Resepi Agar-Agar Sumi

Ter rajin pulak sebab masa balik kampung hari tu teringin nak makan dessert sejuk. Cuaca kan tengah panas sekarang. 

Tiba-tiba  datang idea nak cuba resepi agar-agar sumi. Ni inspired dari ice cream yang pernah viral dulu. Ice cream sumi.

Resepi Agar-Agar Sumi

Agar-agar ni sesuai makan waktu cuaca panas,  lepas tu telan sumi ni sejuk-sejuk lalu kat tekak.
Pergh nikmat sangat ni.

Ok jom tengok bahan-bahan kena ada untuk buat aga-agar sumi. Oh ye kali ni aku tak pakai agar-agar yang panjang tu (macam suun lutsinar) tapi aku cuba guna serbuk agar-agar.



*Beza dia ialah aku rasa, kalau guna serbuk agar-agar kena lebih lama nak tunggu dia keras.

Cara buat Resepi Agar-Agar Sumi



Hanya 3 bahan diperlukan, serbuk agar-agar 20gram, susu cair, air masak 600ml. Masukkan air + susu cair dan Didihkan. 

Masukkan serbuk agar-agar dan kacau seketika. Sumi hancurkan kepada ketulan sederhana kecil. Masukkan sumi, bancuhan agar-agar ke dalam loyang.

Sejukkan. Dan siap untuk dihidangkan. Siap. 

Jalan-Jalan ke Zoo Negara

Plan awal sepatutnya kami jalan-jalan ke Zoo Negara pagi Sabtu, tapi terpaksa dibatalkan disebabkan orang ramai dan parking pun penuh. Tak apa, esok kita datang awal. 

Jadi kami tukar destinasi ke Cendol Bakar Drive Thru Kuala Selangor . Oleh sebab dah tahu kena pergi awal jadi gigih pada hari Ahad tu bangun awal dan pergi seawal pagi. 

Zoo buka pada pukul 9.00 pagi tapi jam 8.00 pagi dah bertolak. Kelakar rasanya sebab jarak Zoo dari rumah hanyalah 15 minit. 

Waktu cuti sekolah memang kena keluar awal kalau tidak jalan super jam. Tak menyesal pun keluar awal. Berbaloi sebab kereta beratur panjang nak masuk Zoo. 

Jalan-Jalan Ke Zoo Negara 

Zoo Negara memang dah jadi tempat favourite kami seisi keluarga. Last kami pergi adalah pada tahun 2013. 

Jadi tahun 2017, sekali lagi kami ke Zoo Negara juga bertujuan untuk uji ketahanan Raudah di tempat awam sebenarnya. Nak tengok reaksi, emosi dia bila berada di luar dengan cuaca panas dan ramai orang. 

Alhamdulillah. She’s survived. Yeay. Tak ada nampak dia menggaru due to eczema. Maybe sebab dia enjoy tengok haiwan jadi mood pun okay. 



Perkara Perlu Tahu Bila Ke Zoo Negara 


Zoo dibuka pada pukul 9.00pagi sehingga 5.00petang.

Harga tiket Walk-In: 

- Dewasa (MyKad) - RM44
- Kanak-kanak ( 3  - 12 tahun) - RM16
- Warga emas - RM21

*Untuk dapatkan 10% discount sila tunjukkan card Touch N Go/ Aeon Card 


Multi Animal show:

- 11.00-11.30 pagi ATAU
- 3.00-3.30 petang  [dekat dengan entrance dan kawasan aquarium] 

* Kalau pergi dari pagi better tengok animal show selepas habis jalan-jalan. Ambil sesi petang, lepas tu boleh terus balik. 


Harga Tram:

- Dewasa (MyKad) - RM7
- Kanak-kanak ( Kids below 2 years free) - RM4
- VIP booking - RM300/1 hour


  • Puas hati jalan kaki dan dapat tengok lama-lama binatang compared naik Tram. 
  • Kalau berjalan kaki, aku nasihatkan pilih arah KIRI dahulu sebab lagi best, nanti jumpa Zirafah. Orang tak ramai sebab kebanyakkan orang pilih KANAN. 
  • Masa aku pergi, Savannah area tengah tutup (Zirafah/kuda belang), sebab upgrading. Bila tanya guard dia kata tempat ular yang tutup sebenarnya. Patut tak jumpa Ular. 




