Anyam Ketupat Pasar Sehari Sebelum Raya

Rodiah Amir
3

Anyam Ketupat Pasar Sehari Sebelum Raya

Masa awal perkahwinan dulu, kami sambut raya pertama sebagai suami isteri adalah di kampung aku. Paling lewat kami akan sampai ke kampung halaman adalah sehari sebelum raya. 

Jadi masih sempat tolong emak buat persiapan raya termasuk anyam ketupat. Biasa kami ramai-ramai akan anyam ketupat pada malam raya.

Ketupat yang menjadi makanan ruji kami sekeluarga masa hari Raya adalah ketupat Palas, yang isinya pulut tu. Pulut merupakan makan kegemaran arwah abah jadi kami anak-anak terikut-ikut suka makan pulut. 

Berlainan pula dengan suami, pertama kali beraya bersama dia pelik kami tak masak ketupat. Ala ketupat segi empat tu. 

Oleh sebab ketupat segera segi empat tu boleh dibeli di pasaraya jadi memang itu lah yang menjadi pilihan untuk mudahkan kerja. 

Nak anyam ketupat guna daun kelapa tu agak renyah dan bukan mudah nak kuasi kemahiran buat sarung ketupat. Sabar kena tinggi dan rasanya adik beradik aku tiada kemahiran anyam ketupat.




Tradisi Anyam Ketupat di Malam Raya

Kalau di sebelah keluarga suami, memang menjadi tradisi sebelum hari raya akan anyam ketupat Pasar atau ketupat bawang untuk dijadikan menu di pagi Raya. 

Memang mak mertua dah ajar adik beradik suami cara anyam ketupat segi empat baik lelaki mahupun perempuan. Jadi aku beruntung suami tahu anyam ketupat.  

Lepas kahwin dengan suami baru aku tahu ketupat segi empat ni banyak jenis rupanya. Suami pandai anyam ketupat Pasar dan Ketupat Bawang, manakala jenis ketupat yang lain adalah seperti ketupat bantal, ketupat burung, ketupat lembu dan banyak lagi. 

Kalau korang tanya aku, ada satu jenis je ketupat; ketupat segi empat. Lol.



Bersyukur sangat tahun ni, oleh sebab raya di rumah sendiri suami rajin nak anyam ketupat. Yeay. Pagi-pagi lagi dia dah keluar mencari daun kelapa. 
Rezeki dia terjumpa daun kelapa cantik dan panjang. Sesuai la nak anyam ketupat Pasar idaman hati.



Tugas aku ialah beri sokongan moral dan tolong rebus. Kalau nak suruh aku belajar di usia emas ni memang aku surrender lah. Kalau suruh anyam ketupat palas aku boleh. 

Laju je aku buat. Daun Palas memang dah sold out awal lagi. Jadi memang tahun ni aku puasa ketupat Palas la agaknya.

Belajar Cara Anyam Ketupat

Aku rasa rugi sangat sebab tak belajar dari muda cara anyam ketupat, kalau lah kesedaran tu tinggi alangkah indahnya. 

Aku ada upload di Facebook gambar suami anyam ketupat dan dapat pelbagai reaksi dari kawan-kawan dan adik beradik. Ada yang nak beli sarung ketupat tak kurang juga ramai yang mengaku tak ada kemahiran anyam ketupat.  



Ada yang dah siap tempah sarung untuk raya tahun hadapan. Kemain awal book eh. Ramadan tahun depan belum pasti masih hidup atau tak. 

Umur panjang boleh la terima tempahan sarung ketupat. Sementara nak tunggu raya tahun depan, korang sebenarnya boleh belajar sendiri. 

Banyak je tutorial cara anyam ketupat di internet terutama Youtube. Paling penting kena rajin je.

Apa pun dah sebulan kita berpuasa, Alhamdulillah syukur dipanjangkan umur untuk menyambut raya. Semoga Raya aku, korang dan kita semua pada tahun ini membawa seribu kenikmatan yang akan kita ingat sampai bila-bila.


Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan