Ayam Goreng Korea di Chicken Plus Melawati Mall

Ayam Goreng Korea di Chicken Plus Melawati Mall | Assalamualaikum. Akhirnya dapat juga makan ayam goreng Korea yang orang duk sibuk viral tu. Hari tu Diah makan ayam goreng Korea di Restoren Chicken Plus dalam Melawati Mall. Dah janji nak jumpa ex officemate terus la ajak makan dekat situ sambil berborak lepas rindu. Kalau nak tahu Chicken Plus ni betul-betul bersebelahan dengan Restoren Mr.Dakgalbi. Nak cari Restoren Chicken Plus pun senang, dia berada di Level 4 sebaris dengan restoren-restoren lain macam Chicken Rice Shop dan Pizza Hut dan lain-lain. 

Chicken Plus Melawati Mall cheese falls
Chicken Plus Melawati Mall
Chicken Plus Melawati Mall ni merupakan cawangan kedua mereka di Malaysia. Yang pertama di Sunway Velocity, no tiga terletak di 3DamansaraMall (Tropicana City Mall) dan yang terbaru sekali mereka ada buka cawangan di Ekocheras Mall. Diah sempat DM Facebook Page Restoren Chicken Plus tentang status Halal dan mereka explain mereka masih belum dapat sijil Halal Jakim tapi mereka beri jaminan yang supplier untuk bahan mereka adalah dari sumber yang halal. 

Chicken Plus Melawati Mall sedap
Ayam yang suci sebelum dituang cheese

Menu Dan Cara Order

Kalau makan dekat sini nanti dia akan beri tisu basah, glove plastik, mangkuk / piring kecil dan juga bekas untuk buang tulang. So far menu yang ada di sini ialah ayam, pizza, Tteok bboki, nasi dan juga fries. Cara nak order pun mudah je macam kat bawah ni. 
  • Pilih bahagian ayam sama Peha, kepak, atau bahagian tanpa tulang dan nak berapa ketul. Paling sikit 8 ketul.
  • Ada lima perisa anda boleh cuba. Ada yang manis, pedas, langsung tak pedas dan lain-lain. Boleh rujuk description atau tanya je staff dekat situ. 
  • Rugi kalau tak cuba makan ayam goreng tu dengan cheese. Cheese tu la sebenarnya yang menggoda. Boleh pilih cheese falls atau cheese fondue.
  • Pizza dan juga Tteok bboki adalah menu sampingan. Selain tu ada nasi dan juga fries. Terpulang kepada anda kalau nak cuba. 

Chicken Plus Melawati Mall
Menu Chicken Plus Melawati Mall
Ayam dia comel je

Masa first time Diah cuba dengan kawan tu kami cuba 8 ketul wings perisa Yang Nyuem. Masam manis rasa dia. Sedap. Lepas tu tambah Tteok bboki Carbonara. Air pula tak ada yang special sama je dengan tempat lain. Cuma ada air yang biasa dijual dekat restoren Korea je la. Harga untuk dua orang makan termasuk tax lebih kurang Rm60 macam tu. 

Tteok bboki Carbonara Chicken Plus
Tteok bboki Carbonara kena makan masa panas-panas 
Kesimpulannya, Restoren Chicken Plus berjaya menambat hati Diah yang memang suka makanan Korea. Peminat ayam goreng mesti akan suka juga dengan Chicken Plus ni. Akan datang lagi semestinya untuk cuba menu lain pula.  

21 comments:

  1. Kena cuba nie kalau berkaitan korea memang menarik..

    ReplyDelete
  2. Anak suka la cheese yang banyak ni. Kalau saya ayam tu saya makan gitu je. Peminat cheese kena pergi sini ni. Mesti tak menyesal.

    ReplyDelete
  3. hadoi. sedap nyer...
    aida x pernah makan makanan korea lagi tau.
    looking at this pics, hadoi lah. teringin tu membara.
    ayam salut salut cara korea ni.

    ReplyDelete
  4. Adoi... geram la gan ayam dia tu. Comel macam Diah la. Menu lainpun akak suka tu carbonara feberet anak bongsu akak. Pantang tgk mesti alasan dia "teringin" nk makan. Kita sbg ibu ni penuhi je la permintaan anak2. Kalau turun KL tahu la kat mana nk makan lps ni.

    ReplyDelete
  5. ya ampun dah macam- macam menu ayam korea ni ek, argggg lapo

    ReplyDelete
  6. Wah sedapnya ayam korea tu. Dah lah favorite suka makan korean food ni. Cheese tu lagi buat sedap kan.

    ReplyDelete
  7. The chicken wing looks so tempting to me. I love the one with cheese. Going to try it also.

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap ayam tu.. Bolehlah cuba makan dekat sini nanti.. Opps ! Melati Mall..Tak pernah pergi Melati Mall ni.. Bolehlah ajk family jalan2 nnt

    ReplyDelete
  9. esok nak makan mr dalkgabi..hehee..tak eprnah rasa lagi makan korea ni..nak cuba esok..ni pun nampak menarik..lain hariboleh cuba yang ni pulak..

    ReplyDelete
  10. Husband baru je tag saya suruh buat ayam goreng Korea ni kat fb aritu. Sekali Diah up cerita pasal ni tapi ingatkan nak share resepi, rupanya makan kat Melawati Mall..wahahaha...jauhnya Diah...

    ReplyDelete
  11. first time tahu pasal chicken plus ni. kedai baru ke? selain kat melawati mall, ada branch lain lagi ke? nampak sedap

    ReplyDelete
  12. Nampak sedap giler ayam tu. Tak pernah lagi pergi mall ni. Ingat kalau singgah sini boleh cuba

    ReplyDelete
  13. Sedapnya , sekarang semua nak cheese hihihi tapi sedappp , tu yg terliur

    ReplyDelete
  14. Makanan ayam Korean ini memang dah cukup popular kat Malaysia ni hehehehe ok kita suka yang ayam balut dengan cheese banyak tu bestnya kemudian penuh dengan kepedasan lak tu best....

    ReplyDelete
  15. Skrg memang dah banyak restoran2 korea ni hehhe tumbuh cam cendawan. Kte tak pernah try lg topoki carbonara nnt leh la try

    ReplyDelete
  16. wah! sekarang ayam goreng semua nak dikorea kan hahaha tak hairan pun sebab memang sedap sangat!

    ReplyDelete
  17. menyelerekan ayam goreng korea ni.. patut mereka mereka dok viral viral. nampak sedap teliur tengok hah

    ReplyDelete
  18. amboih scary tengok cheese dia letak macam tu.. macam geram je tapi i suka cheese banyak berlambak macma tu memang enjoy habis... ni rasa nak pergi tengok nanti... nak cuba juga la hehehe

    ReplyDelete
  19. adoi... this look so delicious. been vegan for 5 days.. hahaha... soonei will go hunt this food at melawati mall

    ReplyDelete
  20. sedapnyaaaaaaa! selalu lalu dpn kedai ni tp tk pernah lg try. tgk gmbr chicken wing dia mcm buat i nk pg sana skrg je. haha

    ReplyDelete

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.