Tips Bawa Anak Kecil

  • Bawa wet tissue / sanitiser
  • Payung / Topi
  • Tuala lap peluh
  • kipas tangan / batery
  • Air mineral
  • Stroller
  • Tempat makan dan tandas so far ok bersih. 
  • Kekuatan stamina and mental. 

Petting Zoo Farm In The City
Mini Petting Zoo Rabbitland 














Tersalah Hantar Sofa

Assalamualaikum.

Kisahnya bila masuk rumah baru memang ada sofa owner lama tinggalkan tapi agak tak sesuai dan tak ikut citarasa kami pun. 

Maka gagahkan diri kumpul duit dan beli sofa menepati budget kami.  Last month setel survey dan beli sekali dengan katil untuk bilik Ikhwan.

Then set arrangement untuk penghantaran hari bekerja sahaja, dan kami berdua pun ambil cuti. Tiba hari yang dinanti sofa yang datang lain warna dari apa yang kami pilih. 

Tersalah Hantar Sofa


Oh my. Memang drama sangat. Rasa nak Tarik rambut kuat-kuat.

Mintak dark purple yang datang terang benderang warna orange. 
Terus naik darah bila yang tukang hantar tak puas hati kami tak nak warna tu. 
eh kami bayar dan dah confirm warna kot. 

Ni la warna yang sampai. 
Akak tak terlalu berani nak bermain dengan kaler cenggini. Terlalu terang ya. 


terus naik darah.
 
Terus call kedai report. 
Then tukang angkat agree to angkut semula dengan muka masam mencuka. 
Eh. Siapa patut marah ni? Aku ke dia? 
dah rugi hari cuti aku. kena set hari lain pulak lepas ni.

Tapi serik la nak beli dari kedai sama. Nyampah.

Hari ni suami yang cuti untuk tunggu sofa sampai. Tadi dia whatsapp sofa warna yang betul la rasanya. Masa first time dulu excited la, dah kali kedua ni rasa suam-suam kuku je. Hahahhah

Apa pun Alhamdulillah semua dah selamat. 



Tips untuk beli sofa or apa-apa barang yang melibatkan delivery, 
sila la tangkap gambar masa pembayaran deposit, warna dan bentuk barang. 

Then kalau ada free gift suruh dia catit dalam resit. Kalau tak sedih je nanti perkara buruk jadi.

p/s: jangan kata akak poyo berlagak nak tayang sofa ye. ini blog akak, suka ati akak la nak up entry apa kan. kenangan ni. 


Sekian. 

Merawat Eczema Baby

Aku masih lagi dalam perjuangan mencari minyak/serum/cream yang bebas steroid untuk anak kedua aku yang berusia 10 bulan. 

Dan aku juga semakin menunjukkan tanda-tanda eczema menyerang tapi hanya di bahagian tapak tangan dan jari. 

Kalau dulu gatal-gatal dan beberapa hari kemudian ianya sembuh tapi sekarang macam tak mahu sembuh.

Merawat Eczema Baby

Anak aku pulak masih gatal di bahagian telinga, tangan, siku, dan jari kaki. Bahagian lain Alhamdulillah tidak seteruk bahagian yang aku sebut tadi. Ya memang berkurangan tapi masih lagi menggaru.

Cream yang doctor bekalkan masih lagi aku sapu tapi amat jarang kecuali waktu kritikal sahaja. Aku ada mencuba Minyak Habibi (Olive Oil) yang aku beli di FB dan sample serum Lafiera yang aku dapat dari kenalan FB.


Semuanya aku cuba untuk sembuhkan anak aku. ikhtiar. Dan aku cuba bukan membabi buta. Aku juga cuba pada diri sendiri. Selain makanan yang perlu dipantang dan kebersihan memang kena jaga. 

Aku ada join group sokongan Eczema di Facebook dan aku juga banyakkan membaca. Sungguh ada hari-hari aku down dan keliru. 

Bila aku dah pantang habis-habisan tapi gatal tetap melanda. Anak bermasalah jugak. Sedih memang tak payah nak cakap. Pernah aku salahkan diri sendiri sebab anak menderita eczema. 

Aku tahu berdosa. Tapi Allah tak zalim, saat aku down Allah akan sejukkan hati aku dengan berita-berita masih ada orang/baby yang lagi teruk nasibnya berbanding aku.

