Review Nene Chicken Avenue K

Review Nene Chicken Avenue K | Pertama kali cuba Nene Chicken di Avenue K adalah beberapa minggu lepas. Tertarik nak cuba sebab nama Nene Chicken agak unik dipendengaran aku. 

Nene what? As usual restoran Nene dipenuhi anak muda yeah. Nene Chicken adalah dari Korea. 

“Nene mean “Yes Yes” in Korea. 
“An expression used when indicating enthusiasm and willingness to be helpful and friendly”


Pertama kali nak pilih memang agak blur. Main menu mestilah ayam, burger dan juga nasi. Side dish dia pun nampak lazat kesemuanya. 



End up kami cuba makan boneless chicken. Mix combo, pilihan perisa Bulgogi dan Swicy. Staff tu kata pedas, tapi bagi kami tak pedas mana pun. 


Untuk set Combo dapat ayam, fries dan juga air refillable.

Harga: Set Combo | RM 55.95 termasuk tax





Perasaan Aku Tentang Nene Chicken

Bagi aku walaupun set dia kata set Combo tapi aku rasa macam sikit sangat portion dia bagi. Bila makan Combo Set of course la akan kenyang kan? 

Aku harap Nene Chicken boleh lebihkan ayam, fries dan juga sos salutan ayam.

Dari segi rasa untuk lidah suami aku yang tak biasa dengan Korean Food dia suka la. So good job. Cuma tu lah kan, kalau ko tambah portion memang jadi port wajib aku singgah la kalau jumpa.


Harga dia boleh tahan mahal bagi aku yang ada anak tiga ni. Baik aku makan KFC lagi kenyang dengan RM55 ituh.

Tapi, terpulang untuk korang la nak cuba. Mungkin aku patut ambil set lain, set beserta nasi kurus itu ke, atau yeah nanti lah kalau jumpa lagi aku boleh cuba yang lain.

Status Halal Nene Chicken

Aku dah pm Nene Chicken di Facebook mereka dan mereka masih mengusahakan untuk dapatkan Sijil Halal dari JAKIM. Tapi Nene Chicken aware tentang pentingnya Halal status tu.


Halal Status Nene Chicken

All foods on our menu are pork free, lard free, and alcohol free. We also like to add that the suppliers we work with are HALAL Compliant and we are working on HALAL Certification.




Post a Comment

5 Comments

  1. Selalu nampak Nene Chicken ni masa nak order grab food...boleh cuba la next time..maybe utk SA leh amik ala carte

    ReplyDelete
  2. dari Korea ya patutla nama restoran lain macam hehe

    ReplyDelete
  3. dah ada penerangan halal condition. bagus. nampak sedap la

    ReplyDelete
  4. alahai sedapnya ayam goreng salut cheese

    ReplyDelete
  5. Alahai comel2 je ayamnya. Hihi. Tak pernah try lg Nene ni. Haha

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.