Review Soopong – Makanan Korea Aunthentic Mesti Cuba!

Rodiah Amir
5

Siapa suka makanan Korea mesti boleh dapat beza rasa makanan yang restoran claim mereka guna resepi origin from Korea atau tidak. 

Apa yang best restoran Korea yang ada di Malaysia ni, sesetengahnya akan adjust bahan dalam resepi ikut selera orang Malaysia. 

Bukan lah tukar resepi terus, cuma menggantikan bahan yang seakan-akan sama dengan resepi asal. Sesuaikan ikut selera tempatan. 


makan-di-sopoong-melawati-mall



Review Soopong – Makanan Korea Aunthentic Mesti Cuba!

Untuk korang yang rindu nak makan makanan Korea yang authentic, boleh ke restoran Soopong. Serius, ikut anak tekak Diah memang terasa makan makanan Korea yang asli. 

Dari segi pilihan menu Korea pun banyak sangat. Memang puas hati. Rancangan asal sebenarnya nak makan desserts, Bingsu. Ais kisar Korea lepas tu dia letak macam-macam topping dekat atas. 

Bayangkan pun dah terasa sedapnya. Nak pergi Mykori Desserts Café tapi buka pukul 2.30 petang pula. 

Restoran Sopoong ada Halal Certification.


sopoong-halal-status




Lunch di Restoran Soopong Melawati Mall

Jadi terus ajak emak dan adik ke Soopong. Kami datang pada waktu lunch hari bekerja jadi tidak la ramai sangat orang. 

Kami ke Restoran Soopong di Melawati Mall, paling dekat dengan rumah. Seronok makan kali ini sebab emak layan je selera kami. 

Bukan mudah ya nak memenuhi selera emak. Antara menu yang kami pesan: 


Jokkumi Bokkeum – Stir Fried Baby Octopus (RM24.90)

Baby octopus dia potong kecil dan tumis dengan Sos pedas (serbuk cili pedas dan bawang putih cincang). Dalam tu ada sayur (kobis, lobak, bawang). 

Set ni dapat nasi. Sedap pedas tapi Baby Octopus tu liat. Sos dia sedap, jadi ketagih nak habiskan. 


Jokkumi-Bokkeum-sopoong


Gimbap - (RM14.90)

Antara gimbap Diah suka adalah dekat Soopong. Pickled radish dalam dia yang berbeza dengan kami selalu makan dekat Dubuyo. 


Gimbap-sopoong


Japchae - Stir Fried Glass Noodles with Vegetables (RM18.90)

Suhun goreng dengan sayur, ditaburi dengan telur dadar hiris. Diterima akal rasa dia, emak yang makan dan emak suka. 

Sesuai untuk anak-anak sebab rasa manis tak pedas langsung. 


Japchae-Sopoong



Cheese Topokki – (RM21.90)

Penuh cheese, tapi kena makan cepat atau cheese akan keras. Adik yang makan, rasa okay tapi Diah tak minat Topokki sebab dia kenyal. 

Penat nak habiskan. Lenguh pipi mengunyah. 


Cheese-Topokki-sopoong



Strawberry Bingsu – (RM26.90)

Menu bingsu tidak ada setiap hari. Sedap berbaloi dengan harga. Tidak terlalu manis dan berlemak susu. Buah strawberry pun banyak. 

Dalam ais kisar ada letak mochi. Recommended. 


Strawberry-Bingsu-sopoong



Untuk minuman bagi Diah agak mahal. Air Kiwi RM10.90 (emak punya), jadi minum jelah ice water RM0.80 segelas besar. 

Ini pula side dish yang diberikan: 


banchan-sopoong



Sedap Ke Makanan Dekat Soopong? 

Sedap atau tidak sebenarnya adalah subjektif. Bergantung pada selera masing-masing. Tapi, kalau korang jenis yang suka mencuba dan sukakan Korea mesti boleh terima rasa Soopong. 


Ikut pengalaman, Diah pernah cuba beberapa restoran Korea: 

EID Korean 

Makan Di MrDakgalbi

Ayam Goreng Korea di Chicken Plus

Makan di Nene Chicken Avenue K

K Fry Urban Korean

Dubuyo


Sopoong ditubuhkan pada 2011. Sopoong bermaksud berkelah dalam bahasa Korea, kalau ikut budaya mereka memang mereka selalunya pergi berkelah. 

Kalau ada scene berkelah dalam kdrama memang teruja tengok, sebab diaorangs etting lawa sangat. Makanan pun banyak diaorang bawa dan cantik. 



Review Sopoong Aunthentic Korean Food

Pendapat adalah berdasarkan pengalaman peribadi Diah makan di Soopong Melawati Mall. Kelebihan utama mereka adalah kepelbagaian menu makanan Korea yang ditawarkan. 

Boleh bandingkan menu Soopong dengan restaurant Korea yang lain yang lebih terhad. Jadi yang nak cuba makanan Korea halal boleh cuba di sini. 

Kalau bandingkan Bingsu di Dubuyo dan di Soopong memang lebih sedap. Harga semestinya lebih mahal tapi sebab sedap jadi boleh diterima. 

Portion makanan pun banyak, jadi boleh berkongsi untuk dua orang untuk satu menu. Setakat ni setiap kali Diah pesan makanan berkuah mesti akan tapau bawa balik. 

Catat Ulasan

5Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Ammi setakat ni makan di Dubuyo je...kalau Soopong di Seremban kena ke Nilailah gamaknya. Macam pernah nampak disitu. Nak cuba juga sebab anak dara ni penggemar makanan korea

    BalasPadam
  2. Kat ganu takde lagi Soopong outlet ni, tak banyak pilihan restoran makanan Korea pun kat sini. Jadi kitorang asyik ke kedai sama je tiap kali nak makan Korean dish, tak ke dakgalbi, kitorang ke myeongdong topokki tapi last tengok kedai myeondong tu aritu dah tutup pulak..

    BalasPadam
  3. Sopong belum pernah try..nanti kena try ni ajak geng pjj geng makan2....

    BalasPadam
  4. ha'ah sopoong antara fav korean restaurant jugak. suka makan gimbap dengan kimchi fried rice dia. nanti nak try lah Jokkumi Bokkeum pulak.

    BalasPadam
  5. anak akak ada ajak pi sini..tp mcm tk brp bole telan...bdk2 suka btul menu korea....kalo menu korea jenis ayam2 mcm kfry,kyochoon okla

    BalasPadam
Catat Ulasan