Jangan Layan Panggilan Scammer Bank

Sebelum ni aku pernah kongsikan tentang panggilan individu menyamar jadi kakitangan SKMM yang menyamar jadi SKMM  yang menawarkan Program Perintis Pengenalan Awal Tentang Program E/KIOSK (E/TEKNOLOGI) Keusahawanan. 

Kali ni sekali lagi aku mendapat panggilan dari scammers juga tapi dari institusi perbankkan. Tak lain tak bukan Maybank. Wah elok je dia call time lunch hour. Memang scammer suka bercakap dengan aku barangkali. 

Memang suami dah pesan jangan angkat nombor yang tak dikenali, dan memang kebiasaan aku tang angkat pun nombor pelik-pelik. Tapi disebabkan aku sedang menunggu panggilan untuk urusan lain terpaksa la aku maniskan mulut angkat panggilan telefon.  




credit : harian metro Online


Scammer Bekukan Account Maybank

Macam biasa operasi scammer lepas mangsa jawab panggilan, akan ada operator / machine bercakap memaklumkan berita sedih. Jadi, hari tu aku juga mendapat pberita sedih tentang account Maybank aku. Dia kata account Maybank aku telah dibekukan dan untuk bercakap lebih lanjut dengan pegawai bertugas kena tekan satu. 

Elok je aku dengar suara operator wanita yang aku rasa fake sangat tu terus aku letak. Dah la tah apa-apa script dia, tak menyakinkan langsung gaya intonasi dia. Nak menipu pun cuba la jadi professional sikit. Masa ni juga tengah viral, scammer santau mangsa melalui panggilan telefon. 

Cuak punya pasal takut di santau terus aku tamatkan panggilan. Puas hati tak terkira. Padan muka kau. Letak je terus block no tersebut. Senang kerja. Korang please alert nombor di bawah ni. 

03 2141 4834 – Scammer Maybank


Semak Dengan Pihak Bank

Untuk hilangkan rasa takut account Maybank aku ada masalah aku hubungi customer service Maybank nak pastikan kesahihan berita yang scammer sampaikan. Aku cerita la apa yang terjadi dari A sampai Z. Sesi luahan perasaan la kiranya. 

Customer service Maybank tu pun mengiyakan yang call aku tu adalah scammer. Dah ramai yang hubungi dan cerita perkara yang sama. Dah alang-alang call minta dia check kan status account. So far active dan tiada masalah. Pantas kan scammers ni buat kerja. Baru je pagi tadi baca berita tentang laporan mengenai kebocoran data peribadi kira-kira 46.2 juta pelanggan pengguna telefon mudah alih.

Aku selalu bayangkan mak ayah aku yang dapat panggilan scammer. Kasihan kalau orang-orang tua yang kena tipu. Mesti percaya je diaorang ni kan? Jadi anak-anak rajin kan diri tanya khabar dan nasihatkan ibu bapa supaya apa jua perkara yang meragukan cari pihak yang betul untuk rujuk. 


Baca Juga Guru Di tipu Sindiket Parcel


Terbaru Lebih lama