Cara Tutup Akaun Astro Hanya Dengan Panggilan Telefon

Rodiah Amir
7

Akhirnya setelah 7 tahun (2013-2020) menjadi pelanggan setia, aku ambil keputusan untuk terminate account Astro dekat rumah. 

Sejajar dengan keputusan aku untuk pasang Unifi dan untuk jimatkan bil hiburan dekat rumah maka kami setuju untuk tutup akaun Astro.

Banyak faktor sebenarnya kami terminate Astro. Apa pun lega semua dah selesai. Alhamdulillah urusan tamatkan akaun Atsro sangat mudah. 

Hanya melalui panggilan telefon sahaja. Sebelum telefon aku dah ready alasan kukuh untuk teruskan niat nak tutup akaun.


Cara Mudah Nak Batalkan Akaun Astro

Sudah boleh agak, memandangkan aku dah 7 tahun langgan Astro dan aku merupakan pelanggan yang tak pernah bayar lambat dan record pembayaran aku cantik jadi customer service akan buat tawaran gila-gila supaya aku lembut hati untuk tidak tutup akaun bersama mereka.

Rasanya mana-mana service provider akan buat benda yang sama. Cara counter back offer supaya pelanggan kekal setia. Tapi bagi aku, cukuplah 7 tahun bersamamu Astro. 

Aku stop Astro dan subscribe Unifi - Baca Sini



Cara-tutup-akaun-astro



4 Langkah Tamatkan Servis Astro Dengan Mudah

Jom aku cerita cara nak tamatkan servis Astro dengan mudah ikut pengalaman aku. 


Langkah 1

Kau orang kena hubungi no general line :03 - 9543 3838 dan pilih no untuk perkhidmatan menamatkan akaun Astro. Nanti panggilan akan disambung dengan customer service yang bertugas. 

Oh ya, hanya pemilik akaun sahaja yang dibenarkan untuk pohon tamatkan perkhidmatan akaun ya. Orang lain tak boleh. Sila semak kau orang guna nama siapa masa register akuan Astro dulu.


Langkah 2

Macam biasa customer service akan minta pengesahan sebelum meneruskan urusan penutupan akaun. Antara soalan pengesahan yang ditanya ialah seperti; alamat decoder dipasang, email, cara bayaran bil bulanan dan no kad pengenalan.


Langkah 3

Selepas pengesahan berjaya baru customer service akan bacakan sejarah kita bersama Astro. Tahun mula melanggan, pakej semasa kita langgan dan jumlah tunggakan jika ada.

Staff juga akan beri tarikh akhir akaun ditutup dan dalam kes aku seminggu lepas aku buat panggilan penamatan baru akaun akan ditutup. Decoder tidak di ambil in case di masa hadapan aku nak langgan Astro sekali lagi.


Langkah 4

Sebelum permohonan aku di key in ke dalam sistem, customer service ada buat tawaran penjimatan memandangkan aku dah lama bersama Astro. 

Staff tu terangkan memandangkan aku dah lama jadi pelanggan mereka jadi mereka tawarkan pakej yang sama tapi aku hanya bayar RM28.00 sahaja termasuk tax selama dua tahun ya.

Jadi kalau aku setuju, selama 2 tahun aku boleh teruskan langgan saluran yang sama tapi dengan harga yang lebih murah. 

Kalau ikut pakej aku langgan ada la channel Astro Warna, channel Korea tu dan lain-lain yang basic tu. Bayaran bulan RM64 sebulan. 

Boleh la maksudnya Astro nak rendahkan bil bulanan aku. cis. Maaf aku tak tergoda ya.

Bila semua clear baru staff akan masukkan ke dalam sistem permohonan. Aku kena tunggu dalam masa 7 hari, akaun akan ditutup sepenuhnya dan masa tu aku kena bayar bil terakhir. Ha begitu la proses secara ringkasnya. 


Selamat Tinggal Astro

Rupa-rupanya tidak lah serumit mana pun proses nak terminate Astro. Oleh sebab cerita asyik duk ulang tayang, bila hujan tak dapat siaran dan banyak cerita aku boleh tengok dia Internet jadi memang keputusan terbaik aku berhenti melanggan Astro.

Kebetulan semenjak PKP ni anak tak ke sekolah memang banyak urusan pembelajaran guna internet. 

Kadang-kadang terfikir juga ibu bapa yang ada anak yang bersekolah lebih dari satu ni mesti berebut nak belajar dekat handphone. Belum masuk bab ibu bapa yang tak mampu nak langgan pakej internet tu.

Ah sedih.


Kesimpulan

Paling mudah untuk tutup akaun Astro adalah hanya dengan panggilan telefon dan jangan lembut hati kalau dia cuba tawarkan pakej lebih rendah. Tetapi, kalau korang rasa berbaloi teruskan lah melanggan. 


Baca juga:

Terlupa kata laluan Maybank2u? Ikut langkah mudah ini

Cara deposit duit syiling

Tags

Catat Ulasan

7Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. saya dah call dah pegi center dah pulangkan decoder..
    hahaha selalu dapat call kata acc masih active. last2 install true caller.. keluar je nama memang tak angkat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mula-mula nak pergi pulangkan juga, tapi staff dia kata tak perlu. lega lah

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. Ai pun baru juga terminate Astro atas banyak faktor.

    BalasPadam
  4. Saya nak tutup tapi Astro saya tu didaftar guna nombor telefon mak mertua LA pulak. Dia dah kurang sihat. Tak leh cakap CM orang normal. So kita as anak or anak menantu boleh ke buat panggilan guna nombor dia?8

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba la, customer service boleh faham in sha Allah. Selain tu dia nak nombor IC, account number.. itu sahajalah

      Padam
Catat Ulasan