Eczema Journey Dan Menuju 1 Tahun Raudah

Eczema Journey Dan Menuju 1 Tahun Raudah

Lompat bintang 10 kali. Alhamdulillah lagi 2 hari Raudah genap satu tahun. Menuju 1 tahun yang penuh dengan liku. 20 May 2017. Jauh lagi perjalanan in sha Allah. Bersyukur di atas segala rezeki yang Allah kirimkan. Perjalanan membesarkan Raudah walau baru nak menapak 1 tahun amatlah mencabar.

Kerana pertama kalinya menjaga anak yang ada eczema. Semua yang Allah aturkan cukup cantik  Alhamdulillah. Kalau masih ingat aku mula berkongsi pasal Raudah kena Eczema pada Nov 2016. Mula start teruk pada usia 5 bulan.

Perjalanan Raudah Sakinah 


Kali ni aku nak kongsikan dan recall balik perjalanan untuk setiap entry yang aku pernah tulis:

Nov 2 2016, Raudah di sahkan Eczema oleh Pakar Kanak-Kanak Taman Melawati. Menggunakan sepenuhnya Steroid dan waktu ni masih buta pasal Eczema dan bahaya steroid. 

Nov 7 2016, tak sanggup tengok anak sengsara berkenalan dan jumpa Doctor Kevin di Klinik Mediviron. 

March 6 2017, dari Nov16 ke tarikh ini telah beberapa kali beli cream dari Doctor Kevin. Kesihatan Raudah ok sehingga kami jadi lalai dalam menjaga Raudah. First time handle anak kena serangan eczema, more to food allergic. 

March 16 2017, cuaca Malaysia sangat la panas dan cuaca adalah factor terbesar Eczema datang semula. Masa ni mental up and down sebab kalau Raudah selesema confirm dia akan jadi kuat menggaru dan eczema dia pon naik sekali. memang non stop dia selesema 

Mar 17 2017, mental down habis. Sebelum tu dah berjinak-jinak dengan pembacaan pasal bahayanya Steroid dan cuba tak mahu nak bergantung dengan ubat doctor dan rawat secara semulajadi. Tapi beli semula cream doctor bila rashes tak elok jugak. berair.

March 20 2017, join group sokongan eczema di FB. Mula kenal ramai penjual dan pesakit eczema. Mula start membaca lebih lanjut dan banyak dihujani penjual cream eczema homemade.

Apr 2 2017, beli Habibi oil tapi tak beri kesan pada Raudah, dan ada kenalan FB yang suruh cuba Lafiera Serum. Pun saiko gila orang-orang yang approach. End up semua aku tak percaya.  
Apr 08 2017, mencuba Minyak dari Dubai. Mahal tapi nak sihat punya pasal. Sebab tak mampu maka cuba sebotol je la. 

Apr 13 2017, minyak TheMajlis dah nak habis dan dapat idea nak cuba habbatussauda. Tahu tentang full moon dan banyak lagi.

Masih belum berkesempatan nak review pasal minyak Habbatussauda tapi yang pastinya aku suka. Alhamdulillah. Harap yang baca dapat manfaat. Aamiin.

Ketagih Minum Nescaffe Ais Waktu Pagi

Assalamualaikum. 

Ko taw pagi ni kemain lapar rasa nak telan gajah kasik cepat kenyang. Tapi lepas minum nescaffe ais terus perasaan lapar tu berlalu pergi. Memang dari dulu tabiat ada ketagihan minum nescaffe ais di waktu pagi. Bila dapat minum tu pergh..

Rasa macam sel-sel otak bercantum terus emosi tak terkawal. Kau tahu perasaan jadi hyper active?? Bila rasa perasaan tu nak meletup kat dada. Terlebih gula/manis agaknya.

Minggu lepas aku tak tahu mana silapnya. Gatal-gatal eczema ke? Menyerang. Habis merah gatal-gatal di muka, bintik di tangan dan kaki. Menyirap je nak garu.

