitamin larut air.

Kajian di Perancis mendapati kira-kira separuh daripada kanak-kanak berumur tujuh hingga 19 tahun mempunyai kadar pengambilan vitamin C di bawah purata jangkaan keperluan.

Vitamin C boleh didapati daripada pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayuran walau bagaimanapun khasiat vitamin C ini boleh berkurangan apabila dimasak ataupun disimpan terlalu lama.

Pengambilan vitamin C yang mencukupi daripada makanan boleh didapati melalui sekurang-kurangnya 5 hidangan buah segar dan sayuran, dengan syarat, 2 hidangan daripada makanan tadi adalah tinggi dengan vitamin C. 

Antara masalah yang dihadapi akibat kekurangan Vitamin C ialah seperti gusi berdarah atau skurvi, kulit kering, sakit sendi, mudah dijangkiti penyakit dan luka lambat sembuh.



#6 Vitamin D

Vitamin D penting untuk tulang, kalsium dan metabolisma badan secara keseluruhannya. Apabila anda mendapat kalsium yang cukup, anda juga mendapat vitamin D yang cukup. 

Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan sumber vitamin D kerana kita hanya perlu mendedahkan diri kepada sinaran matahari pada waktu pagi. 

Bagaimanapun, ianya tidak semudah yang disangka kerana kebiasaannya kanak-kanak sudah bersiap untuk ke sekolah pada jam enam pagi dan mereka bertolak ke sekolah sebelum matahari memancarkan sinar. 

Dipercayai 67.4% rakyat Malaysia mempunyai masalah kekurangan vitamin ni. Di musim pandemik ini Vitamin D membantu meningkatkan lapisan saluran pernafasan. 

Antara golongan berisiko tinggi yang mudah mendapat keradangan pada bahagian paru-paru adalah seperti perokok, individu yang mempunyai penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan menyusu serta mereka yang berusia 60 tahun ke atas.



Diffenz Junior


Kesimpulan 

Mahu atau tidak kita harus terima hakikat yang perlu hidup bersama Covid. Jadi kena sentiasa amalkan cara hidup yang sihat dan positif, ambil makanan tambahan secukupnya, kerap cuci tangan menggunakan sabun atau cecair pembasmi kuman yang mempunyai kandungan alkohol melebihi 70 peratus. 

Amalkan Diffenz Junior untuk memastikan anak-anak mendapat perlindungan dalaman yang berterusan. Jangan lupa minum air yang cukup untuk membantu sel badan berfungsi dengan baik. 


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Diffenz Junior, boleh layari laman sesawang https://diffenzjunior.com/ atau pautan media sosial berikut.


Instagram - Eskayvie Malaysia

Sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 12 tahun

Harga Produk: RM60 sebotol
Harga Combo: RM100 2 botol


Post Navi

Catat Ulasan

0 Ulasan