Makan-Makan di Me'nate Setapak

Memang one of our favourite menu suami isteri ialah lamb. Berbanding beef kami lebih enjoy makan lamb. entah. Hari tu rindu nak makan lamb jadi ajak suami ke Me'nate cawangan Setapak. Tempat luas dan selesa cuma yang tak best parkingkena bayar. Bukan parking dalam mall pun. 

Oleh sebab Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati merupakan our current favourite place kalau makan western ni so bila sampai Me'nate dalam otak dah set expectation yang dari segi taste wise and presentation kena at par atau lebih sedap. Berdasarkan viral dan review-review pelanggan la kami sampai ke sini. 

Malam tu makan lamb. Suami cakap kat Me'nate kena makan steak (selain lamb) baru sedap. Tapi macam biasalah kalau peminat lamb payah nak curang. Crew dia cakap malam tu cara masakan adalah BBQ. Masa tu tak dengar pon apa crew tu explain dan masa order mintak steak dimasak Well done. Kami suami isteri tak makan kalau steak masih ada merah-merah darah.





Review Me'nate Setapak


Apa yang aku kongsi adalah berdasarkan apa yang aku rasa. Review ni pun suka-suka je. Mungkin salah aku tak minta explanantion cara masakan, perisa tak kena dengan tekak aku dan lain-lain. Almaklumlah la tekak lain-lian. 

Bila sampai ke meja, lamb kami jadi dry sangat, jus dia hilang masa BBQ tu kot. Dia jadi garing. Tak hangus dan tak pahit. Menyesal pula suruh masak well done. Dari segi rasa ok lah, even sejuk daging masih boleh dikunyah. Jadi aku simpulkan salah kami yang tak tahu pilih cara masakan daging yang kami order. 



Dah Pernah Cuba Smoked BBQ Beef Rib IKEA??

Apa yang best dekat Me'nate??

Air free flow. Teh Tarik terbaik. Cuba kopi durian for first time.  Pilihan daging yang banyak dengan range harga mampu milik. Apa yang kornag perlu buat bila sampai restoren ni lepas ambil seat, pergi ke fridge dan pilih daging. Nanti akan ada crew layan korang untuk pilih cara masakan. 

Hanya anak bujang je makan meatball. Dia kata sedap. Kena la tuh dengan selera dia. Kids menu yang berharga Rm9.90. 



Kalau makan di Restoren Sixty9 Islamic Steakhouse rasa macam exclusive dan layanan pon sangat warm. Tapi di Me'nate tak rasa sangat friendly tu. 

Tak ada la aku nak kata Me'nate tak best langsung. Aku tengok meja lain meriah je makan. Seronok. Sedap la tu, Cuma tak kena tekak aku dan suami je.  Apa pun tak rugi nak cuba. Kalau kata nak suruh repeat, kita tunggu orang belanja ah. ahaks. 

Sesekali tukar angin tak makan nasi. Apa salahnya. 

Makan Sedap Kat Mana Di Melaka Kalau bukan di ~ Restoran Ikan Bakar Klasik Umbai

Post a Comment

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Previous Post Next Post