EID Authentic Restoran Halal Korea Di Selangor

Kecintaan aku terhadap makanan memang tak pernah pudar. Memang sejak kecil lagi aku sejenis manusia yang suka cuba semua jenis makanan, tapi tidaklah ke arah mencuba makanan eksotik ya. Dulu masa aku bekerja, memang banyak duit gaji aku dibelanjakan untuk makan. Tapi masih terkawal. Berkawan pula dengan orang yang suka cuba makanan baru memang meriah lah.

Antara makanan yang selalu masuk dalam ‘food hunting’ aku adalah makanan Korea. Aku syak sebab aku suka tengok drama Korea dan juga Runningman telah mempengaruhi otak aku untuk cuba. Bila tengok scene makan je mula la aku telan air liur. Hati meronta-ronta suruh cari. Gila ah.


Geram punya pasal, untuk mengubati kerinduan pada makanan Korea aku ajak kawan-kawan aku balas dendam cuba makan makanan Korea yang terletak di Damansara Perdana. Ambil peluang untuk ‘me-time’ bila suami beri keizinan untuk jumpa kawan sambil makan. Seronok hoi. Terima kasih suami. 


EID Authentic Korean Cuisine

Aku dapat tahu tentang Restoran EID ni melalui hebahan kawan-kawan dekat Instagram. Rata-rata bercakap tentang kesedapan makanan dekat sini yang menggunakan original resepi Korea dan semestinya terasa autentik (asli) Korea walau berada di Malaysia. Tak perlu terbang ke Korea untuk makan makanan mereka.

Jom aku cerita sikit tentang Restoran EID

Kalau nak tahu, pemilik restoran EID di Malaysia ni merupakan rakyat Korea beragama Islam yang datang ke Malaysia dan membuka restoran Korea yang menggunakan resepi keluarga mereka. Yu Hyunwoo atau nama Islam dia Saad, dan Han Narae atau nama Islam dia ialah Nadia merupakan pasangan suami isteri.

Yu Hyunwoo mengembangkan lagi perniagaan keluarga mereka dengan membuka outlet di Malaysia manakala ibu bapanya bertanggungjawab ke atas Restoran EID di Korea. Setakat ni ada empat outlet termasuk di Seoul, Korea. Kalau di Malaysia, korang boleh pergi ke outlet Restoran EID di Damansara Perdana, Bangi Sentral ataupun di Seremban Gateway.


Outlet Damansara Perdana yang aku pergi ni merupakan outlet ketiga Restoran EID di Malaysia. Telah dibuka sejak 5 September 2019 dan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat makanan Korea. Hanya di outlet Damansara Perdana sahaja yang menyediakan minuman kopi kepada pelanggan. Jadi peminat kopi macam aku mesti datang ke sini.

Korang juga tak perlu risau sebab kesemua bahan masakan di restoran dibekalkan oleh EID Central Kitchen yang telah mendapat pengiktirafan sijil HALAL JAKIM. Penggemar makanan Korea yang beragama Islam macam aku dapat menikmati juadah hidangan asli Korea tanpa rasa ragu-ragu.


Restoran EID di Seoul, Korea yang popular di kalangan pelancong Malaysia dan merupakan restoran pertama yang diiktiraf Halal oleh Persekutuan Muslim Korea (KMF). KMF ialah satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf Jakim tau.

Restoran ini bukan sahaja popular dalam kalangan Muslim, malah menjadi pilihan bukan muslim dan mendapat sambutan orang Korea sendiri kerana keenakan juadah rasa asli Korea. Dah beberapa kali aku cuba makanan Korea, rasa makanan di Restoran EID memang lain dan sedap. Memenuhi kehendak selera aku. 

Menu Perlu Cuba Restoran EID

Antara menu yang aku sempat cuba pada hari tersebut ialah; dumpling ramyeon, cheesy corndog, soteok (sweet & spicy), chicken kimchi stew, jimdak (braised chicken), nasi dan Seaweed sup. Selain tu korang boleh cuba Beef Bimbimbap, Yangnyeom (sweet & spicy), Honey Dakganjung (Boneless Chicken), original or cheese topokki, spicy bulgogi, samgyetang, dumpling pancake dan banyak lagi.

Masak sendiri Corn Dog Resepi Ambil sini 

Tak susah pun sebab korang boleh rujuk menu bergambar dan boleh tanya crew restoran yang ramah menerangkan tentang menu-menu yang ada. Kalau tanya aku, korang kena cuba cheesy corndog dia memang terbaik. Saiz dia besar dan boleh dikongsi berdua. Doh yang lembut dan disaluti oleh sos keju yang lemak berkrim.



Kalau suka makan ramyeon, boleh cuba dumpling ramyeon. Kuah dia agak pedas tapi orang Malaysia In sha Allah boleh tahan pedas. Aku masih teringat-ingat chicken kimchi stew dekat EID restoran, rasa macam fresh sangat lepas makan. Rasa sup dia yang simple dan menenangkan. Macam tak puas makan bila hirup sup dia.


Untuk peminat kopi korang kena cuba Affogato. Hanya di outlet Damansara Perdana yang ada jual kopi tau sebab dekat sana ada machine kopi tu. Affaogato ni adalah gabungan kopi dan juga aiskrim. Aiskrim diletakkan dalam mangkuk dan kemudian dicurahkan kopi ke atasnya. Padu weh rasa dia. 



Salah satu kopi yang terdapat di Restoran EID Damansara Perdana.



Kesimpulan

Overall aku berpuas hati makan dekat sini. Restoran bersih dan selesa, makanan dia sedap dan crew restoran pun ramah. Untuk korang yang nak cuba sesuatu yang baru dan terutama kepada peminat makanan Korea, boleh lah cuba sendiri makan di salah satu outlet Restoran EID. Waze je alamat di bawah:

📍EID Authentic Korean Cuisine, Damansara
17, Jalan Pju 8/5d, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor

📍EID Authentic Korean Cuisine , Seremban
3-Level 1 , Seremban Gateway

📍EID Authentic Korean Cuisine , Bangi
8-19-01 , Jalan Medan Pusat Bandar,7a Bangi Sentral

📍EID Authentic Korean Cuisine , Seoul
756-10, Hannam Dong, Yongsan-Gu, Seoul, South Korea

Instagram - Restoran EID

Additional info: khas sempena Kawalan Pergerakan, Restoran EID sediakan menu khas untuk drive thru dan delivery untuk semua outlet di Malaysia. Sah sehingga 31 March 2020 sahaja sehingga diberitahu kelak.

Boleh rujuk sini ~ Restoran EID Drive Thru & Delivery

#EidKorean #eidkoreanhalalfood #KoreanFood
#KoreanHalalFood #EIDDamansaraPerdana 

1 Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

  1. Adoi.. terliur pula tengok entry diah nie.. InsyaAllah.. satu hari nanti.. hehehe..

    BalasPadam

Catat Komen

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Lebih baharu Lebih lama