Ketagih Minum Nescaffe Ais Waktu Pagi

Ingat tak ada yang perasan tapi ada dah yang tegur pagi tadi. Terasa artis sangat. Mungkin gabungan hormone nak period pun bergabung maka terhasil lah. Muka gatal nak garu tapi hati meronta kata jangan.

Sesambil google pasal eczema google la jugak kesan minum nescaffe: Sumber Saripetua

Prof Suhaila Mohamad dari Fakulti Sains dan Sains Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata kafein bersifat diuretic (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan).

"Bagi orang dewasa pula lazimnya sifat yang diuretic menyebabkan individu yang mengambil kafein akan kerap membuang air kecil," katanya.

Kesan pengambilan kafein yang sedikit:
1.Mengganggu corak tidur.
2.Meningkatkan degupan jantung.
3.Meninggikan tekanan darah.
4.Kerap membuang air kecil.
5.Tangan terketar-ketar perlahan.
6.Kurang selera makan.

Kesan pengambilan kafein dengan jumlah yang banyak:
1.Resah dan gelisah.
2.Sukar menumpukan perhatian.
3.Sakit kepala.
4.Sukar tidur.
5.Keliru dan kadang-kala berhalusinasi.

Kafein dalam pemakanan:
Secara umum kafein lebih banyak ditemui dalam kopi (54 peratus), teh (43 peratus), minuman kola dan ­­ubat-ubatan (3 peratus).

Fakta: 

- Kafein adalah sejenis ‘ubat’ (drug) yang dihasilkan secara semula jadi dalam daun dan biji benih. Ia juga boleh dihasilkan secara tiruan dan ditambah ke dalam sesetengah makanan.

- Kafein dikategorikan dalam kumpulan ubat yang sama dan kadang kala digunakan untuk merawat lelah.Bertindak menstimulasi sistem saraf tengah menyebab­kan peningkatan dalam degup jantung dan sifat waspada (alertness).

Kebanyakan orang yang sensitif dengan kafein mengalami pertambahan dalam tenaga dan ‘elevation mood’.
Ada dalam daun teh, biji kopi, coklat, kebanyakan minuman soda dan sesetengah ubat melegakan kesakitan.

Lepas baca info kat atas ni terus macam angguk-angguk sendiri. Harap menambah ilmu korang jugak.
Apa pun kalau nak benda ber caffeine janganlah over. Yang teruk diri sendiri ok.   

Sambutan Hari Lahir Suami

Sambutan Hari Lahir Suami


Berjaya habiskan hari tanpa suami selama 3 hari 2 malam.
Wah macam bercuti kan bunyi dia..

Tapi hazabnya jaga dua makhluk bernyawa ni.
kus semangat. 





Suami ada team building di Taman Negara for 2nd time.
Tahun lepas pon pergi Taman Negara, tahun ni repeat lagi.

Best la agaknya kot kat sana.
Aku even orang Pahang tak pernah jejak kaki ke sana.

Dan kebetulan tanggal 14 May adalah ulang tahun kelahiran suami.
Hari Ahad. 

Selamat ulang tahun suami.

Oleh sebab timing tak kena maka sambutan untuk suami
sekadar buku/card ucapan + kek yang dibuat dengan kasih sayang.

Chewah.

Alhamdulillah menjadi kek kukus.
Kalau tak jadi confirm makan sendiri tak tunjuk suami.

Hahhahah. 

Walau penat suami happy dan suka.

Ikhwan as usual excited nak tunjuk apa yang dibuat khas untuk abah dia.
Dah tua nak buat surprise pon habis idea.

Mungkin tunggu Celebration dengan anak dara 20 May ni.

Cukup setahun umur in Sha Allah. 

Later aku share resepi kek Coklat layer cheese ni.
In sha Allah. 

Untuk Suami:

Saya tak pandai melahirkan kata-kata romantik untuk tunjuk kasih sayang saya, 
Saya doakan segala yang terbaik untuk awak. 

Insya Allah. 

hitam-hitam si tampuk manggis, walau hitam rasanya manis..eh

buku/card ucapan untuk abah..special

happy birthday suami

Latest trend camping jadi Glamping

Tadi baca blog Vivy Yusof. Dia cerita pasal dia Glamping dengan bff dia kat hutan mana tah. Masa baca tajuk terus google kepebenda la Glamping ni. Hoi ketinggalan sungguh tataw.

