Mood Menulis Blog Down, Main Tarik Tali

Entah mana silapnya, mood menulis blog down, hilang entah kemana. Setakat dua bulan pertama di tahun 2022, hanya 13 entri sahaja yang berjaya di terbitkan.

Sibuk tak sepatutnya dijadikan alasan, itu aku sedar. Tapi setiap kali aku on laptop dan buka Word jari macam kaku nak menaip.

Setiap kali idea datang, aku cuba tulis tapi tak banyak. Siap satu perenggan dan aku berhenti. Sambung? Entah bila nak tunggu mood datang.

Jadi buat sementara waktu, aku akan anggap ini perkara normal berlaku kepada semua orang terutama content writer.

Harapnya tak berpanjangan dan aku boleh cepat move on.

 

Fokus Buat Content Instagram

Betul lah orang cakap, mana mungkin kita boleh fokus banyak perkara dalam satu masa. Sepanjang dua bulan pertama ni aku banyak habiskan masa buat content di Instagram. Fokus kongsi tips content marketing.

Berbeza dengan penulisan di blog, buat digital content terutama menggunakan aplikasi memerlukan idea kreatif dan fokus yang tinggi.

Silap diri sendiri, kelemahan aku adalah selalu kalah dengan sikap nak nampak sempurna dalam setiap perkara. Sempurna di mata aku semestinya.

Berbanding dengan penulisan blog, aku lebih banyak menggunakan daya imiginasi tinggi sebab nak selami perasaan menulis sesuatu perkara. 

Aku tak menyesal tapi aku rindu betul nak menulis dengan lancar.


jana-pendapatan-tulis-blog

 


Bukan Masalah Kesihatan Jadi penghalang

Alhamdulillah syukur aku masih sihat segar. Setakat ini kesihatan semuanya baik-baik sahaja, anak dan suami pun sama. Cuma agak risau tentang emak dan keluarga di kampung.

Emosi sedikit terusik bila emak dan abang sekeluarga kontak rapat pesakit COVID19. Oleh sebab emak berisiko tinggi jadi kami adik beradik putuskan nak bawa emak ke bandar dekat dengan kami.

Dengan tujuan lebih mudah nak pantau kesihatan emak dibandingkan kalau di kampung susah pula nak rujuk ke hospital kalau ada apa-apa masalah.

Dah bawa emak buat saringan COVID dan negatif. Jadi lega sangat. Cuma kena pantau risau kesihatan emak. Rindu kampung katanya. Kena la banyak sabar sehingga semua kembali sihat dulu.


Cara-Tukar-Template-Blog



Tukar template blog Sebab Blog Speed

Bulan lepas aku sekali lagi tukar aku template blog, atau lebih tepat guna kembali template blog lama yang aku beli dari saudara HH.

Tukar kembali guna template lama kerana ada sesetengah widget tak berfungsi dan kadar kelajuan blog amatlah mengecewakan.

Sudah cuba kecilkan imej, kurangkan widget tapi masih lambat kalau nak buka blog. Nak baiki tak pandai jadi aku ikut sajalah apa aku tahu.

Lega sebab lepas tukar template kelajuan blog dapat dibaiki. Tak banyak tapi boleh lah puas hati.

Selalu aku akan guna website GTMetrix untuk test blog speed sebab lebih mudah faham apa penerangan dia bagi. Selain tu aku kerap semak performance blog di laman web Website Grader 


Kesimpulan

Bersyukur sangat walaupun mood menulis blog down, asyik main tarik tali tapi aku masih diberikan nikmat sihat, boleh jalani kehidupan seperti biasa dan paling penting masih dikelilingi ahli keluarga tersayang dan sihat.

Jaga diri korang.

 

7 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. ken rajin menulis tauu heheheh

    BalasPadam
  2. Samalah dengan saya, Diah... Mood nak menulis sekarang nie down sangat.. Idea tetap ada, tapi bila bukak lappy, krikk..krikkk... hihi semoga kita diberi kekuatan dan semangat untuk terus menulis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia macam tersekat dekat jari bukan di otak.. hahaha Apa pun jom cari semangat Shikin..

      Padam
  3. Nak update blog nie mmg kena ada mood, kalau mood kelaut maunya bersawang berbulan2.. semoga terus diberikan kesihatan yg baik buat kita semua.. amin

    BalasPadam
  4. betul diah..kadang kita nak fokus kat semua benda tapi sebenarnya kita tak boleh fokus kat banyak2 benda dalam satu masa. Bila kita lebihkan satu yang satu lagi down. Mcm akak more focus kat blog so kat IG akak dah kureng sikit content..

    BalasPadam
  5. ahahah..sama la, kadang aktif sangat, kadang hilang..ehehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Terbaru Lebih lama