Segala makanan, kebersihan, aku cuba jaga. Aku kawal. Aku masih lagi mencari penawar untuk legakan gatal ni semua. Doakan aku.

Percubaan seterusnya adalah nak cuba minyak “TheMajlis”. Nanti serasi aku kongsikan kisahnya. Yang pasti segala yang aku cuba keutamaan haruslah tiada steroid, organic dan selamat. In sha Allah. 

Best ke Cendol Bakar Drive Thru Kuala Selangor?

Cuti sekolah hari tu plan nak bawak anak-anak berjalan ke Zoo Negara. Tempat favourite aku sebenarnya. Suka sangat-sangat dengan binatang. 

Ajakla banyak kali mesti nak pergi jugak. Kisahnya macam ni, kan musim cuti sekolah seminggu tapi memang tak berjalan pun. 

Mesej suami kata kasihan Ikhwan nanti cikgu tanya pergi mana cuti sekolah mesti dia jawab duduk rumah je.

Best ke Cendol Bakar Drive Thru Kuala Selangor?

Terus rasa bersalah dan plan dengan suami nak bawak ke Zoo Negara. 10minit dari rumah je pun. Pergi Hari Sabtu masa tu terlambat sikit sebab pagi ada COD Norahwax dengan JusbidanDara so siap semua pukul 11pagi.

Dah cantik-cantik sampai je Zoo parking full sampai ke dalam hutan tu ok. Tengok jam menghampiri pukul 12tengahari. Zoo tutup pukul 5 petang ye kawan-kawan. 

Dulu tak silap pukul 7 petang. So pujuk Ikhwan kata pergi esok hari la, hari Ahad pergi pagi-pagi. Pergi Zoo hari Ahad

Macam membazir pulak dah lambat. Dengan muka nak keluar air mata jawab ya. Cengeng terus disitu. Oleh sebab dah pakai cantik-cantik, maka kena keluar jugak la. Tak kan nak balik rumah salin baju ye tak? Penat ok bersiap.





Terus drive ke Puncak Alam tengok akak berniaga di Puncak Alam fasa 3. Singgah gerai akak jual Putu Bambu Rimba. Kakak jual pau jugak. Ya Allah sedap lembut.

Aku peminat pau so sangat cerewet kalau pau liat macam plastik. Tapi pau akak aku jual sedap. Lembut. Makan masa panas. Terbaik. 

Bukan promote sebab akak aku okeh, ni jujur punya comment. Siapa nak rasa boleh pergi kat Tapak Pasar Malam Puncak Alam Fasa 3.

Cendol Bakar Drive Thru Kuala Selangor

Lepas tu teruskan perjalanan ke Cendol Bakar. Makan situ. Tak sesak tapi tempat full la tempat duduk. Aku makan cendul biasa je, suami ambil cendul pulut. 

Ikhwan makan nasi ayam dan beli Sata. Tengah duk makan suami kata, kalau macam ni kat KL berlambak. Sia-sia drive dari jauh siap tol lagi.

Alang-alang dah sampai boleh terus Berkelah di Pantai Remis Jeram Selangor



Oh ya, kami ikut Highway LATAR keluar hujung sekali exit Ijok. Dalam 8 km je selepas exit dah boleh jumpa Cendol Bakar tu.
 


Pendapat Aku Tentang Cendol Bakar Drive Thru Kuala Selangor

Overall aku bagi 3 bintang jela kot. Itu ikut tekak aku tau. Yela rasa cendol la kan nak rasa apa lagi, sebab dalam otak aku letak expectation tinggi sangat. Aku ingat cendol dia lain dari yang lain ke. Tapi biasa je. 

Selain cendol kat situ ada gerai orang jual Sata, Keropok Lekor, Nasi Ayam, Bihun, Soto, Bakso, Laksa Utara, Rojak dan ada makanan lain rasanya. Nasi ayam and Sata bagi aku rasa boleh telan la. 

Kena datang sendiri rasa la. Kang kata aku sengaja cakap tak elok kan. Mungkin kat tekak korang sedap. Cepat-cepat habiskan cendul dan masa on the way balik nampak pembonceng motosikal tergolek atas jalan tak sedarkan diri. 

Dah ada orang berhenti tolong then tak lama tu hujan lebat. Kasihan orang tu dah la terbaring tadi atas jalan mesti sejuk kena air. Tak lama lepas tu selisih dengan ambulance. Harap orang tu sihat la hendaknya.  