Rupanya Glamping adalah singkatan untuk Glamarous Camping. Lol. 

Glamping is a portmanteau of glamour and camping and describes a style of camping with amenities and, in some cases, resort-style services not usually associated with "traditional" camping.


Latest trend camping jadi Glamping 

Ha jangan tak tahu kalau kat oversea dah ada company yang offer this type of service. Macam-macam types of glamping they provide.

Kalau kebiasaan camping kita bayangkan kena pacak khemah, makan dalam bekas besi, bawak megi keliling unggun api kan? pastu nak membuang kena korek lubang dan cari kawasan semak. 

Tapi kini kalau glamping semua tu dah perlu ok.

Pendek kata glamping ni similar to stay at hotel/resort tapi nak merasai suasana berkhemah yang dilengkapi facility hotel. Fiuh mengada betul. Hahhaha. 


glamping Malaysia

As long as u have money, semua boleh sekarang ni.
Mana taw one day aku terjebak jugak dengan glamping kan? J
Gambar ehsan google:





Merajuk Susah Nak Move On

Merajuk Susah Nak Move On


Aku punya perangai memang susah gila nak move on. 
Aku selalu teringat apa je orang buat kat aku. 
tambah lagi sakit hati bila orang tu selalu berlegar atau benda tu terbayang-bayang je kat mata ni.

Kalau orang yang rapat dengan aku akan nasihat dah la tu. 
cukup-cukup la kenangkan benda yang lepas. 
Tiada gunanya.

Macam berdendam pon ye jugak. 
Yela masa ni la terbayang semua benda yang dibuat bersama, segala peristiwa dikongsi bersama. Kenangan tu. 

aku pulak jenis kalau sekali berkawan terus melekat dalam hati. 
Payah oi kalau tiba-tiba nak buang.
Fikirkan positive memang dah tak berjodoh nak berkawan sebenarnya. 
Ada la tu Allah jauhkan kita dengan seseorang kan?

Apa aku tulis ni pun bukan tuju untuk sesiapa. 
Harapnya tak ada yang salah paham. 
Apa yang aku share dalam blog biasanya apa yang aku nampak apa yang terjadi di sekeliling aku. 

aku jenis bila berkawan, terus bersaudara ikat janji darah. 
Aku anggap macam saudara aku sendiri.
Bila di tinggalkan aku rasa, separuh nyawa dibawa pergi. 
Amboi terus masuk lirik lagu hahahha.

Ok la akak doakan untuk semua yang memilih untuk pergi dan tak stay dengan akak semoga anda berbahagia dengan pilihan, berjaya dunia akhirat. 
Akak halalkan segalanya. Selamat hari raya ya.


Eh.. kau fikir menang award nak ucapan bagai. Ok bai. 

Makan-Makan di Me'nate Setapak

Memang one of our favourite menu suami isteri ialah lamb. Berbanding beef kami lebih enjoy makan lamb. entah. 

Hari tu rindu nak makan lamb jadi ajak suami ke Me'nate cawangan Setapak. Tempat luas dan selesa cuma yang tak best parkingkena bayar. Bukan parking dalam mall pun. 

Oleh sebab Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati merupakan our current favourite place kalau makan western ni so bila sampai Me'nate dalam otak dah set expectation yang dari segi taste wise and presentation kena at par atau lebih sedap. 

Berdasarkan viral dan review-review pelanggan la kami sampai ke sini. 

Makan-Makan di Me'nate Setapak

Malam tu makan lamb. Suami cakap kat Me'nate kena makan steak (selain lamb) baru sedap. Tapi macam biasalah kalau peminat lamb payah nak curang. 

Crew dia cakap malam tu cara masakan adalah BBQ. Masa tu tak dengar pon apa crew tu explain dan masa order mintak steak dimasak Well done. 

Kami suami isteri tak makan kalau steak masih ada merah-merah darah.




