3 Petua Merawat Selesema Dan Batuk Bayi
Sabtu lepas
memang aku satu hari down with diarrhea. Seksa jiwa raga.
Start aku
sakit ulang alik ke tandas adalah malam Jumaat sampai la ke pagi Sabtu.
Then
sepatutnya aku kena attend dua jemputan Walimatulurus yang akhirnya tak dapat pergi
atas alasan kesihatan tak mengizinkan. maaf tuan rumah. Hari Sabtu juga paksa
diri keluar cari Jubah untuk persembahan Ikhwan.
Hari Ahad
Alhamdulillah kesihatan beransur pulih dan Hari Ahad juga berlangsungnya Majlis
Convocation anak sulong tersayang di Audititorium MPAJ. Nanti aku
akan cerita dan share gambar lebih lanjut di entry lain.
![]() |
google image |
Petua Semulajadi Merawat Selesema Dan Batuk
Kesinambungan apa yang berlaku pada Sabtu dan Ahad, telah mengakibatkan kami sekeluarga hilang tenaga. Kasihan anak-anak. Ahad tu Raudah mula demam, selesema dan batuk. Ikhwan pula dah bertukar suara lepas je Majlis tamat. kalau dia demam masa buat persembahan risau juga.
Mujur Isnin
aku dan suami bercuti tapi masih penuh aktiviti check-up di Klinik Kesihatan
dan pendaftaran pakej bersalin.
Selesai
semua, urusan aku sempat bawa Raudah jumpa doctor. Sekadar mendapatkan nasihat
supaya tidak ada yang serius. Doctor berikan ubat 3 serangkai (demam + selesema
+ batuk) dan ubat titis mata sebab mata Raudah ber tahi. Tanda dalam badan
panas.
Oleh sebab Raudah baru setahun 6 bulan jadi aku agak keberatan nak bergantung kepada ubat klinik sahaja.
Oleh sebab Raudah baru setahun 6 bulan jadi aku agak keberatan nak bergantung kepada ubat klinik sahaja.
Tak sempat
nak beli kunyit hidup jadi aku guna bahan yang ada kat rumah nak stop kan
selesema Raudah. Jadi apa aku buat ialah aku guna
kaedah alternative seperti kunyit, bawang putih, bawang merah dan vicks. Selawat
dan doa supaya disembuhkan.
Kunyit
Ambil kunyit
hidup dan sagat/tenyeh kunyit tadi pada penyagat atau permukaan kasar macam
belakang lesung batu. Tujuan nak dapatkan hampas kunyit dan kemudian sapu pada
batang hidung bayi. In sha Allah selesema akan kering. Untuk anak yang ada
kulit sensitive sila cuba buat test pad dahulu sebelum sapu pada bahagian kulit
lain.
Bawang Putih
+ Olive Oli + Vicks
Bakar bawang
putih sehingga sedikit hangus. Penyekkan dan gaul bersama satu sudu minyak
zaitun/ minyak masak / minyak baby dan masukkan sedikit vicks. gaul sebati.
Macam masak kek kan? Sapu di telapak kaki, betis, dada, belakang badan dan bahu
bayi selepas mandi. Urut bayi agar dia selesa. Semakin kerap sapu semakin cepat
Nampak hasilnya.
Bawang Merah
Oleh sebab
bawang merah dah habis aku guna sesuku besar bawang Holand dan letak kan di
dalam bilik tidur baby. kalau guna Bawang Merah boleh guna 3 atau 4 biji dan
haruslah dibelah dua. Letak di dalam bilik di mana baby berada. In sha Allah
selesama akan kering. Baby tidur pun nyenyak.
Kebiasaan
Raudah atau Ikhwan semasa baby kalau selesema mesti akan di ikuti dengan batuk.
Oleh sebab baby tak pandai nak buang kahak/hingus jadi akan akibatkan kahak
terkumpul dan tekak menjadi gatal dan mula lah penyeksaan kedua iaitu batuk.
Nak rawat batuk kena make sure selesema hilang dahulu. So petua kat atas memang
untuk stopkan selesema. Bila Selesema hilang in sha Allah batuk akan berlalu
pergi.
Paling
penting monitor suhu anak semasa demam dan bawa berjumpa doctor untuk dapatkan
pandangan.
Aku pernah up entry berkaitan Tips Selesema lain boleh juga dijadikan panduan.
Aku pernah up entry berkaitan Tips Selesema lain boleh juga dijadikan panduan.