Penat Tapi Tetap Kena Buat

Tadi aku ada tengok satu video di Tiktok bercakap tentang perasaan; penat dalam hidup. Dua lelaki sedang berborak setting macam dalam podcast. Ada dua kerusi. Lelaki A tanya soalan, lelaki B jawab. Soalan lelaki A minta lelaki B describe situasi dia yang sekarang tapi dalam satu ayat ringkas.

Hook dia simple je tapi menarik minat aku nak tengok video sampai habis sebab aku boleh relate dengan soalan tu. Style borak santai macam tu pun aku suka. Rasa macam sesi terapi merawat hati. Chewah.

Declare awal aku sedang berada di fasa hidup emosi aku terasa melankolik. Faktor usia. Menjadi surirumah memang mencabar. Kembali kepada soalan lelaki tu, rasa macam kawan baik yang tanya sebab nak catch up perkembangan diri dia sekarang. Rasa macam ikhlas nak ambil berat.


hidup-penat


 

Penat Tapi Tetap Kena Buat

Aku rasa deep gila jawapan lelaki B; "penat tapi kena buat, nak tak nak tetap juga kena buat”. Pergh menusuk woi. Penat macamana pun hakikat dia tetap kena buat. Atas dasar tanggungjawab sebab Tuhan masih beri kau nikmat bernafas. Berapa ramai lagi yang dah tak bernafas minta balik ke dunia nak bernafas.

Bagi aku menjadi dewasa adalah walau penat macamana sekalipun tetap kena buat tetap kena hadap. Serius cakap jadi dewasa tak seronok. Itulah dulu waktu kecil sibuk nak besar, nak kerja nak cari duit konon boleh beli apa saja kita nak.

Hakikat sebenar menjadi dewasa adalah tentang memikul tanggungjawab. Tanggungjawab bukan setakat kepada diri sendiri tapi juga orang sekeliling. Ada waktu aku macam nak lari baring dekat padang rumput hijau pandang langit lama-lama. Bayangkan diri terbang jauh ke angkasa.

 

Komen Tak Rilek

Kalau jumpa video menarik, mesti lah rugi kalau tak baca komen-komen netizen. Itu membuktikan bukan aku seorang je yang tersakiti bila menjadi dewasa. Nah aku kongsikan juga untuk tatapan korang.


Penat-Tapi-Tetap-Kena-Buat


  1. Tenang tapi kosong, penat tapi tak tahu kenapa🙂 . More tu hilang rasa tentang kehidupan.
  2. bukan tak sakit, cuma dah terbiasa
  3. penat sangat tak ada tempat untuk meluahkan perasaan dan rasa penat ini
  4. duit memang bukan segalanya....tapi segalanya memerlukan duit
  5. Sakit tapi kena hidup 😭
  6. "penat , kosong tapi terpaksa senyum"😇
  7. sincerely tired, but still going.
  8. penat tapi diam 🥰
  9. penat tapi kena pendam
  10. berusaha untuk mintak maaf..selebihnya aku memilih untuk berdiam diri
  11. penat tp 'terpaksa' buat
  12. im not good enough
  13. penat nak faham orang
  14. Penat, kecewa tapi kene juga hadap 💔
  15. Penat, kosong dan suram. Rindu mak sangat
  16. sakit tapi tak terluah😌
  17. penat. hadap. repeat.
  18. sunyi dalam ramai
  19. penat tapi demi mak.
  20. nak menghilang.. tapi kemana?😔
  21. Sayang, tapi terpaksa 😭
  22. Mengalah tak beerti kita lemahkan🙂
  23. Bukan tak kuat cuma penat 💔
  24. Aku sendiri pilih aku kena la hadap
  25. dalam ribut taufan hujan badai luar tenang setenang angin pantai🥺😭
  26. sakit tapi terpaksa move on
  27. sayap terluka, tapi perlu terbang
  28. ditipu tapi masih percaya 🍃🍂
  29. takut.. tapi kau dah pilih.. kene hadap
  30. berharap tu sakit, penat, tersiksa
  31. gembira tapi sakit
  32. penat tapi bukan beban👌
  33. aku yang membuatmu pulih tapi bukan aku yg kau pilih..
  34. aku tampak tersenyum tapi nyatanya aku separuh gila😔😔
  35. mahu hilang tapi bukan mati
  36. Bila dah dewasa ni memang akan penat dan kena terus buat. Melainkan mati, akan hilang penat tu
  37. Masih mencari penat yang menyeronokkan.

 

Ingat tau korang, aku pernah dengar ustazah pesan yang aku ingat sampai sekarang. Dunia adalah tempat kita berpenat. Nak rehat nanti dekat akhirat. Sebelum tu usaha cantikkan rumah berehat kita di akhirat. Baca tips ni elak burnout 

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. betul tu, dunia adalah tempat kita berpenat...lagi2 bab mendidik anak2...semoga terus diberi kekuatan...aamin

    BalasPadam
  2. Penat tapi tetap kena buat. Kalau tak kita tak buat, sapa lagi yg nak buat.

    BalasPadam

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.