Diagnosis Kanser Paru-Paru Percuma Dengan Teknologi Kecerdasan Buatan (Ai)

Rodiah Amir
5

Perkara paling menakutkan boleh berlaku bila tiba-tiba sahaja doktor sahkan kita ada penyakit berbahaya seperti kanser. Nauzubillah. 

Lebih menakutkan kerana kebanyakan pesakit tidak akan mengalami apa-apa tanda atau gejala pada peringkat awal.

Artikel kali ini aku nak kongsikan bagaimana pencegahan awal kanser paru-paru boleh membantu pesakit menjalani kehidupan lebih baik, malah peluang untuk sembuh lebih tinggi.


Diagnosis Kanser Paru-Paru Percuma Dengan Teknologi Kecerdasan Buatan (Ai)

Mengikut data (Malaysia Cancer Registry Report 2012-2016) kanser paru-paru adalah kanser kedua paling biasa dan penyebab utama kematian berkaitan kanser di kalangan kaum lelaki rakyat Malaysia.

Tetapi bukan bermaksud kaum wanita dan mereka yang tidak merokok boleh menarik nafas lega ya. Agak membimbangkan kerana berlaku peningkatan trend kanser paru-paru dalam kalangan bukan perokok.

Jadi, penting sangat kita buat pemeriksaan awal dan jaga kesihatan. Baca Kesan-Kesan Pembakaran Rokok Anda Perlu Tahu. 


Diagnosis-Kanser-Paru-Paru-Percuma


Program Pemeriksaan Kanser Paru-Paru AI Percuma

Baru-baru ini, Lung Cancer Network Malaysia (LCNM), AstraZeneca dan Qualitas Medical Group telah bekerjasama sekali lagi dan berganding tangan dengan tiga buah pusat rawatan kanser swasta terkemuka; 

Hospital Beacon, Pusat Perubatan Subang Jaya dan Pusat Perubatan Sunway untuk menyediakan pemeriksaan kanser paru-paru secara percuma kepada rakyat Malaysia.

Kerjasama ini akan meluaskan lagi akses untuk orang ramai menerima teknologi saringan Kecerdasan Buatan (AI) yang canggih (Qure.ai) di klinik penjagaan utama. 

Jika perlu, siasatan lanjut akan dibuat dengan imbasan tomografi terkira dos rendah (LDCT) di ketiga-tiga hospital penjagaan tertier yang disebutkan tadi.


Launching-Diagnosis-Kanser-Paru-Paru Percuma


Program pemeriksaan kanser paru-paru AI yang percuma ini telah dimulakan oleh Dr. Anand Sachithanandan, Pakar Bedah Kardiotoraks dan Presiden LCNM bersama Dr. Sanjeev Panchal, Presiden Negara, AstraZeneca Malaysia, demi menghidupkan hasrat mereka yang dikongsi bersama untuk menggalakkan pengesanan awal kanser paru-paru.

Melalui penubuhan program ini, rakyat Malaysia - terutamanya mereka yang berkemungkinan berada dalam kategori berisiko tinggi seperti bekas perokok tegar dan mereka yang masih lagi merokok - akan dapat mengesan kehadiran awal kanser melalui penggunaan teknologi canggih yang tersedia.


Kanser-Paru-Paru


 
Perkara Perlu Tahu Tentang Kanser Paru-Paru

  • Kanser paru-paru adalah kanser kedua paling biasa dan penyebab utama kematian berkaitan kanser di kalangan kaum lelaki rakyat Malaysia.
  • Kebanyakan kes kanser paru-paru dikesan lewat dan ini menyebabkan penurunan kadar kelangsungan hidup pesakit kanser jenis ini berbanding jenis kanser utama yang lain di negara kita.
  • Pengesanan penyakit kanser paru-paru peringkat awal adalah penting kerana hasil rawatan dan prognosis sangat bergantung pada peringkat penyakit.
  • Sejarah keluarga dan pencemaran udara merupakan faktor risiko yang utama untuk peningkatan trend kanser paru-paru dalam kalangan bukan perokok.

 

Stage-Kanser-Paru-Paru

Kanser Paru-Paru Boleh Sembuh Jika Kesan Awal

Menurut Dr. Anand, prognosis yang tidak baik di kalangan pesakit kanser paru-paru selalunya disebabkan kebanyakan pesakit tidak akan mengalami apa-apa tanda atau gejala pada peringkat awal penyakit ini dan mereka hanya akan sedar tentang masalah kesihatan mereka apabila penyakit ini telah lanjut.