Review Me'nate Setapak


Apa yang aku kongsi adalah berdasarkan apa yang aku rasa. Review ni pun suka-suka je. Mungkin salah aku tak minta explanantion cara masakan, 

perisa tak kena dengan tekak aku dan lain-lain. Almaklumlah la tekak lain-lian. 

Bila sampai ke meja, lamb kami jadi dry sangat, jus dia hilang masa BBQ tu kot. Dia jadi garing. Tak hangus dan tak pahit. 

Menyesal pula suruh masak well done. Dari segi rasa ok lah, even sejuk daging masih boleh dikunyah. Jadi aku simpulkan salah kami yang tak tahu pilih cara masakan daging yang kami order. 




Dah Pernah Cuba Smoked BBQ Beef Rib IKEA??

Apa yang best dekat Me'nate??

Air free flow. Teh Tarik terbaik. Cuba kopi durian for first time.  Pilihan daging yang banyak dengan range harga mampu milik. 

Apa yang kornag perlu buat bila sampai restoren ni lepas ambil seat, pergi ke fridge dan pilih daging. Nanti akan ada crew layan korang untuk pilih cara masakan. 

Hanya anak bujang je makan meatball. Dia kata sedap. Kena la tuh dengan selera dia. Kids menu yang berharga Rm9.90. 





Kalau makan di Restoren Sixty9 Islamic Steakhouse rasa macam exclusive dan layanan pon sangat warm. Tapi di Me'nate tak rasa sangat friendly tu. 

Tak ada la aku nak kata Me'nate tak best langsung. Aku tengok meja lain meriah je makan. Seronok. 

Sedap la tu, Cuma tak kena tekak aku dan suami je.  Apa pun tak rugi nak cuba. Kalau kata nak suruh repeat, kita tunggu orang belanja ah. ahaks. 

Sesekali tukar angin tak makan nasi. Apa salahnya. Makan Sedap Kat Mana Di Melaka Kalau bukan di ~ Restoran Ikan Bakar Klasik Umbai

Resepi Aiskrim Malaysia Sumi Mudah

Setelah sekian lama baru dapat tahu resepi sedap untuk buat Ice cream Malaysia atau ice cream batang yang popular masa zaman kita kecik-kecik dulu.

Paling penting rasa tak muak dan berbaloi bila nak makan atau nak jual.
Hari tu aku buat untuk berniaga masa hari sukan sekolah. Alhamdulillah laku.

Resepi Aiskrim Malaysia Sumi 

Ok jom check resepi:

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air masak
Secubit garam
Sumi dua bungkus kecil

*bahan atas ni boleh buat 20batang ice cream sumi ya.
*boleh ganti sumi dengan Choki-choki





Kacau semua bahan-bahan kecuali sumi sehingga garam larut.
Sumi potong kepada 4 bahagian, tak nak potong tapi nak hancurkan pon boleh. Terpulang ikut selera masing-masing. Anggaran 2 biji sumi dalam satu batang ice cream.

Isi sumi dahulu kemudian baru masukkan cecair yang dimasak tadi. Boleh masuk dalam fridge untuk keraskan. Makan sejuk-sejuk masa waktu panas memang layan.

Selamat mencuba. 






Anugerah Meletop Era Mengarut

Hari tu ter tengok Anugerah Mengarut Meletop Era. Menyesal tengok. anugerah syok sendiri rasanya. Yang minat gila dengan Loffatah dan Ayda Jebat enjoy la agaknya tengok.

Ada moment yang aku rasa tak patut wujud dan pengacara over, tah apa-apa skrip melalut. 
First masa Nabil dan Johan umumkan Calon-calon skandal Ayda Jebat??? What kenapa begitu dikaitkan kononnya ada hubungan dengan kau?

Ini antara scene yang I cannot brain.

Lepas tu adegan Johan dan bini dia dengan Ayda Jebat. Konon nak nampak kelakar agaknya. Lepas tu Johan pegang tangan Ayda Jebat. Lama kot. apa yang diaorang cuba tunjukkan aku pon tak tahu.
Nabil kat sebelah macam nasi tambah. Lawak bodoh standard konon nak tunjuk bini garang etc la. Ya Allah over.

