Ad Code

Kesan-Kesan Pembakaran Rokok Anda Perlu Tahu

Kesan-Kesan Pembakaran Rokok Anda Perlu Tahu

Melihat abah merokok selepas waktu makan dan ketika berehat selepas membanting tulang di ladang adalah pemandangan biasa bagi aku sejak kecil lagi. 

Ya, abah aku adalah seorang perokok tegar dan tabiatnya itu diwarisi oleh anak-anak lelaki. Aku ingat lagi waktu umur aku tujuh tahun, aku pernah curi-curi untuk cuba menghisap rokok disebabkan perasaan ingin tahu yang terlalu tinggi. 

Sampai sekarang, kalau teringat semula kenangan tu memang aku tergelak. Pernah je aku suarakan supaya abah berhenti merokok dan abah pernah juga cuba tapi untuk berhenti merokok bukanlah semudah yang dikata. 

Dikelilingi oleh kawan-kawan yang juga perokok menjadikan proses berhenti jadi lebih sukar. 

Kesan Merokok kepada badan


Apa Yang Berlaku Apabila Rokok Dibakar? 


Pada asasnya, rokok mempunyai dua bahagian. Satu bahagian akan dibakar pada hujungnya dan dibiarkan membara. Kemudian perokok akan menyedut asap melalui mulut dibahagian hujung yang lain. 

Apabila rokok dibakar, Rokok Tar akan dibebaskan melalui asap yang dihembus perokok ke udara. Tar wujud hasil proses pembakaran tembakau. 
Dipercayai bahan kimia berbahaya yang terhasil menjadi punca kepada beratus penyakit berbahaya. 

Antara penyakit-penyakit yang sering dikaitkan dengan asap rokok adalah seperti penyakit paru-paru, kanser pankreatik dan kanser paru-paru. 


proses pembakaran rokok



Hidup Sebagai Perokok Pasif


Walaupun aku membesar dan biasa dengan asap rokok tapi tahap toleransi aku dengan bau asap rokok teramatlah rendah. Memang setiap kali terbau je aku akan jadi pening dan cepat-cepat jauhkan diri. Abah faham sangat situasi aku jadi kalau merokok abah akan merokok jauh dari anak-anak. 

Antara sebab perokok kurang disenangi adalah selain daripada ianya berbahaya, asap rokok yang dibebaskan ke udara juga mengganggu orang sekeliling dan juga menyebabkan pencemaran udara. 

Sebab tu semakin banyak produk rokok elektronik atau produk bebas asap seperti alternatif heat-not-burn muncul dipasaran sebagai alternatif yang boleh membantu perokok mengurangkan kemudaratan kesihatan.

Tahu tak mereka yang sering menghidu asap rokok dari perokok digelar perokok pasif. Sedihnya perokok pasif berpotensi untuk mendapat penyakit bahaya seperti sakit jantung, lelah dan juga kanser walaupun tidak merokok. 

Sebab tu aku tak pernah lekang untuk sokong abah dan adik beradik lelaki untuk tinggalkan rokok. Aku hargai sangat usaha adik lelaki untuk berubah. Kali terakhir jumpa sebelum PKP dia mula gantikan vape dengan rokok. 


Kesan-Kesan Buruk Asap Rokok

#1 Asap rokok menjadi penggalak kepada kanser kerana memiliki sifat karsinogenik atau dapat menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser di dalam tubuh. 

#2 Proses kimia dari pembakaran tembakau meghasilkan bahan kimia berbahaya dalam kadar yang tinggi. 

#3 Ketika sebatang rokok dibakar, suhu di hujung sebatang rokok boleh mencecah 800 °C dan keatas dan menghasilkan lebih dari 6000 bahan kimia berpotensi tinggi berbahaya. 

#4 Menghisap rokok boleh mengakibatkan gigi & jari menjadi kuning selain menyebabkan nafas berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut. 

#5 Seorang perokok yang berhenti merokok mengambil masa 1 sehingga 9 bulan untuk sembuh. 

punca-kanser-paru-paru


Wajar Atau Tidak Perokok Dibenci?


Hidup dan dikelilingi perokok membuatkan aku faham yang mereka juga sedang berjuang untuk bebaskan diri dari rokok. Tapi ianya tidak dapat dicapai dalam sekelip mata. Semestinya secara berperingkat dan memerlukan kesabaran yang tinggi. 

Bayangkan perokok itu adalah darah daging sendiri, mana mungkin kita dapat menjauhkan diri selama-lamanya kan? 

Bantu dan berilah sokongan kepada mereka untuk berhenti merokok atau beralih ke alternatif yang kurang memudaratkan seperti produk tembakau yang dipanaskan (heated tobacco product).


Kesimpulan 

Perlu anda tahu bahawa tar bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan dalam jangka masa pendek malah lebih teruk serta boleh meragut nyawa anda dan orang yang anda sayangi. Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan jangan lupa untuk kongsikan dengan orang lain juga. Jaga diri dan kesihatan sebelum terlewat.


Rujukan:

National Cancer Society Malaysia. Quit like a champ
Fakta mengenai Tembakau & Merokok. Fakta Tembakau
Bahan Kandungan Rokok Yang Boleh Membunuh. Bahan Kandungan Rokok


Post Navi

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Situasi Diah sama mcm kita, perokok tahu semuanya akan bahaya merokok tetapi untuk berhenti mmg memerlukan semangat yg kuat, sama2 kita doakan yg terbaik utk perokok2 di luar sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Bukan perkara mudah kan nak stop macam tu je

      Padam
  2. takde perkara baik pasal merokok ni kan. kesian akat perokok pasif

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.