Dengan pendekatan terapi pelbagai disiplin dan pelbagai mod, kanser paru-paru yang dikesan pada peringkat awal dapat membawa prognosis yang sangat baik kerana rawatan kuratif akan lebih berkesan dan lebih kos efektif apabila kanser mula dirawat pada peringkat ini.

 


Gandingan Kerjasama Mencegah Kanser Paru-Paru di Malaysia

Kerjasama yang menggunakan teknologi AI untuk saringan kanser ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan ia akan membantu memenuhi keperluan pengesanan kanser paru-paru dalam kalangan bukan perokok,” kata Dr Anand.

Perikatan ini menandakan kerjasama pelbagai pihak yang unik antara klinik penjagaan utama Qualitas terpilih dan tiga hospital pakar dalam usaha mereka untuk menyediakan akses kepada teknologi AI (Qure.ai) dan pengimejan LDCT yang canggih untuk pesakit.




Dengan akses yang dipertingkatkan, alat tafsiran X-ray AI yang menggunakan algoritma pembelajaran mendalam untuk mengesan keabnormalan pada radiografi dada boleh meningkatkan kepekaan untuk pengesanan nodul paru-paru yang selalunya merupakan tanda pertama kanser paru-paru.

Kes yang disyaki kemudiannya akan disiasat selanjutnya dengan imbasan LDCT bukan kontras yang merupakan kaedah saringan yang terbukti baik untuk mengurangkan kematian berkaitan kanser paru-paru bagi individu berisiko tinggi.

“X-ray dada AI akan meningkatkan ketepatan diagnostik dan mempercepatkan rujukan kes kepada pakar paru-paru yang berkaitan.

Dengan penyiasatan dan rawatan yang lebih pantas, kadar kelangsungan hidup yang lebih baik boleh dijangkakan.

Kemajuan perubatan yang inovatif seperti ketersediaan mesin algoritma AI pembelajaran mendalam ini merupakan satu langkah besar untuk industri dan berpotensi untuk mengubah status industri perubatan semasa.

 
Kesimpulan

Kami berharap untuk mewujudkan peralihan peringkat penyakit secara berkesan sambil mengesan lebih banyak kanser paru-paru di peringkat awal dalam komuniti,” jelas Dr. Anand lagi.     

Mengulas mengenai kerjasama ini, Dr. Sanjeev Panchal berkata, “Melalui kerjasama yang kedua dengan Lung Cancer Network Malaysia, Kumpulan Perubatan Qualitas dan kini dengan barisan hospital tertier, kami berharap untuk meluaskan akses bagi pesakit untuk mendapatkan diagnosis awal kanser paru-paru untuk mengurangkan kadar kematian disebabkan penyakit ini di Malaysia.

Penyepaduan teknologi inovatif seperti AI untuk saringan kanser paru-paru yang bermula di peringkat penjagaan utama adalah bukti bagaimana pemeriksaan awal boleh meningkatkan kadar rujukan yang tepat bagi individu berisiko tinggi untuk mendapatkan diagnosis lanjut dari hospital tertier yang menggunakan teknik pengimejan LDCT yang langsung dapat menyelamatkan nyawa.

Cita-cita AstraZeneca adalah untuk melampaui pil dan mencipta ekosistem kesihatan yang teguh sambil menggalakkan diagnosis awal untuk mengurangkan beban penyakit lalu meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan."

Setiap pihak kerjasama ini berharap inisiatif ini akan membuka jalan kepada pengusaha industri lain untuk menyertai gabungan ini untuk membantu meluaskan lagi akses bagi pesakit untuk mendapatkan diagnosis kanser paru-paru pada harga yang berpatutan di negara ini.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen saringan percuma ini, sila kunjungi: Lung Screening Programme




Sumber:   

1. Malaysia Cancer Registry Report 2012-2016

2. H. Sung, J. Ferlay, R.L. Siegel, M. Laversanne, I. Soerjomataram, A. Jemal, F. Bray. Global cancer statistics 2020: GLOBOCAN estimates of incidence and mortality worldwide for 36 cancers in 185 countries CA Cancer J. Clin., 71 (2021), pp. 209-249

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Siapa yang duduk dekat boleh ambil peluang ni untuk pergi check. Dahla free, guna Ai pulak tu. Salute!

    BalasPadam
  2. X-ray pun ada ada teknologi Ai ya. Canggih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang dah maju, Moga kita semua dapat manfaat teknologi

      Padam
  3. semoga kita dijauhkan daripada penyakit ini....memng ngeri terutama pada tahap 4

    BalasPadam
Catat Ulasan