Sebelum sekolah anak aku umumkan yang ada murid dijangkiti virus HFMD (Penyakit Tangan, Kaki, dan Mulut) aku dah panik terlebih dahulu. Sehari sebelum tu dalam group whatsapp kampung, heboh sekolah rendah aku dulu diberi notis perintah tutup premis selama lima hari.
Virus HFMD telah menyerang sekolah. Emak cakap ramai cucu-cucu peneroka yang positif HFMD dan penyakit tu merebak dengan cepatnya. Jadi notis perintah tutup premis tu disebabkan KKM arahkan untuk jalankan kerja-kerja pembasmian kuman penyakit berjangkit.
Bila sekolah anak sendiri dah beri peringatan mula la risau tak senang duduk jadinya. Anak-anak ni memang kena selalu diingatkan terutama murid tahap satu. Terbayang mereka berkongsi cawan minuman, bergurau senda dan kena selalu ingatkan jaga kebersihan.
Virus HFMD Serang Sekolah – Panik Attack Mode On
Lega juga zaman dah canggih jadi
apa-apa perkara banyak aku tunjukkan contoh terus kepada anak-anak. Suruh
tengok video supaya mudah mereka nak faham. Aku selalu tunjuk video di Youtube.
Ini apa ibu bapa perlu tahu
tentang HFMD. Ia adalah penyakit yang biasa berlaku pada kanak-kanak,
disebabkan oleh virus. Lepuh merah yang keluar kat tangan, kaki, dan dalam
mulut tu adalah salah satu tanda. Walaupun tak bahaya sangat, ia boleh
menyebabkan anak-anak rasa tak selesa dan demam.
Langkah-Langkah Pencegahan HFMD
Walaupun penyakit ni penyakit ‘biasa’
menyerang kanak-kanak tapi kita tak boleh ambil remeh dan tak juga terlalu
takut. Penting untuk berjaga-jaga. Anak-anak ni tahap kesedaran dia masih
rendah jadi Ibu bapa lah yang bertanggungjawab bantu anak-anak.
Penting juga bekerjasama dengan
sekolah supaya penyakit ini dapat kiat cegah dari terus merebak. Jangan tunggu
sampai anak sakit baru nak bertindak, lebih baik kita cegah awal.
1. Cutikan anak jika tahap
kesihatan anak tidak memuaskan!
Memang wujud ya manusia selfish dalam dunia. Dah tahu anak menunjukkan tanda-tanda kena HFMD masih lagi gigih hantar anak ke sekolah. Antara tanda-tandanya ialah: Demam suhu tinggi, Sakit Tekak & Lesu (rasa penat dan kurang selera makan) serta timbul lepuh merah. Lepuh berisi cecair boleh muncul kat tangan, kaki, atau dalam mulut.
2. Kerap cuci tangan!
Benda paling mudah tapi ramai yang anggap perkara remeh. Kena ingatkan anak-anak supaya cuci tangan setiap kali sebelum makan, selepas makan, atau lepas guna tandas. Penting juga untuk cuci selepas main kat luar. Kuman kan kecil mana nampak, jadi cegah sebelum parah.
3. Jangan kongsi barang!
Pesan dekat anak supaya tidak berkongsi barang dengan kawan-kawan. Ingatkan supaya tak kongsi minuman, atau barangan peribadi dengan orang lain. Walaupun nampak remeh, perkara ni sangat penting kerana virus mudah merebak melalui barang yang digunakan bersama.
4. Makan makanan seimbang
& tingkatkan imuniti badan!
Penting sangat untuk pastikan
anak-anak makan makanan seimbang dan galakkan makan makanan yang boleh
meningkatkan meningkatkan daya tubuh badan melawan penyakit. Lebihkan makan Ubi
Keledek, Kunyit, Bayam, Halia, dan Bawang Putih.
Macam Ikhwan dulu waktu
dijangkiti memang selera makan dia out. Sakit mulut sebab penuh ulser dan tak
boleh nak menelan. Jadi memang bagi dia makanan yang lembut macam yogurt, jeli
dan ais krim. Nasi pun susah dia nak kunyah aku buatkan bubur.
Pengalaman Jaga Anak Dijangkiti HFMD
Ikhwan pernah kena HFMD ni waktu dia berumur lima tahun. Lagi teruk waktu tu Raudah baru je masuk usia tiga bulan. Bayangkan kami tinggal serumah dan risiko Raudah dijangkiti amat tinggi. Memang tak lena tidur kami seminggu tu.
Memang sepanjang aku jaga
anak-anak, kerja aku asyik salin baju, cuci tangan dan mandi. Suami dan aku
ambil giliran jaga Ikhwan. Oh ye, masa dia kena tahun 2016. Bayangkan lama dah
tu berlalu. Jadi sekarang kami ambil kesempatan tambah ilmu pengetahuan mana yang patut.
Harap-harap jauhlah penyakit ni dari anak-anak.
HFMD memang boleh jadi masalah
besar kalau kita tak jaga dengan betul, tapi kalau kita ikut langkah-langkah
pencegahan yang betul, insyaAllah anak-anak akan lebih selamat.
Ajar mereka untuk selalu cuci
tangan, jaga kebersihan, dan elakkan berkongsi barang dengan orang lain. Kalau
anak dijangkiti, pastikan mereka berehat dan minum air secukupnya. Kalau perlu,
bawa mereka ke doktor untuk rawatan lanjut.
0 Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.