Pengalaman Berniaga di Hari Sukan Sekolah

Hai semua. Sabtu minggu lepas aku cari pengalaman buka gerai sempena hari sukan sekolah tadika anak buah aku bertempat di dewan Ampang Jaya Taman Cempaka.

Tempat sama anak sulong aku, Ikhwan Hafeez sukan sekolah tahun lepas. So agak familiar dengan kawasan tu mudah la nak plan apa patut di jual pada hari tersebut.

Acara sepatutnya start pukul 7.30 pagi sehingga pukul 12.00tengahari. yang seronoknya aku tak berniaga seorang diri. Aku ajak biras aku berniaga sekali.


Pengalaman-berniaga-hari-sukan-sekolah


Pengalaman Berniaga di Hari Sukan Sekolah

Untuk tapak berniaga, pihak sekolah kenakan charge RM60 termasuk la untuk kerusi dan meja berukururan 7x3 kaki tidak termasuk bekalan elektrik.

Tapak niaga dia bagi betul-betul di luar dewan atas kawasan berumput. Untuk kedudukan tapak / meja siapa datang dulu dia dapat meja pilihan hati.

Alhamdulillah biras aku sampai dahulu jadi dia pilih meja paling startegik iaitu di tengah-tengah. Sampai awal je terus set up meja.

jualan-hari-sukan-sekolah


Susun makanan apa yang patut. Macam biras aku dia ada buat; cheese & chic sandwhich, sardine roll, karipap ayam, kentang & telur puyuh, bihun goreng, kuih bakar jagung & pandan, dan muffin chocolate.

Alhamdulillah semua habis kecuali kuih bakar tinggal beberapa bekas. Aku pulak buat ice cream Malaysia (sumi). Dan aku sengaja pamerkan Jus Bidan Dara & Norahwax.

Tujuan utama aku nak biasakan diri dengan persekitaran macam tu. nak buang sifat malu. Nak ke depan. Nak tingkatkan keyakinan diri. Amboi banyak kan tujuan. Alhamdulillah seronok sangat.

Hari-Sukan-sekolah

Norah dan Jus Bidan Dara tak terjual langsung ok, sebab aku langsung tak promote. Dan ice cream sumi aku habis. Yeay termasuk yang cair aku buat sebagai display. Aku sempat buat 40 batang sahaja. Ok la pulang modal dan sedikit untung.

 

Perkara Perlu Tahu Berniaga Hari Sukan Sekolah

Nak share apa patut korang fikirkan kalau korang nak join meniaga di hari sukan sekolah.

Tempat/tapak jualan

Malam sebelum tu hujan jadi tanah memang habis becak, ada peniaga yang terpaksa keluar dari kawasan bawah khemah cari tapak baru.

Alhamdulillah sepanjang hari sukan berlangsung cuaca cerah dan sedikit panas.

Jual Apa?

Kena tahu target market siapa yang akan datang. Sepanjang aku duk meniaga situ, yang buat keputusan nak beli apa adalah BUDAK-BUDAK kecik tu. ibu bapa akan tanya anak nak makan apa. Ikut selera anak. 

Jadi nak jual kena jual apa BUDAK-BUDAK/KANAK-KANAK suka. Yang menarik perhatian mereka.

Sedikit tambahan; makanan yang selalu dicari, nasi lemak dan sandwhich, karipap tu memang orang suka. Ada juga yang cari air panas, tapi tak perasan pula ada yang jual atau tak ada.

Packaging makanan

Lagi bagus cari yang lutsinar, yang nampak makanan tu. Tak perlu isi dalam kotak sebab orang ingat harga makanan mahal.

Orang takut nak beli dan malas tanya. Aku perasan hanya gerai aku je yang letak papan menu. Membantu ya. Selain cantik membantu untuk tarik perhatian pelanggan.

Harga

Jual makanan pada harga murah semestinya akan buat orang beli tapi jangan sampai kita rugi. Kalau kos agak tinggi kena bijak main harga.