Bermula dengan Dropship

Hai semua. Nak berkongsi info kalau ada yang minat dengan business. Sebelum pergi melangkah jauh meh sini nak nasihat apa perlu korang buat kalau korang memang minat berniaga tapi nak bermula dengan yang kecil-kecilan.

Nak berniaga kena ada duit kan? Itu halangan terbesar tapi sekarang dah ada pilihan yang tak perlukan modal/duit yang banyak untuk berniaga. 

Cara paling mudah ialah menjadi Dropshipper. 

Bermula dengan Dropship

Apa itu Dropship?
  1. Dropship adalah memerlukan anda mempromot barang tersebut dilaman sosial,laman-laman pengiklanan dan sebagainya.
  2. Anda tidak perlu beli stok ataupun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan.
  3. Bila anda dapat tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu sendiri yang akan menghantarkan untuk anda.
  4. Sebut pula pasal harga, anda jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar supplier tersebut dengan harga agent.



Itu serba ringkas maksud Dropship. Mudah kan? Dropship paling bagus untuk peniaga nak timba ilmu dan pengalaman.

Kalau siapa follow blog PakDi dia pun promote mendaftar jadi dropshipper Yosh. Boleh baca lebih lanjut kat website dia ya. 

Apa itu Yosh.my?

Yosh.my merupakan komuniti perniagaan berasaskan dropship yang utama di Malaysia. Yosh.my menghubungkan peniaga dan pembekal produk bagi melakukan urusan jual beli secara dropship.

Sebenarnya ada beberapa lagi website yang uruskan dropship ni tapi sebab aku hanya study dan baca beberapa review so aku cadangkan Yosh la. Kalau ada yang pernah cuba yang lain boleh share di ruangan comment.


Selamat berjaya. 

Automate post free application untuk social media

Manusia kan selalu suka jump into conclusion. Biasa orang yang jump into conclusion ni sebab dia tak ada ilmu atau tak cukup ilmu. 

Kebiasaan kalau tak pernah buat atau alami sedap-sedap rasa je judge apa yang kita buat.
Contoh paling senang, publish post di blog la. 

Mungkin sebab tak pernah buat scheduled post so bila orang lain buat dan publish masa working hour mula la nak tuduh orang mengular. Padahal orang tu dah siapkan pon entry tu lama sebelum waktu post.

Automate post free application untuk social media

Ini pentingnya ilmu ya. Tak tahu kena gali. Tak tahu kena bertanya. Bukan serkap jarang. Tak kisah ilmu free ke ilmu berbayar ke.



Itu kalau bagi contoh untuk blog, sama case juga auto post untuk laman social macam Facebook, Instagram, Twitter. 

Jangan tak tahu kalau orang business amat-amat penting untuk buat posting (personal branding) dan jugak iklankan service mereka.

Macam mustahil 24/7 melekat pegang handphone kan? Semata-mata nak upload pasal business. So orang-orang business ni guna apps la untuk scheduled kan post. 

Macam aku la. Mana ada masa nak pegang phone.



So meh sini aku share sikit ilmu tak seberapa ada ni apa aku guna kalau nak scheduled post. Hari tu dah study sikit beberapa apps yang boleh kita scheduled kan post/status kat lama social. 

Yang memang aku guna sekarang adalah Hootsuite. Banyak kawan guna Buffer.

Tak semua apps ni boleh ‘talk’ dengan laman social kita ya. Macam Buffer hanya untuk Twitter, Facebook, Google Plus and LinkedIn, manakala Hootsuite boleh Auto post to: Facebook groups / profiles / business pages, LinkedIn company pages / groups, Google+ pages, Twitter, Foursquare, Wordpress, Mixi.

Sebab Buffer tak ada auto post to Instagram maka aku guna Hootsuite. Lagi satu untuk Hootsuite ni kalau untuk Instagram dia tak akan auto post tapi dia akan bagi reminder untuk post je pada waktu ditetapkan. Memang rules Instagram sebab dia nak live update. Kalau Facebook ok je.

Kat bawah ni adalah link website yang explain further ciri-ciri apps yang available untuk korang download dan guna. Kena rajin baca dan study je.


Harap membantu. 

Jawapan win untuk yang netizen mengamuk bila Beauty And The Beast ditangguhkan tayangan

Assalamualaikum.

