Persiapan raya tahun ni terasa paling perlahan dan tak beria. Entah kenapa, mungkin sebab usia pun dah makin menginjak. Semangat nak membeli tu tak macam dulu-dulu.
Kalau tahun-tahun sebelum ni, tak
kira giliran beraya di kampung siapa, sekurang-kurangnya mesti ada dua
persalinan baju raya. Satu untuk hari raya pertama, satu lagi untuk pakai bila
beraya rumah saudara-mara.
Tapi tahun ni lain pula rasanya. Bila
fikir lebih mendalam, kadang-kadang terlintas juga, kejam tak kalau aku cakap
yang zaman aku untuk terlalu teruja menyambut raya tu dah berlalu?
Sekarang ni rasanya lebih seronok
tengok anak-anak pula yang excited. Anak-anak dah plan nak beraya, nak
pusing-pusing rumah dekat kampung kutip duit raya.
Baju Raya Tahun Ni Sekadar Ada
Tahun ni aku beli sepasang sahaja
baju raya. Sejujurnya memang ada terfikir nak recycle saja baju-baju lama dalam
almari. Baju raya yang dulu-dulu pun masih elok lagi.
Kalau masih bekerja dulu, logik
nak beli sebab boleh pakai ke office. Dah jadi suri rumah ni nak pakai pergi
mana je?
Paling tidak aku akan ke kenduri
kahwin, majlis sekolah anak atau hadiri majlis keluarga terdekat. Selalunya aku lebih selesa pakai blouse biasa
sahaja. Lebih praktikal.
Walaupun baju raya aku tak cari
sangat tahun ni, tapi aku sibuk cari tudung raya. Ahaks. Kepala ada satu tapi
tudung berhelai-helai. Pelik bukan.
Biskut raya pun aku belum sempat beli.
Selalunya kalau dekat-dekat raya nanti baru terasa panik sikit. Masa tu lah
baru fikir nak beli biskut raya atau tambah apa yang patut.
Mungkin tahun ni pun akan jadi
cerita last minute juga.
Raya Tahun Ni di Kampung Pahang
Tahun ni giliran kami beraya di
kampung aku di Pahang kemudian baru balik Melaka. Jadi bab persiapan memasak tu, kami adik-beradik dah
sepakat buat tabung kutipan. Senang sikit nak beli barang dapur dan sediakan
makanan untuk semua orang.
Menu pula macam biasa, ikut
selera dan keinginan emak. Kami adik-beradik ikut saja apa yang emak rasa nak
makan. Asalkan beliau gembira, kami layankan saja.
Tahun ni emak dah awal-awal
tempah daging. Sepuluh kilo katanya nak buat rendang. Lepas tu emak juga tempah
perut lembu. Itu yang beliau teringin sangat tahun ni.
Kami anak-anak ni ikut saja.
Tengah orang tua ada selera nak makan, kita bagi saja apa yang mereka mahu. Menu
selalu ada nasi impit dan kuah kacang.
Lemang memang dah terkeluar
carta, penat nak buat ye. Kalau teringin beli jelah.
Lapan Adik Beradik Berkumpul
Tahun ni juga giliran
adik-beradik berkumpul di Pahang. Daripada sepuluh orang adik-beradik, lapan
orang dah confirmkan akan balik beraya hari pertama.
Bila fikir balik, dah boleh
bayang keadaan rumah nanti. Setiap orang balik dengan pasangan masing-masing,
tambah pula anak-anak.
Memang penuh rumah jadinya. Itu barulah
raya. Rumah kami akan jadi antara rumah paling meriah, paling bising dengan
suara budak-budak.
Dah semakin menginjak usia ni,
aku tak minta banyak. Cukup tiada salah faham, pertumpahan air mata mahupun
darah. Emak senyum 24 jam tengok anak, menantu dna cucu depan mata.
Doa yang baik-baik saja. Semoga
semua berjalan lancar.



0 Ulasan
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Terima kasih sudi comment.