Jual menu berat (Nasi bajet, Nasi Gulai Kawah, Spaghetti)

Nak jual menu berat boleh tapi kalau acara sukan habis awal sebelum waktu tengahari potensi makanan tidak sempat habis dijual tu tinggi.

Ice Cream

Ice cream aku mula terjual agak lambat jugak. Pagi mana ada orang nak makan ice cream. Tunggu cuaca panas baru orang akan cari. Yang penting kena ada start makan. Lepas makan baru orang nampak dan orang cari.

Kalau jual ice cream macam aku sila la buat signage atau lukis atau bagus ada loceng nak panggil orang beli. 

jual-aiskrim-sukan-sekolah


Aku perasan gerai lain ada jual ice cream Malaysia juga tapi dia letak dalam bekas putih ice box tanpa ais batu. Risiko dia ice cream cair dengan cepat.

Makanan Unik

Makanan yang jarang aku jumpa tapi ada dijual hari tu ialah ice cream macaron berharga RM6. Tapi tak banyak mana pun aku tengok terjual. Tak nampak orang makan. 

Ada yang jual biskut kapit, berus gigi, Tupperware, makanan otak untuk pelajar seperti kismis dan madu.  Sambutan tu suam-suam kuku je bagi aku.


Pengajaran & Kesimpulan Berniaga Hari Sukan Sekolah

Itu sahaja kot aku boleh share. Kalau tanya kuantiti nak jual, aku tak dapat jawab specific bergantung apa jenis kau nak jual. Kalau karipap ok kot 100biji. Tengok crowd jugak ok.

Memang hari tu aku banyak buat pemerhatian sebab dah tanam dalam otak aku nak ambil pengalaman dan tengok citarasa pembeli.


sukan-sekolah-anak


Bersyukur sangat aku dapat pengalaman yang aku rasa amat berharga. Banyak perkara aku belajar. Nak jadi penjual mulut kena ringan, muka kena senyum.

Oh aku ada dapat pembeli, budak sekolah bila nak beli mata dia pandang ke lain tapi mulut kumat kumit mintak karipap RM2. Pon boleh la dik asal kau beli.

Malu dengan aku agaknya. 

Photoshop Lambung Anak Dikecam Netizen

Hari ni check email dapat article menarik pasal seorang bapa yang telah mem photoshop kan gambar anak dia dalam keadaan menakutkan/merbahayakan to freak out relatives. 

Macam-macam perkara pelik orang mampu buat sekarang ni.
Edit gambar la, palsukan document la, klon kan benda la. Hoi menakutkan sangat perangai masing-maisng dah kenapa ha?

Photoshop Lambung Anak Dikecam Netizen

Jadi kepada people out there kalau terjumpa/hadapi situasi macam ni tolong la jangan percaya bulat-bulat. Selagi belum dapat buktikan, selagi belum cukup saksi, selagi belum nampak dengan mata sendiri please la. Siasat dahulu.



Orang sekarang cepat je sangka buruk, cepat je jatuhkan hukuman. Macam dia seoarng je yang ada otak. Chewah. Nak tunjuk pandai kot. pastu bagi comment sehingga menjatuhkan aib orang. Cakap macam diri tak pernah buat salah.

Dah tiba masanya masyarakat dididik supaya dapat memberi teguran dengan berhikmah. Hikmah dalma erti kata bila menegur harus kena dengan caranya. Mungkin pihak berwajib boleh anjurkan ceramah, kursus pasal ni.

Akhir zaman ni fitnah amat senang tercipta. Memang itu dugaan kita umat akhir zaman nih. Jaga hati jaga diri.











Terapi Sonotron Untuk Bayi Berkahak

Hai semua. Hari ni nak share pasal Rawatan Sonotron untuk hilangkan kahak anak bongsu yang berumur 11 bulan tu. 

Raudah dah selesema hampir tiga minggu. Bila dia batuk atau pagi-pagi bernafas ada bunyi kahak tu. Kami dah bawa ke klinik dan macam biasa doktor berikan ubat cecair. 