Bermacam reaksi dari Netizen masa filem Beauty and The beast ditangguhkan tayangan dia kat Malaysia. Baik rakyat biasa mahupun artis semua nak kongsi pendapat. 

Pensyarah: Ahmad Farami Abdul Karim, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dah sediakan jawapan/penerangan untuk semua soalan/keluhan kebanyakkan netizen yang aku rasa masuk akal. 

Saya share dari jawapan ni saya ambil dari website Astro Awani 

1. "Kalau ada adegan bunuh dan rompak, 'hang akan ban filem tu jugak ke'? Bukankah itu pun langgar undang undang???"

Boleh ada adegan bunuh dan rompak. Tapi dalam etika dan garis panduan penyiaran, perlu ada 'poetic justice' (yang jahat dihukum setimpal atau ada keinsafan hujung cerita dan paparan pembunuh serta perompak harus negatif).

Tapi gay dalam cerita Hollywood diraikan. Cerita gay selalunya menang award. Skrip Hollywood simpatetik terhadap watak gay. Masyarakat disuruh insaf dan menerima homoseksualiti.

2. "Ombak Rindu ada rogol boleh pulak lepas wayang"

Ini falasi 'false comparison'. Dua filem berkenaan perlu dinilai berdasarkan merit masing-masing. Adanya rogol dalam filem Melayu BUKAN justifikasi untuk abaikan homoseksualiti B&B. Sekiranya satu dapat diatasi, kesannya lebih baik berbanding membiarkan kedua-duanya.

"Bestiality (hubungan seksual dengan haiwan) dan Stockholm Syndrome (jatuh cinta dengan penculik) dalam Beauty and the Beast boleh pulak"

'False comparison. Kalau ada adegan 'bestiality', ia juga akan ditapis seperti 'gay moment'.

4. "Just ada satu karektor dalam tu openly gay and tertarik dengan watak lelaki..itu saja ... walhal bukan aksi lucah pun"

Lucah tak semestinya eksplisit. 'Gay moment', idea homoseksualiti, pandangan dan sentuhan 'suggestive' dalam B&B juga lucah (indecent) berdasarkan sensitiviti tempatan.

5. "Tak payah tengok kalau tak suka"

Walaupun ada ahli masyarakat yang tak tengok, penerimaan 'gay moment di pawagam (domain awam) tetap memberi signal homoseksualiti adalah 'socially acceptable'.

6. "Nak sekat-sekat macamlah orang tak boleh tengok online"

Tengok online, itu private domain. Tanggungjawab sendiri. Tapi dalam public domain, ada pertimbangan lain. Ada implikasi sosial dan budaya. Maka, perlu ada kawalan.

7. "Benci aku, senstitif sangat bila nak majunya?"

'Maju' dengan menerima 'gay moment' di domain awam? Maju bermaksud celik norma etika tempatan, mampu menilai dengan kritis propaganda dan normalisasi LGBT. Maju, bila bebas daripada penjajahan budaya.

8. "Takut terpengaruh, iman senipis bawang ke?"


'Resistance' terhadap normalisasi LGBT didorong iman yang belum menipis dalam komuniti.

9. "Homoseksualiti dah lama dalam masyarakat. Apa kaitan dengan filem??"

Memang dah ada lama dah, sejak zaman Nabi Luth A.S. Tapi, homoseksualiti cuba dinormalisasi melalui filem kontemporari. Ini menyebabkan 'desensitisation' (cair sensitiviti) masyarakat terhadap penyimpangan LGBT.
Fikirkan juga tentang kesudahan kaum Nabi Lut.

10. "The world has moved on and it's time we equip our young children with the facts of life of this present day and age."

Kita perlu sama 'move on', walaupun ke arah yang salah? Ada hadith sahih menggesa tidak meniru mereka, 'moving on' bersama mereka sejengkal demi sejengkal.
Kita ada pegangan nilai tersendiri yang jelas dan bersifat tetap.

11. "Bodoh lah nak sekat".

Cerdik, sebab ambil kira sensitiviti majoriti, dan kesan jangka masa panjang. Bodoh, bila utamakan Emma Watson berbanding maslahah awam.

