Bawa Anak Tengok Haiwan di Farm In The City

by - January 06, 2019

Bawa Anak Tengok Haiwan di Farm In The City | Ini kali kedua Diah bawa anak ke Farm In The City yang terletak di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan tapi perasaan teruja tu seolah-olah kali pertama jejakkan kaki ke sini. Seronok betul anak-anak dapat tengok dan sentuh haiwan-haiwan dekat sini. Farm in the city merupakan petting zoo yang mana hampir kesemua haiwan yang ada disini dibiarkan lepas bebas. 

Tiket untuk pemegang MyKad untuk dewasa berharga RM37 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Bagi yang tiada MyKad tiket adalah berharga RM55 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak. Dibuka pada setiap hari kecuali hari Selasa. Memang berbaloi jika datang ke sini dengan harga tiket yang dibayar. 

Farm In The City Petting Zoo
Gambar wajib bila datang sini - Farm In The City
Parking dekat sini adalah percuma tetapi agak terhad tapi jangan risau boleh parking di luar kawasan Farm In The City tu tapi kena menapak sedikit. Kebetulan hari yang kami pergi tu cuaca elok je tak panas sangat. Lagipun dalam tu banyak pokok. Tempat ni mesra kanak-kanak ya, boleh bawa stroller dan kemudahan seperti tandas dan sinki untuk basuh tangan tu ada dimana-mana. 

Harga Tiket Farm In The City
Kaunter Tiket
Unlimited Entry Farm In The City
ada offer unlimited entry ikut pakej. Berbaloi
Dekat depan kaunter tiket ada dijual makanan untuk diberikan kepada haiwan yang ada dekat sana, boleh la beli RM10 sebekas. Nanti jumpa haiwan, anak-anak boleh suap mereka. Seronok. Dekat sini ada pelbagai jenis haiwan yang jinak dan sesuai dengan konsep petting zoo anak-anak boleh belajar dan pegang haiwan-haiwan tersebut. Kakitangan dekat sini pun ramai dan sangat mesra nak terangkan tentang haiwan-haiwan tu. Tak lokek senyuman la kiranya. 

Ponny ride Farm In The City
Kerbau putih tengah berkubang
Dekat sini ada haiwan seperti Alpaka, pelbagai jenis kambing, rusa, burung helang, ular sawa, Kerbau Putih, Tortoise, Iguana, Monyet bersaiz kecil dan banyak lagi la. Setiap binatang ditempatkan di stesen-stesen mengikut kategori mereka. Jadi boleh jalan sambil menikmati keindahan alam. Aktiviti lain yang boleh dibuat dekat sini ialah adalah tengok persembahan Burung Kakak Tua, Raccon Feeding dan juga Pony Ride (RM7). 

Farm In The City Sri kembangan
Jangan tak percaya dia ni Laju dan kuat makan
Andaikata makanan yang korang beli awal-awal tadi dah habis, jangan risau sebab dekat dalam ni juga ada disediakan mesin untuk beli makanan tambahan. Memang mudah sangat dan hanya tukarkan duit kepada token dekat mesin yang disediakan tu.

Farm In The City
Satu perkara yang Diah suka tentang Farm In The City ni, walaupun banyak haiwan yang dilepaskan tetapi tempat ni terjaga kebersihan dia. Tiada sampah mahupun najis bertaburan. Jadi selesa la kita nak lepaskan anak-anak.

Dalam Malaysia pun boleh tengok rusa..eh
Ikhwan memang enjoy habis waktu dia dekat sini. Semua binatang buat kami teruja. Kami sempat beri makan pada tortoise, pegang iguana, bermain dengan kambing dan rusa, tengok Alpaka, binatang yang macam dalam cerita Jimmy Neutron tu, pegang landak, tangkap ikan dan kejar arnab. Masa pertama kali datang kami tak sempat tengok kerbau putih jadi kali kedua datang kesini memang tak lepaskan peluang la. Cantik ya dia berkubang dalam air. 

Haiwan paling Diah suka masa dekat sini adalah Alpaka. Mata dia ya ampun bersinar macam mutiara. Comel la dengan leher panjang macam tu. Krew dia kata, Alpaka kena pasangakan econ/kipas angin sebab dia boleh mati dalam cuaca panas Malaysia. Dekat sana, dia je binatang duduk dekat kipas angin. So special. 

burung kakak tua show Farm In The City
Burung Kakak Tua show ni pukul 11.30 pagi kalau tak silap
Paling kelakar kejadian masa dalam kandang kambing biri-biri. Dalam tu ada juga rusa, Alpaka dan haiwan kecil lain. Kambing biri-biri dan rusa dekat dalam tu gelojoh nak sondol makanan orang. Siap ada budak-budak menjerit ketakutan. Sempat la Raudah tergolek sebab takutkan rusa dan kambing biri-biri yang tak beradap tapi comel tu. Lawak sungguh. Apa pun binatang ni super jinak cuma mak bapak perhatikan aje la anak-anak takut kena pijak. lol. 

Animal Feeding
Sebelah kanan tu la Alpaka. Tu lah Kambing yang gelojoh tu
Ibu bapa yang tak tahu nak bawa anak-anak ke mana waktu hujung minggu memang wajar bawa anak ke sini dan semestinya worth every penny. Sambil bergembira, sambil belajar tentang haiwan. Nanti bila dekat sekolah senang bila cikgu ajar sebut nama binatang anak-anak dah dapat bayangkan dalam kepala baru lebih faham dan seronok belajar. Kalau ada kesempatan nak datang lagi, semestinya Diah akan kata YA!

Nak tahu lebih lanjut tentang pakej unlimited entry Farm In The City boleh baca dekat laman web rasmi dia. Berbaloi sangat-sangat sebab boleh masuk sekali ke cawangan mereka yang lagi satu di KL Tower Mini Zoo. Setahun secara percuma. Banyak lagi la kelebihan dia, jangan lupa tengok ya. 

Laman Web rasmi farrminthecity

You May Also Like

5 Comments

  1. seronok kan tempat ni ? yang dewasa cem CT pun suka apa lagi kanak2. hehe.. bagusnya lokasi sebab tengah2 sebok kota ada tempat macam ni boleh lepak hilangkan stress main dgn animals =)

    ReplyDelete
  2. Teringin nak masuk tempat macam ni, kalau zoo tu macam bosan sikit sebab tak boleh nak dekat sangat dengan haiwan. Hee. Bagusla pengurusan ni kekalkan kebersihan tak biar najis bersepah

    ReplyDelete
  3. nampak cantik cara deliver info dari entrance bawa ke dalam. menarik

    ReplyDelete
  4. Tak tahu pun kewujudan zoo macam ni... dah la anak2 memang suka haiwan. Insyaallah nnt nak pergi

    ReplyDelete
  5. bestnya kalau dapat pergi sini.. geram dekat alpaka tu comel hahaha

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.