Walau selesema, suhu tak panas mana tapi masih lagi pantau. Risau yang lebih serius je. Raudah takut nak jumpa doktor. 

Dia alami trauma, takut dengan Doctor sebab masa dia umur lima bulan dia selesema masa tu bawak jumpa pakar kanak-kanak, doctor tu buang hingus dia guna baby nose cleaner.

Tapi yang tak seronoknya cara doktor tu handle dia agak kasar dan tak ada sentuhan 'kanak-kanak'. Meraung la Raudah takut. 

Terapi Sonotron Untuk Bayi Berkahak

Meraung dia, kemungkinan sakit atau dia panik sebab doctor pegang kuat. Itu trauma kedua, trauma pertama dulu dia pernah ambil nebulizer dalam 15minit, menangis, meraung mintak tolong kat abah dia tapi abah dia tak dapat tolong la kan?

Terus tak mahu kawan abah okei.




Sebelum ni emak pernah buat terapi Sonotron untuk Gout dekat sini. 

So sekarang setiap kali jumpa doctor hatta hanya check degupan jantung Raudah akan melalak bagai nak rak. Betul-betul takut. 

Ok back to Sonotron, aku pergi on Saturday at 11.00a.m. Dah call makes appointment on Friday sebab kalau terus terjah memang kena tunggu lama. 

Sampai je terlambat 15minit jadi kena la tunggu jugak. Tapi tak lama, so dia dahulukan orang yang ada appointment ok. penting tu.

Untuk Raudah sesi nya adalah 30 minit yang aku rasa kejap ya amat. Hahhaha lupa nak tengok jam. Sebelum buat dia kata nanti kahak akan keluar melalui najis atau muntah. 

Dia mulakan rawatan, halakan alat tu ke dada, kemudian hidung, bawah ketiak kiri dan kanan, leher dan last sekali bahagian belakang. Setiap tu 5 minit kalau tak silap.

*dia pesan untuk sementara waktu pantang makan kentang, coklat dan segala jenis buah. Aku hanya angguk tanda setuju. 

Awal –awal Raudah tak panik masa halakan ke bahagian hidung siap nak jilat lagi ok. lepas je di bahagian leher terus melalak macam kena cubit. Padahal tak rasa apa pon. Manja sangat ni.

Untuk 30minit rawatan kami dikenakan charge RM30. Masa pergi tu ramai yang demam selesema ya. Kebanyakkan anak-anak umur 12 tahun kebawah. So far selepas buat rawatan aku tak ada dengar kahak dia bunyik lagi.

Tapi memang kena buat lagi. Sekali je mana nak nampak sangat keberkesanan dia. apa pon kita cuba ok. selagi boleh elak makan ubat kita elak la.

Ok untuk siapa nak pergi buat sila la call book appointment. Address kau waze aje. Kat Sri Gombak.

Pusat Terapi Sonotron Shafa
+60 3-6189 0757
57, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia


Ini mesin dia, then alat yang dia halakan tu sebijik hair dryer. berbunyi agak kuat. seeloknya pergi berdua, sorang pegang anak seorang tolong tarik perhatian dan tenangkan anak. 

Minyak Habatussauda Untuk Kulit Eczema

Kalau ikut kiraan hari ni hari ke7 aku guna minyak TheMajlis. 
Aku pernah cerita kesan dia kat Raudah pada hari ke2 pakai. dalam entry yang INI

Kalau ikut keserasiaan memang la, tapi kalau ikut kewangan memang boleh botak kepala mak nak.
Bayangkan 50ml harga RM170 sebotol.  Hari ke7 pakai botol dah tinggal suku.

Minyak Habatussauda Untuk Kulit Eczema

So my next plan ialah aku kena cari minyak lain. Minyak yang semestinya tak membahayakan.
Terbayang dalam otak minyak habatussauda.  

Sebab pernah baca dalam group sokongan Eczema yang dia sapu minyak habbatusauda.
As long as bukan cream doctor yang ada steroid tu mak gagahkan lagi. For now memang sarung tangan still on.  Kalau cabut dia menggaru habis luka-luka.