13. "I hope malaysia will be open-minded enough to let it be shown"

Perlu 'open minded' untuk faham etika relativisme budaya - apa yang biasa di Amerika Syarikat (AS) tak semestinya dapat diterima di sini. Di AS sendiri, pawagam di Alabama boikot B&B. Jangan kita lebih sudu daripada kuah.

14. "Our self-appointed guardian of morality -- the Censorship Board. They think they're doing the parents a favour, not realising they're a bit behind time."

Your liberal parental sensibilities are insignificant. Kalau Censorship Board tak buat kerja, majoriti ibu bapa akan persoalkan tanggungjawab moral agensi tersebut.

15. "Why some parents think their kids are easily swayed n influenced by movies?"


In sociology, kids learn/internalise values and cultural norms through mass media. Ini disebut 'socialization process'.

- end - 

Ini adalah point aku pulak untuk menjawab kritikan Netizen yang tahu nak complaint je. Yang terkadang aku pun terikut-ikut. Manusia sikapnya sambil lewa dan suka bercakap tanpa ilmu.

Point no 2 perumpamaan nampak kawan makan tahi adakah kita juga mahu makan tahi?
Point no 5 mengamalkan konsep kubur masing-masing
Point no 6 jangan jadi penyebab dan bendung selagi boleh
Point no 7 kenapa bukan semua aspek nak maju, ni setakat filem nak open minded nak maju
Point no 8 statement bongkak - iman setebal lemak mana pon belum tentu boleh tahan semua dugaan

Pendaftaran Darjah 1 Tahun 2018/2019

Apa yang aku perasan kalau tahun lepas pendaftaran darjah 1 secara ONLINE hanya dibuka untuk sekolah di Negeri Selangor. 

Tapi mulai tahun 2017 pendaftaran ONLINE TELAH DIBUKA kepada semua Negeri di Semenanjung Malaysia manakala pendaftaran masih lagi secara manual bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pendaftaran Darjah 1 Tahun 2018/2019

Siapa yang perlu memohon? Berikut maklumat kelahiran dan sesi persekolahan:-

Lahir pada 02.01.2010 sehingga 01.01.2011 (sesi persekolahan 2017)
Lahir pada 02.01.2011 sehingga 01.01.2012 (sesi persekolahan 2018)

Tarikh pendaftaran online dan serahan borang/ dokumen yang lengkap ke sekolah bermula 1 Mac hingga 30 April 2017.





Untuk pendaftaran boleh daftar di Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM Harus Daftar sebagai PENGGUNA BARU dan isi segala maklumat yang diperlukan. 

Cara Pendaftaran Online Darjah 1

Macam aku dah register anak aku yang lahir tahun 2011 (darjah 1 pada tahun 2018), awal tahun 2017 aritu sebelum pendaftaran ONLINE dibuka.

Sebab sebenarnya boleh register anak seawal dua tahun dari tahun dia sepatutnya masuk darjah 1. Aku pergi sekolah dan bawak document diperlukan (sijil kelahiran, Kad Pengenalan, sampul surat+setem, bil utility).

Boleh baca pengalaman aku step by step uruskan pendaftaran darjah 1 anak aku di sini. 

Kisahnya kan sebelum ni yang pendaftaran ONLINE hanya untuk mohon sekolah di Negeri Selangor SAHAJA. Jadi confuse bila Negeri lain pun dah start daftar online.

Kes macam aku ni, aku TIDAK PERLU daftar ONLINE sebab aku dah buat secara MANUAL iaitu aku dah submit permohonan dan isi borang di Sekolah pilihan. 

Hanya perlu tunggu call dari pihak sekolah dan surat yang bakal di poskan. Dua kali aku call sekolah takut kerani salah information. 

Kerani tu bagitahu, Sebenarnya system ni dicipta untuk memudahkan ibu bapa nak check status dapat ke tidak anak masuk ke sekolah yang dipohon. 

Bagi kes manual macam aku nanti sekolah call sendiri. Siapa dah register online senangla check online sahaja. 

Kau bayangkan sebelum system ni wujud, gigihlah kerani nak call semua penjaga. Apa pun masih ada masa untuk mohon dan serahkan dokumen diperlukan ke sekolah ok.

Itu sahaja aku dapat kongsikan. moga dapat manfaat. Selamat mendaftarkan anak. Anak pon dah nak start sekolah pon tanda tuanya aku. 


Maafkan Bahasa rojak yang aku gunakan. 

