Dubuyo Urban Korean Food Wangsa Walk Mall

Rodiah Amir
0

Alhamdulillah, Ahad lepas aku ditemani adik tersayang makan di Dubuyo Mini yang terletak di LotG30, Ground Floor dalam WangsaWalk. Akhirnya craving nak makan makanan Korean tercapai juga. 


Restoran Dubuyo bersebelahan dengan Restoran Chuen Hainanese Chicken Rice & Noodle dan sebaris dengan restoran Mylaksa.


Dubuyo Urban Korean Food Wangsa Walk Mall

Restoran Dubuyo dalam Wangsa Walk ni dikategorikan sebagai Dubuyo Mini, aku tak pasti kenapa dan semuanya self-service. 


Kiranya pelanggan masuk, buat pesanan di kaunter dan tunggu no giliran dipanggil bila makanan dah siap. 


Adik aku pernah makan di cawangan Dubuyo yang lain dan dia kata beza bab buat pesanan tu sajalah. 


Dubuyo ni dah lama wujud dan setiap kali aku ke Wangsa Walk pasti aku berdoa agar suatu hari aku dapat makan dekat situ. 


Nak makan ayam cheese Korea sila cuba - Chicken Plus




Minggu lepas kebetulan adik aku ada urusan di KL jadi dia bermalam di rumah aku. Minta izin suami nak keluar berdua dan kami habiskan masa untuk makan dan cari salon muslimah nak potong rambut. 



Paling Suka Bibimbap Beef

Aku masih tak boleh move on dengan Bibimbap dia. Masa menulis ni, aku masih telan air liur terbayang sedapnya. 


Tak pasti nak describe rasa dia tapi siapa yang suka makanan Korea faham kot. Oh adik aku yang order Beef  Bibimbap, aku tumpang sekaki. Aku pilih nak makan Spicy Toppokki.





Tteokbokki atau kek beras adalah makanan Korea yang dibuat dari garae-tteok bersaiz kecil (kek beras panjang, putih dan berbentuk silinder) yang disebut tteokmyeon.  


Selalu dimakan bersama daun bawang, kuih ikan dan juga telur. Ada dua versi; sos pedas (sos gochujang) atau kicap tidak pedas.


Aku order Tteokbokki untuk melepaskan kerinduan rindu makanan Korea di EID. Dekat Dubuyo ada Spicy Toppokki dan Cheese Toppokki. Spicy tu tak pedas langsung. Lol. 


Rasa dia ok je tapi sedikit menyesal sebab Bibimbap dia lagi sedap.  Selain itu menu yang kau orang boleh cuba ialah Spicy Seafood Ramyeon, Chicken Pabkon Ramyeon, Seafood Sondubu Jigae, Beef Honey Garlic Bulgogi, Buldak Wings, dan Mayoyo Wings.




Harga Makanan di Dubuyo

Menu aku sempat jeling orang lain order dan aku teringin nak makan next ialah Mayoyo Wings. Macam sedap gila. Sesungguhnya aku mudah terpengaruh. Lol.


Berbalik kepada menu Beef Bibimbap, aku suka sebab ada banyak sayur. Dalam satu mangkuk ada telur mata, nasi, taugeh, kubis, lobak merah, rumpai laut, dan daging, ditaburi rumpai laut kering. 


Cara nak makan ialah gaul je kesemua bahan. Boleh tambah sos pedas kalau mahu.


Oh ya setiap hidangan dapat tiga side dish iaitu kimchi, kacang dan juga taugeh serta Miso sup. Harga setiap set dibawah RM20. Kira ok la sebab portion dia agak besar dan kenyang.


  1. Mayoyo Wings RM18.90
  2. Buldak Wings RM18.90
  3. Beef Bibimbap RM19.80
  4. Spicy Toppokki RM15.90
  5. Beef Honey Garlic Bulgogi RM19.90
  6. Spicy Seafood Ramyeon RM18.90
  7. Chicken Pabkon Ramyeon RM15.90
  8. Seafood Sondubu Jigae RM18.90


Status Halal Dubuyo 

Oh ya, Dubuyo Wangsa Walk mendapat pengiktirafan Halal JAKIM. Makan tanpa ragu okeh. Sebelum ni, aku pernah kongsikan, suami aku tekak Melayu. Susah betul nak ajak cuba makanan Korea mahupun Jepun.


Tapi hari tu suami setuju nak cuba demi menggembirakan isteri dan anak-anak. Kami makan di Dubuyo Setapak Sentral.  Kualiti, rasa semua sama. 



Aku juga sempat cuba SnowFlake Green Tea Bingsu. ABC orang Korea la kiranya. Ais kisar dia memang smooth gilos tapi tawar weh. 


Dalam mangkuk dia letak ais kisar, serbuk Green Tea, hirisan kacang badam, dan kacang merah kot nama dia. First time aku cuba Bingsu dan kecewa juga lah.





Adik aku gelak je sebab dia baru lepas makan Myokori dia kata sepatutnya manis. Aku tak pasti memang rasa dia memang macam tu atau chef terlupa letak susu. 


Lagi satu kejadian kelakar ialah adik aku order Aloe Vera Punch yang berharga RM7.95. Kami bayangkan ada lah ketulan Aloe Vera dalam minuman tu, tapi tiada ok.


Masa adik aku pegang air tu aku ingat dia minum air kosong. Aku confirmkan dengan pelayan Dubuyo, dia kata Aloe Vera dah di ‘punch’ dalam air. Memang tak ada ketulan Aloe Vera. Kesimpulannya kami salah buat keputusan pilih air.


Personally aku rate 3 dari 5 bintang untuk pengalaman makan di Dubuyo, berdasarkan pilihan makanan kami pada hari tersebut. 


Dari segi kebersihan restoran dan sistem self-service aku berpuas hati. Kalau ajak makan lagi sekali pastinya aku akan pergi sebab nak makan Bibimbap.


Untuk kau orang yang nak cuba, aku galakkan sangat pergi. Masa hari Ahad aku pergi, restoran memang penuh dengan pelanggan tapi berbaloi rasanya menunggu. 


Tak mahu pergi cawangan Wangsa Walk boleh pergi ke cawangan Dubuyo yang lain. 



Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)