Itu pun si Raudah bijak. Dia gigit sarung tangan then Tarik nak bagi cabut.  Tapi mama lagi cerdik dik, mama ikat dengan getah gelang bagi ketat sikit.  Bluek.

Memang kebetulan ada beli kapsul habbatussauda ni.  So esok boleh terus pakaikan kat Raudah. Oh ye, aku pakai dulu sebelum cuba pada Raudah. Kang takut apa-apa.

Semalam juga baru dapat info tentang full moon.  Dalam Islam pon ada galakkan untuk berpuasa ketika bulan penuh.

Ada satu kajian mengatakan yang bila full moon, bakteria/virus akan active dan berlawan dengan immune system. (kurang pasti). That’s why kalau eczema, flare akan naik even dah pantang makan dan sapu minyak.

Alhamdulillah Raudah tak begitu teruk, harapnya hari ni dan seterusnya dia akan elok la.
Nanti aku cari lagi pasal full moon aku share la. 

Basically journey mencari penawar untuk Raudah tidak pernah stop. 
Aku doakan anak kat luar sana juga dipermudahkan urusan dan diberi kesembuhan. 

Aaminn. 

Hari ke 2 sapu Minyak TheMajlis (Eczema)

Journey merawat Eczema Raudah Sakinah. Dalam perjalanan yang belum pernah kenal putus asa nak sihatkan anak. 

Apa sahaja cadangan yang aku rasa logik dan selamat aku akan cuba.  Kali ni aku cuba rawat dengan Minyak The Majlis. 

Sesungguhnya kesembuhan itu dari Allah.  Entry yang sudah - merawat Eczema Baby Hari kedua selepas sapu minyak TheMajlis.

Aku tak menolak rawatan klinik, aku dah bawa jumpa doktor pakar kanak-kanak tapi aku tetap ikhtiar cara lain supaya Raudah cepat sembuh. 

Hari ke 2 sapu Minyak The Majlis (Eczema)

Pagi tadi tiba-tiba siku Raudah timbul gatal. Kembung bintat macam kena ulat bulu tu.




Entahlah tak tahu kenapa. Malam sebelum tu aku makan mee goreng rencah udang. Dia garu sempat la berdarah sikit. Hoi nipisnya kulit kau nak.


Mencuba Minyak The Majlis 

Terus ambil minyak TheMajlis goncang botol dan selawat tiga kali dan sapu. Minyak tu wangi, berangin.

Alhamdulillah bengkak tu terus surut. Gatal tak teruk tapi masih garu sikit-sikit. Lega. kalau kebiasaan mahu kena tidurkan atau kena sapu cream doctor  dan paling teruk bagi ubat makan. 

Sedikit tips –

Masa Raudah tiba-tiba diserang gatal bengkak ulat bulu (syak tersalah makan, pengasuh suap ice cream Keladi / aku makan kuah kacang malam sebelum tu) pengasuh lap badan dengan air ice + lemon kemudian sapu badan dengan minyak bawang putih.

Bengkak and gatal surut. Boleh cuba kalau anak diserang gatal/eczema.

Memandangkan aku baru guna pada hari kedua dan aku rasa membantu maka aku rasa orang lain patut mencuba juga la minyak ni. Mana tahu serasi. Kita Ikhtiar. 


Tentang Minyak The Majlis


- GMP Certified
- Import direct from Dubai
- Halal & di iktiraf 
- Bebas Steroid, 100% natural
- Berangin dan wangi 

Lanjutan tentang Minyak The Majlis.
Siapa patut ada minyak ni?????

Pesakit Psoriasis:

1. Kronik dan sakit bertahun-tahun.
2 . Kebiasaannya dihadapi oleh orang dewasa.
3 . Sakit diwarisi dari keturunan.
4 . Ciri-ciri adalah tebal, bersisik dan berwarna putih.

Pesakit Eczema:

1. Keadaan kulit tidak kekal dalam jangka masa panjang.
2 . Kebiasaannya dihidapi oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
3 . Dipengaruhi dari persekitaran.
4 . Ciri-ciri adalah kemerahan, bengkak dan gatal.