Group sokongan Eczema Malaysia (NAAE)

Selagi namanya tak sihat dan tak jumpa penyelesaian untuk anak Eczema ku yang seorang itu selagi tu la entry pasal Eczema akan bertebaran di blog aku ni. Mohon memahami. 

Segala yang berlaku nak aku catatkan semoga yang lain dapat manfaat, tak banyak dapat la sikit kan?Ok sebelum terlupa; hanya product Moogoo dan Buds sahaja merupakan product Organic yang available kat market (pharmacy) sekarang. 



Group sokongan Eczema Malaysia (NAAE)

Kisah dia macam ni, kan aku runsing anak Eczema kan? Jadi aku carilah group-group sokongan yang boleh layan segala pertanyaan aku berkaitan Eczema. 

Bila jumpa maka aku request untuk join. Ada dua aku request tapi so far hanya ada satu yang approved. Alhamdulillah. Dipermudahkan Allah urusan. Group tu nama Eczema Malaysia (NAAE).

Ini website Group ekzemamalaysia tapi last active 2015. Tapi facebook dia memang active. Rasanya sharing banyak kat Fb facebook-ekzemamalaysia

Maka pada suatu hari ada seorang ibu post pasal cream anak dia pakai, hampir sama dengan anak aku guna jadi aku pon terfikir why not aku post the same thing and open for opinion ada steroid tak? (btw aku baru tahu bahaya steroid).

Ramai la yang cakap baik buruk and ada jugak yang guna cream yang sama. Sedih. Terus ragu-ragu. Tapi betul la cream tu bahaya. 

Ke salah aku ni? Doktor cakap cream tu selamat. Cream tu klinik buat dan Doktor Kevin yang cadangkan. Tapi tetap tak sedap hati jugak. Cream tu power. Satu bekas kecil satu Rm60. 

Pakai malam esok siang elok dah, elok bermaksud luka tu terkawal lah. Ah sudah. Soalan dia sampai bila nak pakai cream tu kan? 

Objective sekarang adalah nak Raudah sihat disamping itu mengawal cost sebab aku tak berapa nak mampu. Demi anak kami cuba. Sobs.

Bila baca file kat groups tu share rupanya banyaklah cream yang ada di Pasaran yang ada dalam otak aku nak cuba ni rupanya tak digalakkan guna. 

Bukan sebab Steroid sahaja tapi bahan bahaya seperti mineral oil dan bahan synthetic lain. Ada Carcinogen (yang boleh sebabkan cancer) dan bahan bahaya lain.

Antara cream yang aku CADANG nak cuba tapi TAK BOLEH GUNA ialah Sebamed, Shaklee Herbal Blend, Cetaphil, dan Ezzera (aku pernah cuba). 

Ini antara product yang disenaraikan oleh group ni. Huwaaa. Pilihan semua di tangan awak-awak semua ya. Tak ada paksaan. Serius. Solution aku sekarang adalah try and test apa sesuai untuk Raudah.

Habuk, pemakanan, cuaca, baju, sabun dan lain-lain sedang diuji. Cheese nampaknya boleh. Tapi process food memang tak boleh langsung. Ayam Raudah ok. Masih panjang perjalanan kami. Moga Allah mudah dan izinkan. Aamiin.

Untuk ubat sapu pulak aku akan cari satu serum yang telah dicadangkan oleh seorang insan mulia yang tergerak hati nak nasihat aku dan berkongsi ilmu pasal eczema ni. 

Dia ahli Farmasi. Nanti kalau berjaya aku share pulak. Disclaimer: penjual or owner product sila jangan kecam saya ya. Saya tak berniat nak jatuhkan perniagaan anda semua.




Eczema Datang Lagi

Akak penat. Akak baru kembali bekerja di Hari Jumaat lepas emergency leave selama dua hari. Anak memerlukan penjagaan khusus. 

Elok je eczema dia reda, selesema pulak menyerang. Allahuakbar. Besar cabaran jadi mak ni. Silap hari bulan mau gila tambah berat badan jadi kingkong.

Tak nak gemuk. Tidak. Dilema akak bila penat, tertekan asyik la mencekik. Lepas makan nasi makan cupcakes. Lepas tu gatal lagi makan jeruk makan benda lain. 

Eh. Air masak tak mau nak air sirap. Letak chia seed. Amboi sihat kan? hahhahahah

Eczema Datang Lagi

Akak patut bertenang tapi akak gagal. Nak cerita masa anak berdarah-darah sebab menggaru gatal, bawak la ke klinik doctor yang selalu rawat baby tu. 

Doctor tu pegang-pegang sikit, bercakap dalam 30 patah, angguk-anguk bila akak cerita dan dia geleng-geleng kepala tanda tak perlukan ubat lain melainkan cream yang klinik bekalkan. Hanya itu ya tuan puan.

Keluar muka terkulat-kulat nurse panggil suruh buat bayaran. RM80. RM60 untuk cream sapu dan RM20 untuk consultation. Hoi mahal la. 

Cream tu memang berkesan akak tak nafikan, tapi standard rate consultation kau tu doctor buat akak tak dapat terima. Dah la muka kau macam orang mereng disarungkan bantal suruh tidur je. Cakap pon sikit je. 

Apeni..

Tapi akak redha jela dia charge kalau melawan pun ada guna ke? Mestilah tidak. Lagipun suami akak yang bayar. Hahhahah. Akak malas nak claim kat company akak. Nanti lambat dapat.

Berbalik cerita doctor tadi, akak nak suruh anak jadi doctor la. Akak dulu pemalas, cannot jadi doctor. Sempat 4 bulan je duduk dalam lab, belajar timetable acid ke apa tah akak lupa. 

Pastu akak cannot tahan. Akak pilih prinsip account. Ternyata pilihan akak tepat. Hahahhah Alhamdulillah.

Sekarang elok je baby dari eczema dia, selesema la pulak. complicated sungguh. Semalam sempat akak jadi burung hantu. Sekejap-sekejap baby bangun. Batuk kuat betul. 

Terganggu tidur dia. baby marah bila batuk pastu menangis, marah akak tak paham baby, pastu akak marah suami. Ok la kan? Suami macam mangsa segalanya kan. Itulah nasib seorang suami. Kena berkorban okei.

Hari ni akak kat office tapi jiwa akak kat rumah. jadi cepatlah habis waktu kerja nak balik nak belek anak pulak. 

Baby 10 bulan masih lagi Eczema

Assalamualaikum. 

Raudah lagi seminggu nak masuk 10 bulan.  Bermaksud 5 bulan menghidap eczema. Sedih. Alhamdulillah. 5 bulan perjalanan yang memang naik turun.  Melibatkan emosi.

Dah cuba minyak, dah cuba cream doctor dan lotion doctor cadangkan. Memang berkesan cream tu tapi cost dia buat aku mengucap.

Satu bekas kecik tu RM60. Bertahan tak sampai sebulan ikut penggunaan. Penggunaan pulak bergantung pada kesihatan Raudah.

Baby 10 bulan masih lagi Eczema

Kalau cuaca panas semakin kerap la gatal-gatal dia menyerang. Ruam biji naik. Bila naik boleh menggaru sampai berdarah. Dia elok untuk beberapa ketika dan datang semula.

Banyak factor untuk eczema:
- Allergic
- Pakaian
- Peluh
- Sabun
- Cuaca panas
- Makanan

Memang kena pandai-pandai elak .  Baju kena tukar, cadar, kebersihan semua kena beratus kali ganda kena tukar.

Tak boleh panas berpeluh dan tak boleh terlalu sejuk kulit kering. Kena sedang-sedang.
Macam-macam product aku baca kat internet. Shaklee herbal blend, Moogo, Cetaphil, Sebamed dan rasanya ikut serasi atau tak lah dengan baby. 

Kau tahu kadang-kadang rasa nak menjerit. menangis. Kalau tengah malam tengah kita penat. Rasa macam nak biar je baby menangis. Tapi tak sampai hati. Selalu doa kalau baby sakit biarlah pindah kat aku.

Paling teruk dua minggu lepas, cuaca panas melampau. Berdarah telinga Raudah garu + kulit belakang telinga nipis + berair. Eczema dia serang bahagian muka dna telinga.

Harapan aku nak Raudah sihat. Tak nak dah dia menggaru. Sekarang masih lagi bertahan guna lotion dan mandian jenama Dermaveen.

Next aku nak beli semula cream doctor tu. Pakai jimat-jimat.

Ada satu kenyataan yang aku baca pasal Eczema: "Eczema tidak dapat diubati tapi dapat dikawal"
Terus Hati tisu.